BILAKAH MASUK SARA 2026 : SEMAK KELULUSAN PEMOHON LULUS ATAU TIDAK UNTUK TERIMA PEMBAYARAN BANTUAN MYKASIH DALAM MYKAD (RM50 & RM100 & RM200)
Penyaluran elaun bulanan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) tahun 2026 kini memasuki lebih daripada separuh pembayaran, dan dilaksanakan pada setiap awal bulan mengikut jadual yang telah ditetapkan khusus untuk penerima mendapatkan barangan keperluan asas masing-masing untuk setiap bulan.
Bilakah masuk sara 2026? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: CEK BAKI MYKASIH ONLINE : CHECK BALANCE SARA 2026
BILAKAH MASUK SARA 2026
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan dikreditkan secara automatik ke dalam MyKad (Kad Pengenalan) penerima mengikut jadual yang ditetapkan seperti berikut :
| TARIKH BAYARAN | KATEGORI PENERIMA |
|---|---|
| 9 Januari 2026 | Isi Rumah & Warga Emas |
| 16 Januari 2026 | Bujang |
| 1 Februari 2026 | Semua Kategori |
| 1 Mac 2026 | Semua Kategori |
| 1 April 2026 | Semua Kategori |
| 1 Mei 2026 | Semua Kategori |
| 1 Jun 2026 | Semua Kategori |
| 1 Julai 2026 | Semua Kategori |
| 1 Ogos 2026 | Semua Kategori |
| 1 September 2026 | Semua Kategori |
| 1 Oktober 2026 | Semua Kategori |
| 1 November 2026 | Semua Kategori |
| 1 Disember 2026 | Semua Kategori |
SYARAT KELAYAKAN SARA 2026
Syarat Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, terdiri daripada :
- Warganegara Malaysia;
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 – Berstatus eKasih;
- Kategori : Isi Rumah, Bujang, Warga Emas Tiada Pasangan
- Pendapatan di bawah Garis Kemiskinan (PGK) semasa;
- Tersenarai sebagai Miskin dan Miskin Tegar dalam Sistem eKasih;
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 – Bukan eKasih;
- Kategori : Isi Rumah, Bujang, Warga Emas Tiada Pasangan
Kelayakan penerima Bantuan SARA adalah secara automatik (tanpa permohonan) berdasarkan data penerima STR dan eKasih 2026.
JUMLAH MASUK BAYARAN SARA 2026
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026 akan disalurkan kepada penerima yang layak dengan amaun berikut :
| KATEGORI PENERIMA | SARA EKASIH | SARA BUKAN EKASIH |
|---|---|---|
| Isi Rumah | RM200 Setiap Bulan | RM100 Setiap Bulan |
| Warga Emas (Tiada Pasangan) | RM150 Setiap Bulan | RM50 Setiap Bulan |
| Bujang | RM100 Setiap Bulan | RM50 Setiap Bulan |
SEMAK STATUS KELULUSAN BAYARAN SARA
Status Kelayakan Penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026 boleh disemak secara online melalui dua (2) kaedah seperti berikut :
| PORTAL SEMAKAN | PAUTAN RASMI |
|---|---|
| Portal SARA | https://sara.gov.my/ |
| Portal MySTR | https://bantuantunai.hasil.gov.my/ |
Semak Status di Portal SARA :
- Layari Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA 2026 : https://sara.gov.my/
- Tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah 2026.
- Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
- Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
- Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
- Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
- Nama Program : Sumbangan Asas Rahmah 2026
- Status : Layak
- Tarikh Program Bermula : 9 Januari 2026
- Tarikh Program Berakhir : 31 Disember 2026
- Baki (RM) : 200.00
- Selesai.
Semak Status di Portal MySTR :
- Layari pautan rasmi Log Masuk mySTR 2026 di sini: https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
- Pengguna akan dibawa ke Halaman Utama Log Masuk mySTR.
- Masukkan No Kad Pengenalan anda.
- Tekan (Semak).
- Klik (Ya) jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
- Seterusnya, tekan butang (Semak).
- Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
- Klik butang (Log Masuk).
- Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
- Butiran seperti di bawah akan dipaparkan :
- Status Permohonan STR;
- Jumlah Telah Dibayar;
- Jumlah Bayaran Keseluruhan STR; DAN
- Status Kelayakan SARA;
- Selesai.
RUJUKAN LANJUT
Sebarang persoalan atau pertanyaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
- Waktu Operasi : (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
- e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://manfaat.mof.gov.my/b2026/individu/sara-2026
Nak semak kelayakan
Ya