SEMAKAN BUDI MADANI : SEMAK STATUS KELAYAKAN PENERIMA
Bagi memastikan subsidi minyak Diesel dan Petrol Ron95 terus sampai kepada rakyat Malaysia, Kerajaan MADANI memperkenalkan Bantuan BUDI MADANI sebagai platform penyasaran semula subsidi hanya kepada rakyat yang benar-benar layak.
Bagaimanakah semakan status kelayakan penerima Bantuan BUDI MADANI? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : JUMLAH BANTUAN STR DIBAYAR 2026 : SEMAK KADAR PEMBAYARAN YANG DIPEROLEH JIKA ANDA LAYAK
PENGENALAN BUDI MADANI
BUDI MADANI Diesel dan Petrol Ron95 ialah wadah Kerajaan MADANI bagi memastikan peruntukan subsidi bahan api serta bagi mengekang aktiviti penyeludupan dan ketirisan subsidi rakyat disasarkan kepada golongan yang layak bagi mengawal harga barangan.
SENARAI KATEGORI BUDI MADANI
Program Bantuan BUDI MADANI terbahagi kepada dua (2) kategori, iaitu :
| KATEGORI BUDI MADANI | KADAR SUBSIDI |
|---|---|
| Budi Madani Diesel | RM2.10 seliter |
| Budi Madani Ron95 | RM1.99 seliter |
SYARAT-SYARAT PENERIMA BUDI MADANI
Pemberian Bantuan BUDI MADANI hanya kepada yang memenuhi syarat-syarat kelayakan seperti berikut :
*Kelayakan Penerima BUDI MADANI Diesel :
- ‘Individu’ :
- Warganegara Malaysia;
- Pendapatan tahunan individu atau pasangan tidak melebihi RM100,00;
- Kenderaan diesel persendirian dengan cukai jalan yang masih aktif; DAN
- Kenderaan berdaftar di Semenanjung Malaysia menggunakan nombor MyKad pemilik.
- ‘Agri-Komoditi’ :
- Warganegara Malaysia;
- Berdaftar sebagai petani, penternak, atau pekebun kecil dengan kementerian berkaitan; DAN
- Menggunakan kenderaan atau jentera pertanian yang sah;
- ‘MySubsidi Diesel’ :
- Pemohon yang telah mendapat kelulusan awal Skim Kawalan Diesel Subsidi (SKDS); DAN
- Masih menunggu untuk mendapatkan “fleet card.”
*Kelayakan Penerima BUDI MADANI Ron95 :
- Warganegara Malaysia;
- Berumur 16 tahun dan ke atas;
- Mempunyai Lesen Memandu Malaysia (LMM) yang sah dan masih aktif;
- Tiada had pendapatan (terbuka kepada semua B40, M40 dan T20).
SEMAKAN BUDI MADANI
Bagi yang ingin mengetahui status kelayakan sebagai penerima Bantuan BUDI MADANI, ikuti panduan semakan seperti berikut :
- Sila layari laman rasmi BUDI MADANI Diesel di pautan ini : https://budidiesel.gov.my/.
- Halaman utama BUDI MADANI akan dipaparkan.
- Klik pada butang [Log Masuk] di atas.
- Masukkan nombor kad pengenalan tanpa sengkang (-).
- Seterusnya, klik pada butang [Semak].
- “Kata kunci keselamatan anda” akan dipaparkan.
- Klik butang [Ya] sekiranyan kata kunci yang dipaparkan adalah betul.
- Masukkan kata laluan yang telah anda tetapkan dengan betul.
- Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Status].
- Status kelayakan BUDI MADANI akan dipaparkan.
- Selesai.
Ikuti cara semakan status penerima BUDI MADANI Ron95 seperti berikut :
- Sila layari laman rasmi BUDI MADANI Ron95 di pautan ini : https://www.budirakyat.gov.my/landing.
- Halaman utama BUDI MADANI akan dipaparkan.
- Klik pada butan [Semak Kelayakan Individu].
- Masukkan nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-).
- Klik pada butang [Semakan Status].
- Status kelayakan BUDI MADANI akan dipaparkan.
- Selesai.
CARA TEBUS BUDI MADANI
Penerima yang disahkan layak boleh tebus minyak Diesel dan minyak Petrol Ron95 dengan harga subsidi mengikut cara-cara seperti berikut :
- Kunjungi mana-mana stesen minyak yang terdekat.
- Berikan Kad Pengenalan kepada juruwang.
- Juruwang akan sahkan anda sebagai penerima.
- Nyatakan liter yang anda ingin isi.
- Contoh : 20 liter.
- Bayar secara tunai atau dengan menggunakan kad bank.
- Isi minyak seperti biasa.
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan Budi Madani, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian BKK HASiL : 1-800-88-2747
- Talian BUDI MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- Alamat E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://budimadani.gov.my/Download/Faq/FAQ_BUDI_Individu.pdf.
Saya adalah B40 oku
Sbb pa tk masuk gi buln ni
Blh tanya kenapa bulan Mar & Apr msk tak betul?
Blh tanya kenapa bulan Mar & Apr msk tak betul?
Saya dah mohon di pejabat lgm,Smpai hari ni xmasuk2 lgi…