BANTUAN KEWANGAN KERAJAAN : BELANJAWAN 2027

BANTUAN KEWANGAN KERAJAAN : BELANJAWAN 2027

Demi membantu rakyat untuk meneruskan kelangsungan hidup, Kerajaan Madani memberikan peruntukan bantuan kewangan yang dijangkakan cukup untuk menampung diri dan keluarga untuk sepanjang tahun 2027.

Bagaimanakah semakan bantuan kewangan kerajaan? Rujuk panduan dan penjelasan lanjut di bawah.

BACA JUGA : KADAR STR SARA 2027 : SEMAK BAYARAN SETIAP KATEGORI

APA ITU BANTUAN KEWANGAN KERAJAAN?

Berdasarkan pembentangan Belanjawan MADANI 2027 pada 9 Oktober 2026 oleh Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim, kerajaan mengumumkan beberapa bantuan kewangan dan inisiatif untuk membantu rakyat menghadapi kos sara hidup pada tahun 2027.

Antara pengumuman utama ialah peningkatan peruntukan STR dan SARA kepada RM16 bilion, bantuan khas kewangan kepada penjawat awam dan pesara kerajaan serta bantuan untuk golongan yang memerlukan.

SENARAI BANTUAN KEWANGAN KERAJAAN

Berikut adalah antara bantuan kewangan yang disediakan oleh Kerajaan untuk tahun 2027 :

  1. Sumbangan Tunai Rahmah (STR).
    • Tahun bantuan: 2027.
    • Peruntukan STR : RM16 bilion secara keseluruhan.
    • Sasaran : Golongan yang berpendapatan rendah (isi rumah, warga emas & bujang yang layak).
  2. Sumbangan Asas Rahmah (SARA)
    • Tahun bantuan : 2027
    • Kadar bantuan : Isi rumah RM150 sebulan – RM1,800 setahun dan RM200 one-off.
    • Sasaran : Memberi manfaat kepada sehingga 9 juta penerima STR dan 13 juta rakyat penerima one-off.
  3. Bantuan Khas Kewangan Kerajaan
    • Tahun bantuan : 2027
    • Kadar bantuan : RM750 dan RM1,500.
    • Sasaran : penjawat awam Gred Premier B dan ke bawah, termasuk kakitangan berstatus kontrak dan pesara kerajaan.
  4. Inisiatif Khas Untuk Pemandu Teksi & Bas Sekolah
    • Tahun bantuan : 2027
    • Kadar bantuan : RM1,000
    • Sasaran : kepada hampir 59,000 pemandu teksi / kereta sewa dan pemandu bas sekolah.
  5. Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
    • Tahun bantuan : 2027
    • Kadar bantuan : Dinaikkan bagi setiap kategori penerima.
    • Sasaran : Kanak-kanak, Warga Emas, OKU dan rakyat yang berkeperluan khas.
  6. Bantuan Kesihatan untuk Golongan B40
    • Tahun bantuan : 2027
    • Kadar bantuan : RM80 juta bagi kemudahan pemeriksaan kesihatan, bantuan peralatan perubatan dan insentif rawatan kanser
    • Sasaran : penerima STR serta pasangan mereka yang berumur 40 tahun ke atas, tertakluk kepada syarat program.

JADUAL PELAKSANAAN BANTUAN KEWANGAN

JENIS BANTUANTARIKH PELAKSANAAN
Sumbangan Tunai Rahmah (STR)Dilaksanakan berfasa
Januari hingga November
Sumbangan Asas Rahmah (SARA)Dilaksanakan setiap bulan
Januari hingga Disember
dan
dilaksanakan dua kali bayar
Februari dan Ogos
Bantuan Khas Kewangan
(Penjawat awam)
Februari dan Ogos
Inisiatif Pemandu Teksi & Bas SekolahAkan diumumkan
Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)Setelah disahkan permohonan
(bayaran setiap bulan)
Bantuan Kesihatan Untuk B40Mengikut keperluan penerima

PERMOHONAN BANTUAN KEWANGAN KERAJAAN

Untuk menerima Bantuan Kewangan yang disediakan, pemohon perlu menyemak syarat kelayakan dan kemukakan permohonan di laman web rasmi yang disediakan oleh Kerajaan seperti Sumbangan Tunai Rahmah dan Sumbangan Asas Rahmah perlu dimohon di https://bantuantunai.hasil.gov.my/.

Untuk permohonan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) boleh dibuat di laman web rasmi https://www.jkm.gov.my/ dan lain-lain bantuan perlu sentiasa disemak cara permohonan.

SALURAN MAKLUMAT

Segala maklumat dalam artikel ini adalah dirujuk daripada saluran rasmi iaitu melalui intipati Belanjawan 2027 https://www.google.com/url?sa=t&source=web&rct=j&opi=89978449&url=https://belanjawan.mof.gov.my/pdf/belanjawan2027/ucapan/touchpoint-budget-bm.pdf&ved=2ahUKEwjEubL18q6XAxXczjgGHbKnNz4QFnoECBwQAQ&sqi=2&usg=AOvVaw1OhHjNPTbfBOJsDZE0fZlI.

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Leave a Comment