HAD PEMBELIAN BARANG MYKASIH SETIAP BULAN
HAD PEMBELIAN BARANG MYKASIH SETIAP BULAN – Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) melalui akaun MyKasih diteruskan untuk membantu golongan berpendapatan rendah membeli barangan keperluan asas.
Setiap penerima yang layak akan menerima kredit bantuan bulanan secara automatik ke dalam MyKad (Kad Pengenalan) mereka. Kadar bantuan yang dikreditkan adalah bermula RM50 hingga RM200 setiap bulan mengikut kategori kelayakan yang ditetapkan.
Artikel ini menyediakan panduan lengkap berkenaan had pembelian barang MyKasih setiap bulan, jumlah kelayakan, senarai barang yang boleh dibeli, serta cara menyemak status kelayakan anda.
BACA JUGA : SEMAK BAYARAN SARA BUJANG – JUMLAH, TARIKH & STATUS
HAD PEMBELIAN BARANG MYKASIH SETIAP BULAN
Secara umumnya, tiada had transaksi atau had resit yang ditetapkan semasa anda membuat pembayaran di kaunter. Walau bagaimanapun, penerima terikat dengan had jumlah kredit bulanan yang telah disalurkan ke dalam MyKad masing-masing.
Ini bermakna anda bebas membeli barangan keperluan asas mengikut keperluan harian, asalkan jumlah keseluruhan perbelanjaan tidak melebihi baki kredit bulanan MyKasih yang berada dalam MyKad anda.
- Penerima Miskin & Miskin Tegar :
| KATEGORI PENERIMA | HAD PEMBELIAN SETIAP BULAN |
|---|---|
| ISI RUMAH | RM200 Setiap bulan |
| WARGA EMAS | RM150 Setiap bulan |
| BUJANG | RM100 Setiap bulan |
- Penerima Asas Bukan Miskin :
| KATEGORI PENERIMA | HAD PEMBELIAN SETIAP BULAN |
|---|---|
| ISI RUMAH | RM100 Setiap bulan |
| WARGA EMAS | RM50 Setiap bulan |
| BUJANG | RM50 Setiap bulan |
SENARAI BARANG MYKASIH
Kredit MyKasih hanya boleh digunakan untuk membeli 15 kategori barang keperluan asas yang mempunyai tag/label khas MyKasih di kedai runcit atau pasar raya terpilih.
Barangan yang diluluskan termasuk :
- Beras (Semua jenis beras tempatan/import)
- Roti
- Telur Ayam
- Minyak Masak
- Tepung
- Biskut & Mi Segera
- Bahan Perasa / Rempah Ratus (Garam, gula, kicap, sos)
- Makanan Dalam Tin (Sardin, tuna, baked beans)
- Minuman Asas (Susu, kopi, teh, Milo)
- Sayur-sayuran & Buah-buahan
- Daging, Ayam & Makanan Laut
- Barang Mandian & Sabun
- Ubat-ubatan Asas / Barangan Kesihatan
- Pakaian Sekolah & Kelengkapan Sekolah
- Barangan Keperluan Bayi (Lampin pakai buang, susu formula)
⚠️ Nota : Barangan yang bukan keperluan asas seperti rokok, minuman keras, barangan kosmetik, dan gajet adalah DILARANG sama sekali.
CARA PEMBELIAN BARANG MYKASIH
Mudah sahaja untuk buat pembelian barang MyKasih, ikuti cara pembelian yang mudah seperti berikut :
- Kunjungi kedai runcit / pasar mini / pasar raya yang menerima bayaran MyKasih.
- Pilih barangan yang ingin dibeli mengikut label MyKasih di rak tanda harga.
- Pergi ke kaunter yang ada sistem bayaran MyKasih.
- Berikan MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima Bantuan MyKasih.
- Juruwang akan mengimbas setiap barangan yang dipilih.
- Bayaran menggunakan MyKad akan disahkan
- Resit akan diberikan untuk rujukan baki dalam MyKad.
TEMPOH PEMBELIAN BARANG MYKASIH
Bagaimanapun, pembelian barang MyKasih dihadkan selama tempoh seperti berikut :
| TEMPOH PEMBELIAN | TARIKH KREDIT | TARIKH TAMAT |
|---|---|---|
| 12 Bulan | 09 – 16/01/2026 01/02/2026 01/03/2026 01/04/2026 01/05/2026 01/06/2026 01/07/2026 01/08/2026 01/09/2026 01/10/2026 01/11/2026 01/12/2026 | 31/12/2026 |
SEMAK KELAYAKAN PENERIMA BARANG MYKASIH
Untuk yang ingin mengetahui status kelayakan sama ada layak atau tidak terima barang MyKasih, ikuti cara semak kelayakan yang mudah seperti berikut :
- Sila klik pada pautan Portal Rasmi MyKasih di sini : https://www.mykasih.com.my/ms/.
- Halaman utama Portal Rasmi MyKasih akan dipaparkan.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
- Masukkan Nombor MyKad* tanpa – (contoh : 700129101234).
- Tandakan pada kotak [/] Verify you are human.
- Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
- Status kelayakan penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
MAKLUMAT LANJUT
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :
- Talian MyKasih : 03-7720 1800
- E-mel MyKasih : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna.
Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.mykasih.com.my/ms/sumbangan-asas-rahmah/.