JADUAL BAYARAN STR 2025 : (FASA 3) SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK SEKARANG

JADUAL BAYARAN STR 2025 : (FASA 3) SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK SEKARANG

Penjadualan bayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa oleh Kementerian Kewangan (MOF) yang biasanya dibayar pada musim perayaan atau musim cuti persekolahan bagi membantu meringankan bebanan rakyat.

Bagaimanakah semakan jadual bayaran STR? Ikuti panduan dan penjelasan lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : SEMAKAN UPU : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK SEKARANG

JADUAL BAYARAN STR 2025

Bayaran Bantuan STR dijadualkan seperti berikut :

SENARAI FASATARIKH BAYARAN
FASA 122 Januari hingga 28 Januari 2025
FASA 224 Mac hingga 27 Mac 2025
FASA 3Akhir Julai hingga Ogos 2025
FASA 4November 2025
*Nota : Bagaimanapun tarikh bayaran Fasa 3 dan 4 akan dikemaskini kembali apabila ianya telah diumumkan secara rasmi oleh Kementerian Kewangan (MOF).

WAKTU BAYARAN STR 2025

Lazimnya bayaran Bantuan STR dimasukkan ke dalam akaun bank penerima mengikut waktu berikut :

BIL.JENIS AKAUN BANKWAKTU BAYARAN
1.Bank Simpanan Nasional (BSN)Selepas 6 petang
2.Bank IslamSelepas 8 malam
3.Affin BankSelepas 8 malam
4.AmbankSelepas 8 malam
5.MaybankSelepas 9 malam
6.Cimb BankSelepas 9 malam
7.RHB BankSelepas 9 malam
8.Bank MuamalatSelepas 10 malam
9.Lain-lain BankSelepas 10 malam

MEDIUM BAYARAN STR 2025

Medium bayaran Bantuan STR masih sama seperti sebelum ini, iaitu dibayar berdasarkan jenis penerima berikut :

JENIS PENERIMAMEDIUM BAYARAN STR
Penerima Ada Akaun BankDikreditkan terus ke dalam akaun bank
penerima mengikut nombor akaun
yang didaftarkan
Penerima Tiada Akaun Bank
atau
Status ‘Gagal Kredit’
Diberikan secara tunai di kaunter
Bank Simpanan Nasional (BSN) sahaja

KADAR BAYARAN STR 2025

Berikut merupakan kadar bayaran Bantuan STR yang diberikan kepada setiap kategori :

KATEGORI PENERIMAKADAR BAYARAN STR 2025
ISI RUMAH PENDAPATAN
BAWAH RM2,500
RM1,000 (Tiada anak)
RM1,500 (1/2 anak)
RM2,000 (3/4 anak)
RM2,500 (5 dan ke atas)
ISI RUMAH PENDAPATAN
RM2,501 – RM5,000
RM500 (Tiada anak)
RM750 (1/2 anak)
RM1,000 (3/4 anak)
RM1,250 (5 dan ke atas)
WARGA EMAS TIADA
PASANGAN
RM600
BUJANGRM600
*Nota : Kadar diatas bukanlah diberikan secara sekaligus. Namun, ianya diberikan secara ansur setiap fasa.

CARA SEMAK STATUS PENERIMA BAYARAN STR 2025

Semakan status penerima bayaran STR hanya boleh dilakukan melalui Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah sahaja. Layari pautan di bawah untuk ke halaman utama portal :

PORTAL RASMIPAUTAN (LINK)
Sumbangan Tunai Rahmah (STR)https://bantuantunai.hasil.gov.my

Ikuti panduan semakan status dan maklumat bayaran STR Fasa 3 seperti berikut :

  1. Makluman terkini berkaitan STR akan dipaparkan pada halaman utama portal.
  2. Klik butang [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
  3. Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
  4. Sila klik pada butang [Log Masuk].
  5. Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
  6. Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
  7. Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
  8. Bahagian profil anda akan dipaparkan.
  9. Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  10. Status kelayakan penerima akan dipaparkan.
  11. Layarkan skrin ke bahagian bawah.
  12. Kemudian, klik pada butang [Maklumat Bayaran].
  13. Maklumat Bayaran Fasa 3 akan dipaparkan.
  14. Selesai.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan STR, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
  • Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • E-mel : [email protected]

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/FAQ%20PEMBAYARAN%20STR%202025.pdf.

Leave a Comment