BANTUAN TUNAI KHAS 2027 : SEMAK KELAYAKAN PENERIMA

BANTUAN TUNAI KHAS 2027 : SEMAK KELAYAKAN PENERIMA

Perdana Menteri juga turut menyediakan peruntukan untuk pemberian Bantuan Tunai Khas bernilai RM1,500 kepada 1.3 juta penerima yang layak dan sebanyak RM750 kepada 1 juta penerima yang layak melalui dua (2) fasa.

Bagaimanakah semak kelayakan penerima Bantuan Tunai Khas 2027? Rujuk penjelasan lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : SENARAI BANTUAN SARA HIDUP : BELANJAWAN 2027

PENGENALAN BANTUAN TUNAI KHAS 2027

Bantuan Tunai Khas atau rasminya Bantuan Kewangan Khas (BKK) adalah merupakan satu bentuk bantuan wang tunai yang diberikan oleh Kerajan khas kepada individu tertentu untuk meringankan bebanan kewangan dan sebagai tanda penghargaan kerajaan atas khidmat yang ditaburkan.

Tujuan Pemberian Bantuan Tunai Khas :

  • Meringankan beban perbelanjaan harian.
  • Membantu menampung kos sara hidup.
  • Membantu penerima membuat persediaan menghadapi musim perayaan.
  • Mengurangkan tekanan kewangan.

SASARAN PENERIMA BANTUAN TUNAI KHAS 2027

Bukan semua rakyat layak menerima Bantuan Tunai Khas ini, kerana ianya disasarkan hanya khusus untuk penerima yang merupakan :

  • Penjawat awam termasuk :
    • Gred utama B;
    • Bawah Gred utama B;
    • Lantikan kontrak.
  • Pesara Kerajaan termasuk :
    • Veteran berpencen;
    • Veteran tidak berpencen.

JUMLAH BANTUAN TUNAI KHAS 2027

Pemberian Bantuan Tunai Khas atau Bantuan Khas Kewangan (BKK) untuk tahun 2027 dinaikkan daripada RM500 kepada sebanyak berikut :

KELAYAKAN PENERIMAJUMLAH BANTUAN
Penjawat awam
Gred Utama B dan ke bawah
termasyk lantikan kontrak
RM1,500
Pesara dan VeteranRM750

JADUAL BAYARAN BANTUAN TUNAI KHAS 2027

Bayaran Bantuan Tunai Khas kepada penjawat awam dan pesara kerajaan ini bukanlah dilaksanakan secara terus sekaligus. Tetapi akan dilaksanakan secara berperingkat melalui dua (2) fasa, iaitu pada :

PERINGKAT FASATARIKH BAYARAN
Fasa Pertama (1)Februari – Mac 2027
(Sebelum sambutan Perayaan
Aidilfitri)
Fasa Kedua (2)Ogos 2027
(Sebelum sambutan Hari
Kebangsaan ke-70)

INFO LANJUT

Informasi dalam artikel ini dirujuk berdasarkan sumber rasmi iaitu melalui Intipati Belanjawan 2027 yang telah dibentangkan oleh Perdana Menteri pada 9 Oktober 2026 lalu. Untuk mendapatkan informasi lebih lanjut berkaitan bantuan yang dibentangkan, sila semak di :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Leave a Comment