TARIKH BAYAR DUIT BANTUAN TUNAI STR 2026 : FASA 3
Inisiatif bantuan tunai STR / Sumbangan Tunai Rahmah akan memberi manfaat kepada seramai 5.2 juta rakyat dari pelbagai negeri berlatar belakangkan kadar pendapatan dan bilangan penerima yang berbeza. Setiap individu yang lulus permohonan akan terima bayaran bantuan pada suku ketiga tahun 2026.
Bilakah tarikh bayar duit bantuan tunai STR 2026? Baca info lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : SEMAKAN DIVIDEN ASB LOAN : CARA SEMAK JUMLAH AGIHAN KEUNTUNGAN DIVIDEN 2025
TARIKH BAYAR DUIT BANTUAN TUNAI STR 2026 FASA 3
Buat masa ini, pihak kerajaan belum mengeluarkan sebarang tarikh rasmi berkenaan tarikh bayar duit bantuan tunai STR 2026 Fasa 3 bagi penerima yang layak. Sebarang perkembangan terkini, akan kami maklumkan dari semasa ke semasa.
AMAUN BAYAR DUIT BANTUAN TUNAI STR 2026
Oleh kerana kadar pendapatan dan bilangan tanggungan berlainan bagi setiap kategori, pihak Kerajaan akan membayar duit bantuan tunai STR yang sepadan dengan kelayakan setiap kategori seperti berikut :
| ISI RUMAH PENDAPATAN BAWAH RM2,500 | ISI RUMAH PENDAPATAN RM2,501 – RM5,000 |
|---|---|
| Tiada Tanggungan : RM700 | Tiada Tanggungan : RM200 |
| 1 hingga 2 orang : RM1,200 | 1 hingga 2 orang : RM450 |
| 3 hingga 4 orang : RM1,700 | 3 hingga 4 orang : RM700 |
| 5 orang ke atas : RM2,200 | 5 orang ke atas : RM950 |
| BUJANG 21 – 59 TAHUN PENDAPATAN BAWAH RM2,500 | BUJANG 60 TAHUN PENDAPATAN BAWAH RM5,000 |
|---|---|
| Tiada Bantuan Tunai STR, diganti Bantuan SARA Daftar e-Kasih : RM1,200 Bukan e-Kasih : RM600 | Tiada Tanggungan : RM600 |
SEMAK STATUS LULUS ATAU TIDAK BANTUAN TUNAI STR 2026
Jika anda telah kemukakan permohonan Bantuan Tunai STR, anda boleh ketahui status permohonan sama ada lulus atau tidak melalui semakan secara online dalam laman web rasmi MySTR: https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
Ikuti cara semak status bantuan tunai STR 2026 :
- Sila pergi ke pautan rasmi Log Masuk MySTR 2026 di sini:Â https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
- â Pengguna akan dibawa ke Halaman Utama Log Masuk MySTR.
- Masukkan No Kad Pengenalan anda.
- Tekan (Semak).
- Klik (Ya) jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
- Seterusnya, tekan butang (Semak).
- Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
- â Klik butang (Log Masuk).
- Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
- â Butiran seperti di bawah akan dipaparkan:
- Status Permohonan STR;
- Jumlah Telah Dibayar;
- Jumlah Bayaran Keseluruhan STR; DAN
- Status Kelayakan SARA;
- Fungsi lain yang terdapat di mySTR adalah :
- Perubahan Maklumat Permohonan;
- Cetak Permohonan;
- Semakan Permohonan;
- Kemas Kini Maklumat Asas;
- Tukar Kata Laluan;
- Maklumbalas; dan
- Peti Mel.
- â Untuk Kemas Kini atau Semakan Status anda boleh tekan Kemaskini Maklumat & Semakan Permohonan.
- Selesai.
JUMLAH BANTUAN STR 2026 FASA 3
Jumlah bantuan STR 2026 bagi Fasa 3 turut belum dikeluarkan perinciannya oleh pihak berautoriti. Seandainya terdapat maklumat terbaharu yang dikeluarkan, pihak kami akan memastikan maklumat tersebut dikemas kini di sini dengan pantas.
TARIKH BAYAR DUIT BANTUAN TUNAI STR 2026
Kerajaan akan bayar duit bantuan tunai STR 2026 kepada setiap penerima yang lulus permohonan secara berperingkat dari Fasa Pertama (1) hingga Fasa Keempat (4) pada tarikh – tarikh yang tertentu seperti berikut:
- Fasa Pertama (1) :
- 10 Januari 2026 (sebelum Tahun Baru Cina).
- Fasa Kedua (2) :
- 10 Mac 2026 (sebelum Aidilfitri).
- Fasa Ketiga (3) :
- Dijangka dibayar pada Ogos 2026 (sebelum Hari Kebangsaan).
- Fasa Keempat (4) :
- Dijangka dibayar pada November 2026 (sebelum Deepavali).
*Nota: Walau bagaimanapun tarikh bayaran bantuan tunai STR dari Fasa Ketiga (3) hingga Fasa Keempat (4) akan dikemaskini apabila diumumkan secara rasmi.
TATA CARA BAYAR DUIT BANTUAN TUNAI STR 2026
Setelah permohonan diluluskan, penerima akan terima duit bayaran bantuan tunai STR melalui tata cara yang ditetapkan berdasarkan maklumat akaun bank penerima yang lengkap atau tidak lengkap seperti berikut :
- Penerima Lengkap Maklumat Akaun Bank :
- Permohonan yang dihantar dengan maklumat akaun bank yang lengkap akan terima bantuan tunai STR terus melalui akaun yang didaftarkan semasa permohonan.
- Penerima Tidak Lengkap Maklumat Akaun Bank :
- Permohonan yang tidak lengkap dengan maklumat akaun bank atau pemohon tidak mempunyai akaun bank yang aktif akan terima bantuan tunai STR melalui tuntutan tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) berdekatan.
PERINCIAN LANJUT STR
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan. Oleh itu, untuk perincian lebih lanjut berkaitan bantuan tunai STR, sila rujuk pihak berwajib melalui laman web dan talian di bawah:
- Laman Web Rasmi STR :
- https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Talian Rasmi STR :
- Hotlink BKK HASiL : 1-800-88-2747 [ Waku Operasi : 9.00 pagi-5.00 petang]
- Hotlink MOF : 03-88824565/03-88824566
- e-Mel :Â [email protected]
- Alamat : Sekretariat STR, Pejabat Belanjawan Negara Kementerian Kewangan Malaysia (MOF), Presint 2, 62592 Putrajaya.