SEMAKAN SKAS 2026 : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA BANTUAN SUMBANGAN KEPERLUAN ASAS SARAWAK BARU
Bantuan khas baharu Kerajaan Negeri Sarawak untuk membantu golongan berpendapatan rendah dalam memenuhi keperluan asas bulanan telah diperkenalkan melalui Program Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS).
Bagaimanakah semakan skas 2026? Ikuti info lanjut disini.
Baca juga: TARIKH PENYALURAN SYUKUR SABAH 2026 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA BAYARAN FASA 3
SYARAT KELAYAKAN SKAS 2026
Kelayakan penerima bantuan SKAS terdiri daripada :
- Warganegara Malaysia;
- Anak Kelahiran Sarawak;
- Pemegang Kad Pengenalan ‘K’ yang beralamat dan menetap di Sarawak;
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR);
Kategori & Kelayakan Penerima :
| KATEGORI | KELAYAKAN PENERIMA |
|---|---|
| Isi Rumah | Berkahwin; atau Ibu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda (Ada Anak); Pendapatan kasar bulanan RM5,000 dan ke bawah; Tiada had umur |
| Warga Emas | Bujang; atau Ibu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda (Tiada Anak); Pendapatan kasar bulanan RM5,000 ke bawah; Had umur 60 tahun dan ke atas |
| Bujang | Bujang; atau Ibu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda (Tiada Anak); Pendapatan kasar bulanan RM2,500 dan ke bawah; Bujang berumur antara 21-59 tahun; Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19-59 tahun; Bukan pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) / Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) sepenuh masa |
SEMAKAN SKAS 2026
Status kelayakan penerima SKAS 2026 boleh disemak secara online seperti berikut :
- Layari Portal Rasmi Semakan Status Bantuan SKAS 2026 di sini : https://service.sarawak.gov.my/web/web/home/sla_view/0/821/
- Pergi ke bawah dan Klik [Semak Kelayakan] atau [Check Eligibility].
- Masukkan nombor MyKad (Kad Pengenalan) tanpa (-) diruangan [Nombor MyKad] atau [MyKad Number].
- Kemudian, klik [Cari] atau [Search].
- Mesej akan terpapar sekiranya anda layak untuk menerima bantuan SKAS mengikut contoh seperti berikut :
| Nama (Name) | Ali Bin Abu |
| Nombor Kad Pengenalan (MyKad Number) | XXXXXX-XX-XXXX |
| Status | Layak (Eligible) |
| Kategori SKAS (SKAS Category) | Isi Rumah (Household) |
| Jumlah SKAS (SKAS Value) | RM1,100 |
AMAUN BANTUAN SKAS 2026
Jumlah Bantuan SKAS 2026 adalah seperti berikut :
| KATEGORI PENERIMA | KADAR BANTUAN (SETAHUN) |
|---|---|
| Isi Rumah | RM1,100 |
| Warga Emas | RM600 |
| Bujang | RM375 |
KAEDAH BAYARAN
Penerima yang layak akan menerima bantuan SKAS seperti berikut :
| KAEDAH BAYARAN | PLATFORM |
|---|---|
| Secara Tanpa tunai (Baucar Digital) | Aplikasi S Pay Global (e-Dompet) |
Bantuan ini boleh digunakan oleh penerima untuk membeli barangan makanan asas harian di pasar raya dan kedai runcit yang berdaftar seperti :
- Beras;
- Tepung;
- Minyak Masak
JADUAL BAYARAN SKAS 2026
Bantuan SKAS akan dikreditkan kepada penerima yang layak mengikut jadual berikut :
| FASA BAYARAN | TARIKH BAYARAN | JUMLAH BAYARAN |
|---|---|---|
| Fasa 1 | 10 Mac 2026 | Isi Rumah : RM316 Warga Emas : RM166 Bujang : RM100 |
| Fasa 2 | 15 Mei 2026 | Isi Rumah : RM424 Warga Emas : RM234 Bujang : RM150 |
| Fasa 3 | 10 November 2026 | Isi Rumah : RM360 Warga Emas : RM200 Bujang : RM125 |
MAKLUMAT LANJUT
Sebarang persoalan atau pertanyaan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Pusat Talian Khidmat : +6082-555999
- e-Mel : [email protected]
- Laman Rasmi : https://service.sarawak.gov.my/
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://service.sarawak.gov.my/web/web/home/sla_view/0/821/