SEMAK DUIT BANTUAN STR 2026 : CEK JUMLAH PEMBAYARAN TUNAI YANG AKAN DITERIMA OLEH PEMOHON YANG LULUS
Rakyat Malaysia yang telah mengemukakan permohonan Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) boleh menyemak status pembayaran dan status kelulusan permohonan secara atas talian (online) untuk tahu berapa jumlah yang layak diterima setiap fasa.
Bagaimanakah semak status pembayaran dan status kelulusan Bantuan STR? Baca info lebih lanjut di bawah.
SYARAT LAYAK BANTUAN STR 2026
Penerima yang disahkan layak terima Bantuan STR adalah mereka yang memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan seperti berikut :
| SYARAT | KELAYAKAN ISI RUMAH | KELAYAKAN WARGA EMAS | KELAYAKAN BUJANG |
|---|---|---|---|
| Warga negara | Malaysia | Malaysia | Malaysia |
| Umur | Tiada had | 60 tahun dan ke atas | 21 tahun hingga 59 tahun (OKU mula 19 tahun) |
| Status Diri | Berkahwin atau Balu / Bercerai (ada anak) | Bujang atau Balu / Bercerai (tiada tanggungan) | Belum berkahwin atau Balu / Bercerai (tiada anak) |
| Pendapatan | Bawah RM2,500 (B40) atau sehingga RM5,000 (M40) | Tidak lebih dari RM5,000 sebulan | Bawah RM2,500 sebulan |
MEDIUM AGIHAN DUIT BANTUAN STR
Agihan duit Bantuan STR kepada penerima adalah diberikan mengikut dua (2) pilihan medium berikut :
| PILIHAN | MEDIUM AGIHAN DUIT BANTUAN STR |
|---|---|
| 1. | Agihan secara bersemuka melalui kaunter Bank Simpanan Nasional *bagi penerima yang tiada akaun bank atau maklumat akaun bank tidak lengkap semasa permohonan Bantuan STR |
| 2. | Agihan tanpa bersemuka melalui pengkreditan ke dalam akaun bank penenerima *bagi penerima yang mempunyai akaun bank aktif dan maklumat akaun bank lengkap semasa permohonan Bantuan STR |
JUMLAH DUIT BANTUAN STR 2026
Bagaimanapun jumlah duit Bantuan STR diagihkan sepadan dengan kelayakan penerima seperti berikut :
| BIL. ANAK | JUMLAH BAYARAN ISI RUMAH | JUMLAH BAYARAN WARGA EMAS | JUMLAH BAYARAN BUJANG |
|---|---|---|---|
| Tiada | B40 : RM700 M40 : RM200 | RM600 | Diganti kepada bayaran SARA |
| 1-2 orang | B40 : RM1,200 M40 : RM450 | – | – |
| 3-4 orang | B40 : RM1,700 M40 : RM700 | – | – |
| >5 orang | B40 : RM2,200 M40 : RM950 | – | – |
TARIKH AGIHAN DUIT BANTUAN STR 2026
Duit Bantuan STR tidak berikan sekaligus, namun ianya diagihkan berperingkat mengikut fasa berikut :
| AGIHAN FASA 1 | AGIHAN FASA 2 | AGIHAN FASA 3 | AGIHAN FASA 4 |
|---|---|---|---|
| Mulai 20 Januari 2026 dan berperingkat | Bayaran Dijangka Mac 2026 | Bayaran Dijangka Ogos 2026 | Bayaran Dijangka November 2026 |
SEMAK PEMBAYARAN DUIT BANTUAN STR 2026
Ikuti panduan lengkap cara semak status bayaran duit Bantuan STR dari semasa ke semasa seperti berikut :
- Sila layari Laman Web Rasmi STR di sini :https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Laman utama Portal Rasmi STR akan dipaparkan.
- Klik pada butang [Log Masuk] untuk ke ‘Dashboard Pemohon’.
- Isikan ruangan kosong dengan ‘No. Kad Pengenalan’ pemohon.
- Seterusnya, klik butang [Semak] untuk pengesahan.
- [Kata Kunci Keselamatan] akan dipaparkan.
- Klik butang [Ya] jika kata kunci tersebut betul.
- Isikan ruangan kosong dengan ‘Kata Laluan’ pengguna yang baharu.
- Kemudian, klik pada butang [Log Masuk].
- Dasboard pemohon akan dipaparkan.
- Untuk semakan, klik butang [Semakan Permohonan].
- Status pembayaran duit Bantuan STR akan dipaparkan.
- ‘Telah Dibayar’ atau ‘Dalam Proses’ atau ‘Gagal Kredit’.
- Selesai.
INFO LANJUT BANTUAN STR
Untuk informasi lebih lanjut atau sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan berkaitan Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), kunjungi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- ☎️ Hubungi Talian STR Rasmi : 03-8882 4565 / 4566
- 💻 E-melkan ke STR Rasmi : [email protected]
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat.
Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://manfaat.mof.gov.my/b2026/individu/str2026.