SEMAK BAYARAN SARA 2026 MELALUI MYKAD PENERIMA
Setiap penerima yang layak Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan menerima bayaran bulanan secara automatik setiap bulan melalui MyKad (Kad Pengenalan) masing-masing untuk perbelanjaan barangan keperluan harian.
Bagaimanakah semak bayaran sara 2026? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: STR FASA 2 2026 MULA DIBAYAR ESOK : SEMAK STATUS KELAYAKAN & BAYARAN
KELAYAKAN PENERIMA BAYARAN SARA 2026
Syarat Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, terdiri daripada :
| JENIS SARA | KELAYAKAN |
|---|---|
| SARA EKASIH | Warganegara Malaysia; Pendapatan di bawah Garis Kemiskinan (PGK) semasa; dan Tersenarai sebagai penerima Miskin dan Miskin Tegar dalam Sistem eKasih; dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026; Kategori Isi Rumah, Warga Emas Tanpa Pasangan dan Bujang |
| SARA BUKAN EKASIH | Warganegara Malaysia; Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026; Kategori Isi Rumah, Warga Emas Tanpa Pasangan dan Bujang |
TEMPOH BAYARAN SARA 2026
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dilaksanakan setiap bulan selama 12 bulan seperti berikut :
| TEMPOH BANTUAN | TARIKH PROGRAM BERMULA | TARIKH PROGRAM BERAKHIR/LUPUT |
|---|---|---|
| 12 Bulan | 9 Januari 2026 | 31 Disember 2026 |
SEMAK JUMLAH BAYARAN SARA 2026
Kadar kelayakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026 seperti berikut :
| KATEGORI PENERIMA | SARA EKASIH | SARA BUKAN EKASIH |
|---|---|---|
| Isi Rumah | RM200 Setiap Bulan | RM100 Setiap Bulan |
| Warga Emas Tanpa Pasangan | RM150 Setiap Bulan | RM50 Setiap Bulan |
| Bujang | RM100 Setiap Bulan | RM50 Setiap Bulan |
SEMAK TARIKH & JADUAL BAYARAN SARA 2026
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dilaksanakan setiap bulan selama 12 bulan seperti berikut :
| JENIS SARA | TARIKH & JADUAL BULANAN |
|---|---|
| SARA EKASIH & BUKAN EKASIH | 09/01/2026 01/02/2026 01/03/2026 01/04/2026 01/05/2026 01/06/2026 01/07/2026 01/08/2026 01/09/2026 01/10/2026 01/11/2026 01/12/2026 |
KAEDAH BAYARAN SARA 2026
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dikreditkan setiap bulan selama 12 bulan kepada penerima yang layak mengikut kaedah seperti berikut :
| KAEDAH BAYARAN | MEDIUM BAYARAN |
|---|---|
| Tanpa tunai (cashless) | MyKad (Kad Pengenalan) |
SEMAK KELAYAKAN PENERIMA BAYARAN SARA 2026
Kelayakan penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) boleh disemak secara online melalui kaedah seperti berikut :
- Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA 2026 : https://sara.gov.my/
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
- Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah 2026.
- Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
- Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
- Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
- Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
| Nama Program | Sumbangan Asas Rahmah 2026 |
| Status | Layak (jika anda layak) |
| Tarikh Program Bermula | 09/01/2026 |
| Tarikh Program Berakhir | 31/12/2026 |
| Baki (RM) | 100.00 (Jumlah baki adalah mengikut penggunaan penerima) |
INFO LANJUT
Sebarang persoalan atau pertanyaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
- Waktu Operasi : (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
- e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://manfaat.mof.gov.my/b2026/individu/sara-2026