SENARAI BANTUAN SARA HIDUP : BELANJAWAN 2027

SENARAI BANTUAN SARA HIDUP : BELANJAWAN 2027

Kos sara hidup mungkin semakin meningkat dari tahun ke tahun. Oleh itu, Kerajaan memperuntukan lebih banyak bantuan, inisiatif serta subsidi yang dapat membantu rakyat menampung kos sara hidup untuk diri dan keluarga.

Bagaimanakah semak senarai Bantuan Sara Hidup? Rujuk penjelasan dan info lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : INTIPATI BELANJAWAN 2027 : SENARAI BANTUAN YANG DIUMUMKAN

SENARAI BANTUAN SARA HIDUP 2027

Kerajaan telah memperuntukan Bantuan Sara Hidup rakyat, antara bantuan utama yang disenaraikan adalah :

  1. Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR).
    • Bayaran secara tunai berperingkat mengikut fasa selama empat (4) fasa dari Januari hingga November 2027.
  2. Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA).
    • Bulanan; dan
      • Bayaran secara tanpa tunai (cashless) setiap bulan dikreditkan dalam MyKad untuk beli barang keperluan asas.
    • Sekaligus (one-off).
      • Bayaran secara tanpa tunai (cashless) dua (2) kali bayar dalam MyKad
  3. Bantuan Khas Kewangan (BKK).
    • Penjawat awam dan pesara akan terima dua kali bayaran untuk Perayaan Aidilfitri dan Hari Kebangsaan.
  4. Budi Belia e-Dompet.
    • Belia yang berkelayakan akan menerima Bantuan Budi belia melalui e-Dompet.

Terdapat banyak lagi bantuan sara hidup yang disediakan mengikut kelayakan penerima. Selain itu, kerajaan juga menetapkan kenaikkan kadar minimum gaji pekerja swasta daripada RM1,700 kepada RM2,000 sebulan.

KADAR PERUNTUKAN & BAYARAN BANTUAN SARA HIDUP 2027

  • Sumbangan Tunai Rahmah (STR) :
KATEGORI KELAYAKANKADAR BAYARAN
Isi Rumah B40
(Tiada anak)
RM200
Isi Rumah B40
(1 – 2 anak)
RM600
Isi Rumah B40
(3 – 4 anak)
RM1,100
Isi Rumah B40
(Lebih 5 anak)
RM1,600
Isi Rumah M40
(Tiada anak)
RM200
Isi Rumah M40
(1 – 2 anak)
RM450
Isi Rumah M40
(3 – 4 anak)
RM700
Isi Rumah M40
(Lebih 5 anak)
RM950
Warga EmasRM600
BujangTiada
  • Sumbangan Asas Rahmah (SARA) :
KATEGORI KELAYAKANKADAR BAYARAN
(ASAS)
KADAR BAYARAN
(MISKIN TEGAR)
Isi Rumah B40RM150 sebulan
hingga
RM1,800 setahun
RM200 sebulan
hingga
RM2,400 setahun
Isi Rumah M40RM100 sebulan
hingga
RM1,200 setahun
–
Warga EmasRM50 sebulan
hingga
RM600 setahun
RM150 sebulan
hingga
RM1,800 setahun
BujangRM50 sebulan
hingga
RM600 setahun
RM100 sebulan
hingga
RM1,200 setahun
*Tambahan bayaran SARA RM200 dibayar dua (2) kali. RM100 pada bulan Februari dan RM100 pada bulan Ogos.
  • Bantuan Khas Kewangan (BKK) :
KELAYAKAN PENERIMAKADAR BAYARAN
Penjawat awam
(tetap & kontrak)
RM1,500
PesaraRM750
  • Budi Belia e-Dompet :
KELAYAKAN PENERIMAKADAR BAYARAN
Belia yang layakRM100

MEDIUM BAYARAN BANTUAN SARA HIDUP 2027

Bantuan Sara Hidup yang disediakan akan dibayar melalui medium yang berbeza seperti berikut :

JENIS BANTUANMEDIUM BAYARAN
Sumbangan Tunai Rahmah (STR)Bayaran secara tunai melalui
kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN)
dan melalui
pengkreditan dalam akaun bank
Sumbangan Asas Rahmah (SARA)Bayaran secara tanpa tunai
melalui Kad Pengenalan (MyKad)
Bantuan Khas Kewangan (BKK)Bayaran secara pengkreditan
ke dalam akaun bank penerima
Bantuan BeliaBayaran secara tanpa tunai
melalui aplikasi e-Dompet

RUJUKAN LANJUT

Untuk rujukan lebih lanjut berkaitan Bantuan Sara Hidup, anda boleh baca intipati penuh di sini :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Leave a Comment