AMAUN BANTUAN STR FASA 1 DIBAYAR 2026 : CEK JUMLAH PEMBAYARAN DUIT BANTUAN TUNAI RAHMAH YANG DIKREDIT MASUK KEPADA PENERIMA YANG LAYAK

AMAUN BANTUAN STR FASA 1 DIBAYAR 2026 : CEK JUMLAH PEMBAYARAN DUIT BANTUAN TUNAI RAHMAH YANG DIKREDIT MASUK KEPADA PENERIMA YANG LAYAK

Seramai 5 juta penerima yang disahkan layak, sebahagian darinya telah mula mnerima duit Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 yang dibayar dengan amaun yang ditetapkan bagi setiap kategori dan kelayakan masing-masing.

Bagaimanakah cek amaun Bantuan STR Fasa 1 yang dibayar kepada yang layak? Ikuti penjelasan lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : SARA ONE OFF 2026 RM100 : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK

AMAUN BANTUAN STR FASA 1 DIBAYAR 2026

Kategori isi rumah B40, isi rumah M40 dan warga emas terima bayaran Bantuan STR Fasa 1 dengan amaun yang berbeza mengikut kelayakan seperti jumlah pendapatan dan bilangan anak :

KATEGORI PENERIMAAMAUN BANTUAN STR
DIBAYAR FASA 1 2026
Isi Rumah B40Tiada anak : RM200
1-2 anak : RM300
3-4 anak : RM400
>5 anak : RM500
Isi Rumah M40Tiada anak : RM100
1-2 anak : RM100
3-4 anak : RM150
>5 anak : RM200
Warga EmasRM150
(Setiap individu)

JUMLAH AMAUN IMPLIKASI BANTUAN STR FASA 1 DIBAYAR 2026

Bantuan STR Fasa 1 dibayar dengan amaun bermula RM100 sehingga RM500 kepada setiap kategori sehingga melibatkan implikasi kewangan sehingga RM1.1 billion seperti kiraan berikut :

KATEGORI PENERIMABILANGAN
PENERIMA LAYAK
JUMLAH
IMPLIKASI KEWANGAN
Isi Rumah B402.7 juta penerimaRM0.8 billion
Isi Rumah M401.0 juta penerimaRM0.1 billion
Warga Emas1.3 juta penerimaRM0.2 billion

TARIKH BANTUAN STR FASA 1 DIBAYAR 2026

Bantuan STR Fasa 1 telah mula dibayar kepada penerima-penerima yang layak pada tarikh yang dinyatakan seperti berikut :

CARA BAYARANTARIKH BANTUAN STR
DIBAYAR FASA 1 2026
Bayaran tunai melalui kaunter
Bank Simpanan Nasional (BSN)
(termasuk penerima di Sabah
dan Sarawak)
Bermula :
20 Januari 2026 (Selasa)
dan bila-bila
waktu operasi BSN
Pengkreditan tunai ke dalam
akaun bank penerima /
akaun bank pasangan
Bermula :
20 Januari 2026 (Selasa)
dan berperingkat

SEMAK STATUS PENERIMA BANTUAN STR FASA 1 2026

Setiap individu yang memohon Bantuan STR, kini boleh menyemak status kelayakan sebagai penerima Fasa 1. Ikuti cara semak status kelayakan secara online di bawah :

PORTAL RASMIPAUTAN
Sumbangan Tunai Rahmah (STR)https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  1. Sila klik pada pautan Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di atas.
  2. Halaman utama Sumbangan Tunai Rahmah (STR) akan dipaparkan.
  3. Terus klik pada butang [Log Masuk].
  4. Klik pada butang [Mydigital ID] untuk yang mempunyai akaun; atau
  5. Masukkan Nombor Kad Pengenalan pada ruang yang disediakan.
  6. Klik pada butang [Semak].
  7. ‘Kata Kunci Keselamatan’ pemohon akan dipaparkan.
  8. Klik butang [Ya] jika kata kunci tersebut betul.
  9. Masukkan Kata Laluan yang sah.
  10. Klik pada butang [Log Masuk].
  11. Jika log masuk berjaya, Dashboard akan dipaparkan.
  12. Untuk semak status, klik bahagian [Semakan Permohonan].
  13. Status kelayakan penerima & amaun Bantuan STR Fasa 1 akan dipaparkan.
  14. Selesai.

INFO LANJUT

Untuk pertanyaan atau info lebih lanjut berkaitan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), kunjungi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
  • Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • E-mel :[email protected]

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini di rujuk berdasarkan dari : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Siaran%20Media/Siaran%20Media%20%E2%80%94%20STR%20Fasa%201%20Tahun%202026%2014012026.pdf.

Leave a Comment