BANTUAN STR 2025 FASA 1 BILA MASUK : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK
Skim Bantuan Tunai STR adalah inisiatif kerajaan yang khusus untuk rakyat Malaysia berpendapatan rendah (B40). Penyusunan semula subsidi membolehkan kerajaan meningkatkan dan menambah baik pemberian tunai kepada rakyat melalui STR 2025, memastikan isi rumah berpendapatan rendah terus mendapat bantuan yang diperlukan.
Bagaimanakah semakan bantuan str 2025 fasa 1? Ikuti info lanjut disini.
Baca juga: SEMAK BANTUAN SARA 2025 : SEMAKAN SENARAI NAMA PENERIMA
SEMAKAN STATUS KELAYAKAN BANTUAN STR FASA 1 2025
Status kelayakan penerima STR bagi fasa satu (1) 2025 boleh disemak secara online seperti berikut:
- Layari Portal Rasmi STR di pautan :
https://bantuantunai.hasil.gov.my/ - Halaman utama Portal STR akan dipaparkan.
- Pergi ke bahagian kanan di ruangan [MySTR]
- Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] tanpa sengkang (-).
- Tekan pada butang [Log Masuk].
- Seterusnya, klik [Semak].
- ‘Frasa keselamatan’ pemohon akan dipaparkan.
- Sekiranya frasa tersebut adalah betul, klik [Ya].
- Masukkan kata laluan yang betul.
- Seterusnya, klik butang [Log Masuk].
- [Profile Pemohon] akan dipaparkan.
- Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Status].
- Maklumat [Status Permohonan/Kelayakan] dan [Maklumat Pembayaran Fasa 1] akan dipaparkan.
- Selesai.
SYARAT LULUS BANTUAN STR 2025
Syarat dan kategori penerima bantuan STR 2025 mestilah terdiri daripada :
- Isi Rumah
- Kahwin (Ada atau Tiada Anak); atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang
menepati syarat; - Pendapatan Isi rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Warga Emas Tiada Pasangan
- Bujang; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tiada anak;
- Berumur 60 tahun dan ke atas; dan
- Pendapatan Warga Emas adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Bujang
- Bujang; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Berumur 21-59 tahun; dan
- Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
- Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
- Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
TARIKH MASUK BAYARAN BANTUAN STR 2025 FASA 1
Untuk makluman, tarikh rasmi pengagihan bayaran STR Fasa 1 masih belum diumumkan. Sebarang maklumat terkini mengenai tarikh penyaluran bantuan, pihak kami akan segera kemaskini sebaik sahaja ia diumumkan secara rasmi oleh Kerajaan.
JUMLAH MASUK BANTUAN STR 2025
Kadar bantuan STR 2025 yang diberikan adalah mengikut kategori seperti di bawah:
- Kategori Isi Rumah/Berpasangan atau Tunggal:
KATEGORI PENERIMA | KADAR BANTUAN (RM) |
---|---|
Isi rumah berpendapatan RM 2500 kebawah | Tiada Anak : RM 1,000 Anak 1-2 : RM 1,500 Anak 3-4 : RM 2,000 5 dan keatas: RM 2,500 |
Isi rumah berpendapatan RM 2501 hingga RM 5000 | Tiada Anak : RM 500 Anak 1-2 : RM 750 Anak 3-4 : RM 1000 5 dan keatas: RM 1250 |
- Kategori Bujang / Warga Emas / Balu / Janda / Duda Tiada Anak:
KATEGORI PENERIMA | KADAR BANTUAN (RM) |
---|---|
Warga emas tiada pasangan (Berusia 60 tahun keatas) | RM 600 |
Bujang (Berusia 21 – 59 tahun keatas) | RM 600 |
Nota: Kadar bantuan ini adalah jumlah keseluruhan bagi tahun 2025, dan wang akan diagihkan secara berfasa (Fasa 1, 2, 3, dan 4).
KAEDAH PEMBAYARAN DUIT STR 2025
Bantuan STR 2025 akan diagihkan secara berperingkat/berfasa dan akan disalurkan melalui:
KATEGORI PENERIMA | KAEDAH PENYALURAN BANTUAN STR |
---|---|
Penerima yang mempunyai Akaun Bank | Pengkreditan ke dalam akaun bank penerima/pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan |
Penerima Tiada Akaun Bank atau Status ‘Gagal Kredit’ | Tuntutan secara tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) berhampiran |
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini. Pihak kami sekadar berkongsi informasi tentang bantuan kerajaan Malaysia yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Anda juga boleh kunjungi cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang berdekatan.
- Hotlink BKK HASiL : 1-800-88-2747
- e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/SOALAN_LAZIM_(FAQ)_SUMBANGAN_TUNAI_RAHMAH_STR_2025.pdf
Saya sudah update tahun lepas jadi tahun ini nak kena buat update lagi