TARIKH DUIT STR MASUK : (FASA 3 2025) SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA SEKARANG
Pelaksanaan bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah secara berperingkat melalui empat (4) Fasa. Yang mana Fasa satu (1) dan dua (2) telahpun selesai dilaksanakan kepada 8.5 juta penerima sedia ada dan bayaran Fasa ketiga (3) akan dilaksanakan kepada penerima sedia ada dan baharu tidak lama lagi.
Bagaimanakah semakan tarikh duit STR masuk dan cara semak status penerima? Ikuti panduan dan maklumat lanjut di bawah.
BACA JUGA : EKASIH SEMAKAN : SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA
CARA DUIT STR MASUK
Duit Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dimasukkan kepada penerima melalui dua (2) cara, iaitu :
- Kredit ke Akaun Bank :
- Duit Sumbangan Tunai Rahmah (STR) akan dikreditkan ke akaun bank penerima / pasangan.
- Tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) :
- Duit Sumbangan Tunai Rahmah (STR) akan diberikan secara tunai di kaunter BSN sekiranya penerima :
- Status pengkreditan ‘Gagal Kredit’; atau
- Tiada maklumat akaun bank.
- Duit Sumbangan Tunai Rahmah (STR) akan diberikan secara tunai di kaunter BSN sekiranya penerima :
TARIKH DUIT STR MASUK
Berikut merupakan tarikh-tarikh duit Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dimasukkan :
- Fasa 1 : 22 Januari hingga 28 Januari 2025.
- Fasa 2 : 24 Mac hingga 27 Mac 2025.
- Fasa 3 : Akhir Julai hingga Ogos 2025 (jangkaan).
- Fasa 4 : November 2025 (Jangkaan).
*Nota : Tarikh bagi fasa 3 dan fasa 4 akan dikemaskini kembali sebaik sahaja ianya diumumkan secara rasmi oleh Kerajaan.
JUMLAH DUIT STR MASUK
Duit Sumbangan Tunai Rahmah (STR) akan dimasukkan dengan jumlah sebanyak berikut :
Isi Rumah Pendapatan Bawah RM2,500 (B40) :
JUMLAH STR 2025 | FASA 1 | FASA 2 | FASA 3 | FASA 4 |
---|---|---|---|---|
Tiada Anak RM1,000 | RM500 | RM200 | RM150 | RM150 |
1 – 2 Anak RM1,500 | RM500 | RM350 | RM300 | RM350 |
3 – 4 Anak RM2,000 | RM500 | RM500 | RM500 | RM500 |
5 Anak ke Atas RM2,500 | RM500 | RM650 | RM650 | RM700 |
Isi Rumah Pendapatan RM2,501 – RM5,000 (M40) :
JUMLAH STR 2025 | FASA 1 | FASA 2 | FASA 3 | FASA 4 |
---|---|---|---|---|
Tiada Anak RM500 | RM100 | RM150 | RM100 | RM150 |
1 – 2 Anak RM750 | RM150 | RM200 | RM200 | RM200 |
3 – 4 Anak RM1,000 | RM250 | RM250 | RM250 | RM250 |
5 Anak ke Atas RM1,250 | RM300 | RM350 | RM300 | RM300 |
Warga Emas (Tiada Pasangan) :
JUMLAH STR 2025 | FASA 1 | FASA 2 | FASA 3 | FASA 4 |
---|---|---|---|---|
RM600 | RM150 | RM150 | RM150 | RM150 |
Bujang :
JUMLAH STR 2025 | FASA 1 | FASA 2 | FASA 3 | FASA 4 |
---|---|---|---|---|
RM600 | RM150 | RM150 | RM150 | RM150 |
BILANGAN PENERIMA DUIT STR
Daripada pendekatan permohonan dan rayuan yang dibuka sepanjang tahun, bilangan penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) akan bertambah pada setiap fasa seperti berikut :
- 8.3 juta penerima Fasa 1.
- 8.5 juta penerima Fasa 2.
- 8.7 juta penerima Fasa 3 (anggaran).
- 9 juta penerima Fasa 4 (anggaran).
SEMAKAN STATUS PENERIMA DUIT STR
Ikuti cara semakan status penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) seperti berikut :
- Sila layari laman rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (mySTR) di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
- Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
- Seterusnya, klik pada butang [Log Masuk].
- Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
- Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
- Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
- Bahagian profil anda akan dipaparkan.
- Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status kelayakan penerima akan dipaparkan.
- Layarkan skrin ke bahagian bawah.
- Kemudian, klik pada butang [Maklumat Bayaran].
- Maklumat Bayaran Fasa 3 akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), kunjungi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
- Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/FAQ%20PEMBAYARAN%20STR%202025.pdf