SKAS SARAWAK 2026 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN & CARA PERMOHONAN BANTUAN BARU

SKAS SARAWAK 2026 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN & CARA PERMOHONAN BANTUAN BARU

Terkini! Pada Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat DUN Sarawak ke-19, Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg mengumumkan peningkatan kadar bantuan SKAS kepada RM640 juta yang akan memberikan manfaat kepada lebih satu juta penerima di Sarawak.

Bagaimanakah semakan status dan permohonan baru skas sarawak 2026? Ikuti info lanjut disini.

Baca juga: SEMAKAN SKAS 2026 : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA BANTUAN SUMBANGAN KEPERLUAN ASAS SARAWAK BARU

APA ITU SKAS SARAWAK?

Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) ialah bantuan kewangan khas Kerajaan Negeri Sarawak kepada rakyatnya yang berpendapatan rendah dengan pembayaran setiap empat bulan sekali (bersamaan tiga kali bayaran).

Bermula tahun 2026, Kerajaan GPS akan menaikkan kadar bantuan kepada RM640 juta untuk memastikan keperluan rakyat dipenuhi serta membantu mereka menghadapi kos sara hidup.

Bantuan akan disalurkan melalui baucar digital yang boleh diakses melalui aplikasi S PAY GLOBAL (e-dompet), dan boleh digunakan oleh penerima untuk membeli barangan makanan asas harian seperti beras, tepung, minyak masak di pasar raya dan kedai runcit yang berdaftar.

JUMLAH BANTUAN SKAS SARAWAK 2026

Amaun Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) seperti di bawah:

KATEGORI PENERIMAKADAR KELAYAKAN SETAHUN (RM)KADAR BANTUAN
SETIAP FASA (RM)
Isi rumah berpendapatan
RM5,000 dan kebawah
RM1,100Fasa 1 : RM316
Fasa 2 : RM424
Fasa 3 : RM360
Warga emas tanpa pasangan dan anak
berpendapatan RM5,000 dan kebawah
RM600Fasa 1 : RM166
Fasa 2 : RM234
Fasa 3 : RM200
Bujang
Berpendapatan RM2,500 dan kebawah
RM375Fasa 1 : RM100
Fasa 2 : RM150
Fasa 3 : RM125

Catatan : Bantuan akan diagihkan kepada penerima untuk setiap empat bulan sekali.

SYARAT KELAYAKAN

Kelayakan penerima Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) 2026 mestilah terdiri daripada :

Syarat Umum

  • Warganegara Malaysia;
  • Anak Sarawak pemegang Kad Pengenalan K yang beralamat dan menetap di Sarawak;
  • Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dikemaskini sehingga Fasa 4, 2024;

Kategori Penerima

  • Isi Rumah
    • Kahwin; atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda yang mempunyai tanggungan (anak/ibu bapa);
    • Pendapatan kasar bulanan RM5,000 dan ke bawah; dan
    • Tiada had umur.
  • Bujang
    • Bujang; atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda yang tiada tanggungan;
    • Pendapatan kasar bulanan RM2,500 dan ke bawah; dan
    • Had umur adalah 21-59 tahun; dan
    • Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
    • Bukan pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) / Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) sepenuh masa.
  • Warga Emas
    • Bujang; atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda yang tiada anak;
    • Pendapatan kasar bulanan RM5,000 ke bawah; dan
    • Had umur 60 tahun dan ke atas.

SEMAKAN STATUS SKAS SARAWAK 2026

Status kelayakan Sumbangan Kepeluan Asas Sarawak (SKAS) boleh disemak secara online seperti berikut:

  1. Layari Portal Rasmi SKAS di sini:
    https://service.sarawak.gov.my/web/web/home/sla_view/0/757/
  2. Halaman utama Portal SKAS akan dipaparkan.
  3. Kemudian, klik [Check Eligibility].
  4. Kemudian, Masukkan [Nombor Kad Pengenalan] anda di ruangan yang disediakan tanpa (-)
  5. Tekan [Search].
  6. Maklumat [Status Kelayakan Penerima] dan [Maklumat Pembayaran] Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) 2026 akan dipaparkan.
  7. Selesai.

TARIKH BAYARAN SKAS SARAWAK 2026

Setelah disahkan layak, penerima akan menerima bayaran Bantuan SKAS Sarawak mengikut tarikh yang ditetapkan seperti jadual berikut :

FASA BAYARANTARIKH BAYARAN
Fasa 110 Mac 2026, Selasa
Fasa 215 Mei 2026, Jumaat
Fasa 310 November 2026, Selasa

PERMOHONAN SKAS SARAWAK 2026

Kelayakan penerima SKAS adalah secara automatik berdasarkan penerima STR. Namun, jika anda layak menerima bantuan SKAS tetapi tidak tersenarai boleh mengemukakan permohonan secara dalam seperti berikut :

  1. Layari Portal Rasmi Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) di pautan berikut : https://service.sarawak.gov.my/web/web/home/sla_view/0/790/
  2. Kemudian, klik pada butang [Apply Online] di bawah.
  3. Klik pada butang [Sarawak ID Login].
  4. Masukkan [Sarawak ID].
  5. Seterusnya, klik pada butang [Next].
  6. Klik pada permohonan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS).
  7. Isikan segala maklumat yang diperlukan dengan benar dan tepat.
  8. Akhir sekali, klik butang [Hantar / Apply]
  9. Permohonan telah dihantar; dan
  10. Selesai

Jika anda belum mempunyai akaun S PAY GLOBAL untuk menerima pembayaran, pendaftaran dan pengaktifan akaun S PAY GLOBAL boleh dilakukan seperti berikut:

  1. Muat Turun Aplikasi S PAY GLOBAL dari :
    • Google Play Store (pengguna Android);
    • Apple App Store (pengguna iOS).
  2. Setelah selesai muat turun, buka aplikasi dan pilih “Daftar Akaun Baru”.
  3. Kemudian, masukkan maklumat peribadi yang diperlukan dengan pada bahagian pendaftaran.
  4. Setelah itu, pengesahan akaun perlu dilakukan. Ikuti arahan untuk pengesahan akaun melalui emel atau SMS.
  5. Seterusnya, kemas Kini Maklumat dan pastikan maklumat peribadi seperti nombor akaun bank dan alamat telah dikemas kini untuk memastikan proses pembayaran berjalan lancar.
  6. Selesai.

MAKLUMAT LANJUT

Sebarang soalan atau pertanyaan mengenai Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS), anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna.

Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://service.sarawak.gov.my/web/web/home/sla_view/0/821/

Leave a Comment