CHECK STATUS STR (FASA 4 2026)

CHECK STATUS STR (FASA 4 2026)

Program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) tahun 2026, kini memasuki Fasa akhir pembayaran iaitu FASA 4, dan akan mula dikreditkan kepada semua penerima yang layak sama ada pemohon baharu atau penerima sedia ada mengikut tarikh dan jadual yang ditetapkan secara berperingkat berdasarkan jenis akaun bank yang digunakan oleh penerima.

Bagaimanakah cara check status STR Fasa 4 2026? Sila ikuti info lanjut serta tutorial lengkap yang kami sediakan di bawah.

Baca juga: BILAKAH MASUK SARA 2026 : SEMAK KELULUSAN PEMOHON LULUS ATAU TIDAK

SYARAT KELAYAKAN STR 2026

Bagi individu yang berhasrat untuk mengemukakan permohonan, anda diwajibkan untuk menepati syarat kelayakan STR 2026 sebagaimana kriteria yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan seperti berikut:

  • Isi Rumah
    • Kahwin (Ada atau Tiada Anak); atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang
      menepati syarat;
    • Pendapatan Isi rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
  • Warga Emas Tiada Pasangan
    • Bujang; atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tiada anak;
    • Berumur 60 tahun dan ke atas; dan
    • Pendapatan Warga Emas adalah RM5,000 dan ke bawah.
  • Bujang
    • Bujang; atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • Berumur 21-59 tahun; dan
    • Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
    • Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
    • Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.

CHECK STATUS STR 2026

Cara check status STR 2026 secara online sama ada ‘Lulus’ atau ‘Tidak Lulus’ adalah seperti panduan berikut:

PORTAL RASMIPAUTAN
Portal MySTRhttps://bantuantunai.hasil.gov.my/
  1. Layari pautan rasmi Log Masuk mySTR 2026 di sini: https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
  2. ⁠Pengguna akan dibawa ke Halaman Utama Log Masuk mySTR.
  3. Masukkan No Kad Pengenalan anda.
  4. Tekan (Semak).
  5. Klik (Ya) jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
  6. Seterusnya, tekan butang (Semak).
  7. Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
  8. ⁠Klik butang (Log Masuk).
  9. Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
  10. ⁠Butiran seperti di bawah akan dipaparkan:
    • Status Permohonan STR;
    • Jumlah Telah Dibayar;
    • Jumlah Bayaran Keseluruhan STR; DAN
    • Status Kelayakan SARA;
  11. Fungsi lain yang terdapat di mySTR adalah :
    • Perubahan Maklumat Permohonan;
    • Cetak Permohonan;
    • Semakan Permohonan;
    • Kemas Kini Maklumat Asas;
    • Tukar Kata Laluan;
    • Maklumbalas; dan
    • Peti Mel.
  12. ⁠Untuk Semakan Status anda boleh tekan Semakan Permohonan.
  13. Selesai.

TARIKH RASMI PEMBAYARAN STR FASA 4 2026

Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4 2026 akan disalurkan kepada penerima yang layak bermula daripada tarikh rasmi yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) seperti yang berikut:

PERINGKAT PELAKSANAANTARIKH RASMI PEMBAYARAN
Sumbangan Tunai Rahmah (STR)
Fasa 4
Akan Diumumkan

CHECK KADAR BAYARAN STR FASA 4 2026

Selain check status STR, semak juga kadar bayaran bantuan tersebut. Kadar bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 bagi Fasa 4 adalah seperti yang berikut:

  • Kategori Isi Rumah (berpendapatan RM2,500 ke bawah) :
BILANGAN ANAKFASA 1FASA 2FASA 3FASA 4TOTAL KESELURUHAN
Tiada AnakRM200RM150RM200RM150RM700
1 – 2 AnakRM300RM300RM300RM300RM1,200
3 – 4 AnakRM400RM450RM450RM400RM1,700
5 Anak Ke AtasRM500RM600RM600RM500RM2,200
  • Kategori Isi Rumah (berpendapatan RM2,501 hingga RM5,000) :
BILANGAN ANAKFASA 1FASA 2FASA 3FASA 4TOTAL KESELURUHAN
Tiada AnakRM100RM100RM0RM0RM200
1 – 2 AnakRM100RM100RM150RM100RM450
3 – 4 AnakRM150RM200RM200RM150RM700
5 Anak Ke AtasRM200RM250RM250RM250RM950
  • Warga Emas Tanpa Pasangan :
FASA 1FASA 2FASA 3FASA 4TOTAL KESELURUHAN
RM150RM150RM150RM150RM600
  • Bujang :
BANTUAN SARATOTAL KESELURUHAN
RM50 Setiap Bulan
(Januari sehingga Disember)
RM600

KAEDAH PENYALURAN DUIT STR

Pembayaran STR 2026 akan disalurkan seperti kaedah berikut:

  • Pengkreditan terus ke dalam akaun bank penerima/pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan; ATAU
  • Tuntutan secara tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) bagi penerima tiada akaun bank atau status ‘Gagal Kredit’.

CHECK JADUAL BAYARAN STR 2026

Bayaran STR 2026 akan disalurkan secara berperingkat melalui 4 fasa seperti yang berikut:

PERINGKATJADUAL BAYARAN
Fasa 120 Januari 2026
Fasa 210 Mac 2026
Fasa 315 Ogos 2026
Fasa 4Akan diumumkan

*Nota: Pihak kami akan memasukkan segera jadual bayaran sejurus kenyataan rasmi kerajaan diedarkan.

INFO LANJUT

Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini. Anda juga boleh kunjungi cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang berdekatan.

  • Hotlink BKK HASiL : 1-800-88-2747
  • Talian MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • e-Mel : [email protected]

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://bantuantunai.hasil.gov.my/FAQ/FAQ%20PEMBAYARAN%20STR%202026.pdf

Leave a Comment