TARIKH MASUK BANTUAN STR 2026 : SEMAK STATUS KELAYAKAN FASA 3

TARIKH MASUK BANTUAN STR 2026 : SEMAK STATUS KELAYAKAN FASA 3

Maklumat bayaran bantuan STR/ Sumbangan Tunai Rahmah seperti tarikh dan masa masuk bayaran adalah perkara yang dinantikan oleh semua pemohon. Namun, setiap pemohon perlu menyemak status kelayakan terlebih dahulu untuk mengetahui sama ada layak atau tidak terima bayaran bagi Fasa 3.

Bagaimanakah cara semak status kelayakan & bilakah tarikh masuk bantuan STR 2026? Sila semak penjelasan lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : SEMAKAN DIVIDEN ASB LOAN : CARA SEMAK JUMLAH AGIHAN KEUNTUNGAN DIVIDEN 2025

TARIKH MASUK BANTUAN STR 2026 FASA 3

Buat masa ini, pihak Kementerian Kewangan belum mengeluarkan kenyataan rasmi berkenaan tarikh masuk bantuan STR 2026 bagi Fasa 3. Sebarang perkembangan semasa akan kami kemaskini dengan segera di sini.

CARA BAYARAN BANTUAN STR 2026

Terdapat dua (2) cara bayaran bantuan STR 2026 diberikan kepada penerima, iaitu :

  1. Bayaran Tunai Di Kaunter Bank :
    • Kerajaan akan memberikan bayaran bantuan STR secara tunai di kaunter cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) sahaja kepada penerima yang tiada akaun bank atau status ‘Gagal Kredit’.
  2. Pengkreditan Tunai Dalam Akaun Bank :
    • Kerajaan akan mengkreditkan bantuan STR secara online banking terus ke dalam akaun bank penerima secara berperingkat.

TARIKH MASUK BANTUAN STR 2026

Bantuan STR akan dimasukkan secara berperingkat mengikut fasa-fasa tertentu seperti tarikh masuk yang berikut :

  • Fasa 1 : 10 Januari 2026.
  • Fasa 2 : 10 Mac 2026.
  • Fasa 3 : Ogos 2026 (akan dikemaskini).
  • Fasa 4 : November 2026 (akan dikemaskini).

MASA MASUK BANTUAN STR 2026

Bagi penerima yang mempunyai akaun bank perlu menunggu bayaran bantuan STR 2026 masuk ke dalam akaun mengikut masa – masa berikut :

  • Bank Simpanan Nasional : Selepas 6 petang;
  • Bank Islam : Selepas 8 malam;
  • Affin Bank : Selepas 8 malam;
  • Ambank : Selepas 8 malam;
  • Maybank : Selepas 9 malam;
  • Cimb Bank : Selepas 9 malam;
  • RHB Bank : Selepas 9 malam;
  • Bank Muamalat : Selepas 10 malam; dan
  • Lain-lain bank : Selepas 10 malam.

*Nota: Namun, masa bayaran bantuan STR masuk ke dalam akaun bank adalah tidak menentu kerana ia menggunakan sistem bayaran IBG Fund Transfer.

JUMLAH BAYARAN BANTUAN STR 2026

Berikut adalah jumlah bayaran bantuan STR untuk tahun 2026 kepada semua kategori penerima yang layak :

  • Isi Rumah Pendapatan Bawah RM2,500 akan terima bantuan STR :
    • Tiada anak : RM700.
    • 1 hingga 2 anak : RM1,200.
    • 3 hingga 4 anak : RM1,700.
    • 5 anak & lebih : RM2,200.
  • Isi Rumah Pendapatan RM2,501 hingga RM5,000 akan terima bantuan STR :
    • Tiada anak : RM200.
    • 1 hingga 2 anak : RM450.
    • 3 hingga 4 anak : RM700.
    • 5 anak & lebih : RM950.
  • Warga Emas Tiada Pasangan & Pendapatan Bawah RM5,000 akan terima bantuan STR :
    • Tiada anak dan menepati syarat : RM600.
  • Bujang / Balu / Duda / Janda (Tiada anak) & Pendapatan Bawah RM2,500 akan terima bantuan STR :
    • Tidak akan terima bayaran bantuan STR, sebaliknya akan terima bantuan SARA sahaja.

KADAR BANTUAN STR 2026 FASA 3

Kadar bantuan STR 2026 bagi Fasa 3 turut belum diisytiharkan secara rasmi oleh pihak kerajaan. Sekiranya terdapat berita terbaharu, pihak kami akan memuatkannya di sini dengan kadar segera.

SEMAK STATUS KELAYAKAN STR 2026

Status kelayakan sebagai penerima bantuan STR 2026 boleh di semak secara dalam talian (online) melalui Portal Rasmi STR seperti yang dipaparkan seperti berikut :

  1. Sila pergi ke pautan rasmi Log Masuk MySTR 2026 di sini: https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
  2. ⁠Pengguna akan dibawa ke Halaman Utama Log Masuk MySTR.
  3. Masukkan No Kad Pengenalan anda.
  4. Tekan (Semak).
  5. Klik (Ya) jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
  6. Seterusnya, tekan butang (Semak).
  7. Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
  8. ⁠Klik butang (Log Masuk).
  9. Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
  10. ⁠Butiran seperti di bawah akan dipaparkan:
    • Status Permohonan STR;
    • Jumlah Telah Dibayar;
    • Jumlah Bayaran Keseluruhan STR; DAN
    • Status Kelayakan SARA;
  11. Fungsi lain yang terdapat di mySTR adalah :
    • Perubahan Maklumat Permohonan;
    • Cetak Permohonan;
    • Semakan Permohonan;
    • Kemas Kini Maklumat Asas;
    • Tukar Kata Laluan;
    • Maklumbalas; dan
    • Peti Mel.
  12. ⁠Untuk Kemas Kini atau Semakan Status anda boleh tekan Kemaskini Maklumat & Semakan Permohonan.
  13. Selesai.

RUJUKAN LANJUT BANTUAN STR

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan STR yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia bertujuan untuk memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan STR. Artikel ini di rujuk berdasarkan portal rasmi dari: https://bantuantunai.hasil.gov.my/.

Sebarang pertanyaan sila hubungi talian berikut:

  • Hotlink BKK HASiL : 1-800-88-2747 [ Waku Operasi : 9.00 pagi-5.00 petang]
  • Hotlink MOF : 03-88824565/03-88824566
  • e-Mel : [email protected]
  • Alamat : Sekretariat STR, Pejabat Belanjawan Negara Kementerian Kewangan Malaysia (MOF), Presint 2, 62592 Putrajaya.

1 thought on “TARIKH MASUK BANTUAN STR 2026 : SEMAK STATUS KELAYAKAN FASA 3”

  1. Assalamualaikum dan selamat sejahtera… Saya tak dapat duit bantuan banjir,dah isi di MYibjkm,tp masih tak dapat,,mcamne yew?

    Reply

Leave a Comment