KADAR STR SARA 2027 : SEMAK BAYARAN SETIAP KATEGORI
Peruntukan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) untuk tahun 2027 dinaikkan sebanyak RM1 billion menjadikan kadar keseluruhan sebanyak RM16 billion untuk disalurkan kepada 9 juta rakyat Malaysia.
Dengan pertambahan peruntukan sebanyak RM1 billion, kadar bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) juga dinaikkan mengikut kategori kelayakan penerima.
Berapakah kadar bayaran STR SARA 2027? Semak maklumat lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : SENARAI BANTUAN KERAJAAN 2027 : BELANJAWAN 2027
KADAR STR SARA 2027
Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) akan secara automatik layak menerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) juga. Untuk tahun 2027, penerima isi rumah bukan miskin tegar akan terima bayaran SaRA RM150 sebulan sehingga RM1,800 setahun berbanding tahun lalu hanya RM100 sebulan hingga RM1,200 sahaja.
Selain itu, semua rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas termasuk penerima sedia ada akan menerima Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) secara one-off bernilai RM100 sebanyak dua (2) kali bayar sehingga RM200 setahun.
| KATEGORI PENERIMA | KADAR BAYARAN STR 2027 | KADAR BAYARAN SARA 2027 |
|---|---|---|
| Isi Rumah B40 | Belum diperincikan | Belum diperincikan |
| Isi Rumah M40 | Belum diperincikan | Belum diperincikan |
| Warga Emas | Belum diperincikan | Belum diperincikan |
| Bujang | Belum diperincikan | Belum diperincikan |
CARA TERIMA BANTUAN STR SARA 2027
Kerajaan telah menetapkan cara penerimaan bayaran yang berbeza bagi dua bantuan ini. Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dibayar mengikut fasa dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dibayar setiap bulan :
- Penerimaan Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2027 :
- Tiada akaun : Terima bayaran secara tunai terus di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN);
- Ada Akaun : Terima bayaran secara pengkreditan dalam akaun bank (berperingkat mengikut bank)
- Penerimaan Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2027 :
- Semua Penerima : Terima bayaran secara tanpa tunai dikreditkan terus ke dalam Kad Pengenalan (Mykad) penerima khas untuk pembelian barang keperluan asas dan barang basah segar di pasar raya, kedai runcit dan pasar tani.
JADUAL BAYARAN STR SARA 2027
Walaupun jadual bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) belum diperincikan, berikut merupakan jangkaan jadual bayaran bagi tahun 2027 :
- Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2027 :
| PERINGKAT FASA | TARIKH BAYARAN |
|---|---|
| Fasa 1 | Januari 2027 (Jangkan sahaja) |
| Fasa 2 | Mac 2027 (Jangkaan sahaja) |
| Fasa 3 | Ogos 2027 (Jangkaan sahaja) |
| Fasa 4 | November 2027 (Jangkaan sahaja) |
- Bayaran Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2027 :
| CARA PENERIMAAN | TARIKH BAYARAN |
|---|---|
| Setiap Bulan | Januari 2027 Februari 2027 Mac 2027 April 2027 Mei 2027 Jun 2027 Julai 2027 Ogos 2027 September 2027 Oktober 2027 November 2027 Disember 2027 |
| Sekaligus (One-off) | Februari 2027 Ogos 2027 |
PERMOHONAN STR SARA 2027
Jika permohonan disahkan layak, pemohon akan terima bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bersama dengan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) untuk sepanjang tahun 2027.
Anda boleh kemukakan permohonan melalui dua (2) platform, iaitu :
- Permohonan secara manual dengan borang permohonan di Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDNM) bermula 1 Oktober 2026; atau
- Permohonan secara atas talian (online) dalam portal rasmi MySTR bermula 15 Oktober 2026.
Ikuti panduan lengkap cara mohon di portal rasmi MySTR seperti berikut :
- Layari laman Portal Rasmi MySTR di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Halaman utama MySTR akan dipaparkan, klik pada [Permohonan Baharu].
- Pilih [Ya, Teruskan] bagi permohonan manual atau pilih [Permohonan Baharu dengan MyDigital ID] bagi pemohon yang ada akaun MyDigital ID.
- Isikan maklumat diri pada ruangan yang disediakan dan yang bertanda * adalah mandatori diisi.
- Dengan memasukkan Nombor MyKad, maklumat diri pemohon akan dipaparkan secara automatik berdasarkan data dari JPN.
- Masukkan juga maklumat pasangan dengan betul dan tepat.
- Sekiranya Pemohon berstatus Kahwin, sila muat naik dokumen sijil perkahwinan atau sila kemukakan sijil perkahwinan asal dan salinan ke Pejabat HASiL berhampiran sebelum tarikh akhir permohonan setiap fasa bagi tujuan pemprosesan permohonan.
- Sekiranya Pemohon berstatus Cerai, sila muat naik dokumen sijil cerai atau sila kemukakan sijil cerai asal dan salinan ke Pejabat HASiL berhampiran sebelum tarikh akhir permohonan setiap fasa bagi tujuan pemprosesan permohonan.
- Sekiranya Pemohon berstatus Kematian Pasangan, sila muat naik sijil kematian pasangan atau sila kemukakan sijil kematian asal dan salinan ke Pejabat HASiL berhampiran sebelum tarikh akhir permohonan setiap fasa bagi tujuan pemprosesan permohonan.
- Lengkapkan juga maklumat waris yang terbaru.
- Kemudian, masukkan maklumat perbankan yang berstatus aktif (pastikan atas nama sendiri) bagi penerimaan bayaran setiap fasa (jika layak).
- Apabila selesai mengisi maklumat permohonan, klik butang [Hantar].
- “Permohonan berjaya dihantar” akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN RASMI
Maklumat-maklumat dalam artikel bukanlah direka sendiri. Sebaliknya pihak kami membuat rujukan di ringkasan intipati Belanjawan 2027 dan daripada portal-portal rasmi kerajaan. Untuk maklumat lanjut, sila buat rujukan rasmi di :
PENAFIAN
Artikel ini ditulis dan dikongsikan adalah untuk memudahkan carian awam berkaitan “Kadar Bantuan STR SARA 2027”. Oleh itu, kami rujuk daripada intipati Belanjawan 2027 serta dari portal rasmi MyKasih dan portal rasmi STR.
Dengan harapan artikel yang dikongsikan ini dapat memberi manfaat kepada semua rakyat Malaysia untuk mengetahui maklumat-maklumat bantuan yang disediakan oleh kerajaan dengan lebih jelas, ringkas dan teratur.
Bagaimanapun, pihak kami tidak pernah meminta sebarang maklumat peribadi pembaca dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran untuk artikel yang telah dikongsikan ini.