BANTUAN ASAS RAHMAH 2026 SEMAKAN KELAYAKAN & BAYARAN

BANTUAN ASAS RAHMAH 2026 SEMAKAN KELAYAKAN & BAYARAN

Sebuah bantuan kewangan yang disalurkan secara automatik tanpa perlu kemukakan sebarang permohonan, iaitu Bantuan Asas Rahmah khas untuk membantu golongan berpendapatan rendah (B40 dan M40) meneruskan kelangsungan hidup.

Bagaimanakah semakan kelayakan dan bayaran Bantuan Asas Rahmah? Ikuti panduan dan info lanjut di bawah.

BACA JUGA : SEMAKAN SARA 2026 KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK

JUMLAH BANTUAN ASAS RAHMAH 2026

Jumlah bayaran Bantuan Asas Rahmah adalah bergantung kepada kelayakan seperti ‘Miskin Tegar’ dan ‘Bukan Miskin’ mengikut kategori-kategori seperti berikut :

KATEGORI PENERIMAJUMLAH BAYARAN
SETIAP BULAN
JUMLAH BAYARAN
SETAHUN
Isi Rumah
Miskin Tegar
RM200RM2,400
Warga Emas
Miskin Tegar
RM150RM1,800
Bujang
Miskin Tegar
RM100RM1,200
Isi Rumah
Bukan Miskin
RM100RM1,200
Warga Emas
Bukan Miskin
RM50RM600
Bujang
Bukan Miskin
RM50RM600

JADUAL BAYARAN BANTUAN ASAS RAHMAH

Berikut merupakan tarikh bayaran Bantuan Asas Rahmah yang dijadualkan oleh Kerajaan untuk penerima-penerima yang layak :

BIL.TARIKH BAYARANSTATUS BAYARAN
1.9 & 16 Januari 2026
2.1 Februari 2026
3.1 Mac 2026
4.1 April 2026
5.1 Mei 2026
6.1 Jun 2026🔜
7.1 Julai 2026🔜
8.1 Ogos 2026🔜
9.1 September 2026🔜
10.1 Oktober 2026🔜
11.1 November 2026🔜
12.1 Disember 2026🔜

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN ASAS RAHMAH

Bantuan Asas Rahmah disalurkan secara automatik tanpa perlu kemukakan sebarang permohonan dan berikut merupakan syarat-syarat kelayakan penerima yang ditetapkan oleh Kerajaan :

  • Warganegara Malaysia;
  • Had Umur :
    • Isi Rumah : tiada had umur;
    • Warga Emas : 60 tahun dan ke atas;
    • Bujang : 21 hingga 59 tahun (OKU 19 tahun ke atas);
  • Pendapatan :
    • Miskin Tegar : Pendapatan bawah garis kemiskinan dan tersenarai dalam rekod data e-Kasih;
    • Bukan Miskin : Pendapatan bermula RM2,500 hingga RM5,000 sebulan;
  • Lulus Permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 2026.

SEMAKAN KELAYAKAN & BAYARAN BANTUAN ASAS RAHMAH

Untuk yang ingin mengetahui kelayakan dan bayaran Bantuan Asas Rahmah telah dikreditkan atau belum dalam Kad Pengenalan, sila buat semakan melalui laman web rasmi yang tertera di bawah :

  1. Sila klik pada pautan laman web rasmi di sini :
  2. Anda akan dibawa ke laman web rasmi Bantuan Asas Rahmah.
  3. Klik pada butang [Semak Kelayakan].
  4. Masukkan Nombor Kad Pengenalan anda.
  5. Tandakan pada kotak [Verify you are human].
  6. Klik pada butang [Semakan Status].
  7. Status kelayakan dan bayaran Bantuan Asas Rahmah akan dipaparkan.
  8. Selesai.

INFO LANJUT

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan Asas Rahmah, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna.

Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.mykasih.com.my/ms/sumbangan-asas-rahmah/.

Leave a Comment