SEMAK PERMOHONAN STR – LAYAK ATAU TIDAK TERIMA BAYARAN
Adakah anda telah mengemukakan permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan ingin mengetahui status kelayakan anda? Proses semak permohonan STR kini boleh dilakukan secara terus di portal rasmi MySTR Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Sama ada anda tergolong dalam kategori Isi Rumah (B40 / M40) mahupun Bujang, semakan status amat penting bagi memastikan anda layak menerima agihan bayaran tunai mengikut fasa yang ditetapkan.
Berikut adalah panduan lengkap cara melakukan semak permohonan STR, tarikh pembayaran, serta jumlah bayaran yang bakal diterima.
BACA JUGA : SEMAK KELAYAKAN TUNTUTAN MYSALAM 2026
RINGKASAN BANTUAN STR 2026
| MAKLUMAT | BUTIRAN |
|---|---|
| Nama Bantuan | Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 |
| Kategori Kelayakan | Isi Rumah B40, Isi Rumah M40, Warga Emas & Bujang |
| Kaedah Semakan | Secara Dalam Talian (Online) |
| Portal Rasmi | https://bantuantunai.hasil.gov.my |
| Agensi Pelaksana | Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) / MOF |
PANDUAN SEMAK PERMOHONAN STR
Untuk membuat semakan permohonan STR dan mengetahui sama ada status anda “Lulus”, “Tidak Lulus”, atau “Dalam Proses”, sila ikuti langkah-langkah mudah di bawah :
- Layari Portal Rasmi MySTR:
- Masuk ke laman web rasmi LHDNM di https://bantuantunai.hasil.gov.my.
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan:
- Isikan Nombor MyKad (12 digit) tanpa sebarang tanda sengkang (-) atau ruang kosong.
- Contoh: 900101145566.
- Isikan Nombor MyKad (12 digit) tanpa sebarang tanda sengkang (-) atau ruang kosong.
- Pengesahan Keselamatan:
- Klik pada butang [Semak].
- Sahkan Frasa Kunci Keselamatan (Kata Kunci Keselamatan) yang dipaparkan adalah betul milik anda. Klik [Ya].
- Log Masuk Akaun:
- Masukkan Kata Laluan akaun MySTR anda dengan betul, kemudian klik [Log Masuk].
- Semak Status Kelayakan:
- Setelah berjaya masuk ke Dashboard pemohon, pilih menu [Semakan Permohonan].
- Keputusan status semak permohonan STR anda bersama maklumat bayaran akan dipaparkan.
JADUAL & TARIKH BAYARAN STR
Pembayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dilaksanakan secara berfasa mengikut tarikh yang dijadualkan seperti berikut :
| FASA PEMBAYARAN | TARIKH BAYARAN | STATUS |
|---|---|---|
| Fasa 1 | 20 – 27 Januari 2026 | Selesai Dibayar |
| Fasa 2 | 10 – 30 Mac 2026 | Selesai Dibayar |
| Fasa 3 | Ogos 2026 | Belum Dibayar |
| Fasa 4 | November 2026 | Belum Dibayar |
KATEGORI & JUMLAH BAYARAN STR
Bagaimanapun, jumlah bayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) disalurkan mengikut kategori penerima seperti berikut :
- Kategori Isi Rumah (B40 & M40) :
| BIL. TANGGUNGAN | ISI RUMAH B40 (Pendapatan Bawah RM2,500) | ISI RUMAH M40 (Pendapatan RM2,501 – RM5,000) |
|---|---|---|
| Tiada Tanggungan | RM700 | RM200 |
| 1 – 2 Orang Anak | RM1,200 | RM450 |
| 3 – 4 Orang Anak | RM1,700 | RM700 |
| 5 Orang Anak & Ke Atas | RM2,200 | RM950 |
- Kategori Bujang / Balu / Duda / Janda (Tiada Anak) :
| BIL. TANGGUNGAN | BUJANG UMUR 21 HINGGA 59 TAHUN | BUJANG UMUR 60 TAHUN & KE ATAS |
|---|---|---|
| Tiada | – | RM600 |
CARA BAYARAN STR
Selepas membuat semakan permohonan STR dan didapati LULUS, bayaran akan dikreditkan melalui dua (2) cara utama berikut :
- Penerima Ada Akaun Bank: Bayaran dikreditkan secara terus ke akaun bank penerima yang aktif (IBG Credit Transfer).
- Penerima Tiada Akaun / Gagal Kredit: Bayaran boleh dituntut secara Tunai di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) berdekatan dengan membawa kad pengenalan (MyKad) asal.
CARA PERMOHONAN STR
Bagi yang belum memohon, boleh kemukakan permohonan Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) secara online melalui laman web rasmi seperti berikut :
- Sila layari laman web rasmi MySTR di sini :
- Halaman utama MySTR akan dipaparkan.
- Klik pada butang [Permohonan Baharu].
- Klik pada butang [Ya, Teruskan] untuk permohonan tanpa menggunakan MyDigital ID.
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan anda dan klik butang [Semak].
- Maklumat nama, umur dan jantina akan dipaparkan secara automatik berdasarkan data daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
- Isikan maklumat permohonan yang diperlukan dengan betul dan lengkap.
- Bahagian bertanda (*) adalah mandatori diisi.
- Masukkan maklumat akaun bank atas nama sendiri yang masih aktif.
- Klik pada butang [Teruskan] untuk ke halaman seterusnya.
- Jika pemohon tiada pasangan, halaman seterusnya adalah Maklumat Waris.
- Jika pemohon mempunyai pasangan, halaman seterusnya adalah Maklumat Pasangan.
- Masukkan maklumat pasangan yang lengkap.
- Seterusnya, jika pemohon mempunyai anak, isikan Maklumat Anak dengan lengkap. (terhad kepada 5 orang anak sahaja untuk diisi).
- Muat naik dokumen Sokongan.
- Pilih Jenis Dokumen Sokongan untuk sahkan status perkahwinan dan anak.
- Klik butang [Teruskan] untuk ke halaman seterusnya.
- Isikan Maklumat Waris mengikut jenis hubungan.
- Seterusnya, anda perlu membuat pengesahan dengan mengisi Kod Captcha yang betul mengikut nilai yang dipaparkan.
- Klik pada butang [Hantar] bagi meneruskan permohonan.
- Setelah permohonan berjaya dihantar, paparan akan dipaparkan seperti berikut :
- “Permohonan Telah Berjaya Dihantar. Terima Kasih.”
- Selesai.
MAKLUMAT LANJUT & TALIAN BANTUAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), kunjungi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian STR HASiL : 1800 88 2747
- Talian STR MOF : 03 8882 4565 / 03 8882 4566
- E-mel STR : [email protected]
Penafian (Disclaimer)
Penulisan artikel ini adalah bertujuan untuk perkongsian maklumat awam sahaja bagi memudahkan carian masyarakat. Pihak kami tidak pernah meminta maklumat peribadi, nombor akaun, atau mengenakan sebarang caj pembayaran. Semua maklumat merujuk kepada sumber rasmi portal Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF).