JADUAL BAYARAN STR 2026 FASA 4

JADUAL BAYARAN STR 2026 FASA 4

Tarikh rasmi bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) akan diumumkan secara rasmi oleh pihak Kementerian Kewangan (MOF) dan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) di Portal Rasmi, agar penerima yang layak tidak terlepas untuk menikmati bantuan yang diberikan.

Bagaimanakah semakan jadual bayaran str 2026 fasa 4? Ikuti Info lanjut disini.

Baca juga: SEMAKAN BAYARAN STR FASA 4 2026 : SEMAK KELAYAKAN TERKINI

SYARAT KELAYAKAN PENERIMA STR

Sebelum menerima bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 FASA 4, anda mestilah merupakan pemohon baharu dan penerima sedia ada bantuan yang memenuhi syarat kelayakan seperti berikut :

  • Kategori Penerima :
    • Isi Rumah;
    • Warga Emas Tanpa Pasangan;
    • Bujang
  • Kriteria dan Kelayakan Penerima :
KATEGORI PENERIMASYARAT DAN KELAYAKAN
Isi RumahWarganegara Malaysia;

Berkahwin
(Ada atau Tiada Anak);

Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda
(Ada Anak);

Berpendapatan RM5,000 dan ke bawah
KATEGORI PENERIMASYARAT DAN KELAYAKAN
Warga Emas Tanpa PasanganWarganegara Malaysia;

Bujang; atau

Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda
(Tiada Anak);

Berumur 60 tahun dan ke atas;

Berpendapatan RM5,000 dan ke bawah
KATEGORI PENERIMASYARAT DAN KELAYAKAN
BujangWarganegara Malaysia;

Bujang; atau

Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda
(Tiada Anak);

Berumur 21 tahun sehingga 59 tahun;

Berumur 19 tahun sehingga 59 tahun (OKU);

Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa;

Berpendapatan RM2,500 dan ke bawah

KADAR KELAYAKAN BAYARAN STR

Setiap penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 FASA 4, akan menerima amaun bayaran seperti berikut :

KATEGORI PENERIMAJUMLAH BAYARAN
(STR FASA 4)
Isi Rumah
berpendapatan RM2,500 dan ke bawah
Tiada Anak : RM150
1 hingga 2 Anak : RM300
3 hingga 5 Anak : RM400
5 Anak dan Ke atas : RM500
Isi Rumah
berpendapatan RM2,501 hingga RM5,000
Tiada Anak : RM0
1 hingga 2 Anak : RM100
3 hingga 5 Anak : RM150
5 Anak dan Ke atas : RM250
Warga Emas Tiada PasanganRM150
BujangBantuan digantikan dengan SARA setiap bulan

JADUAL BAYARAN STR

Setakat ini, tarikh rasmi pembayaran FASA 4 masih belum diumumkan, akan dikemas kini dari semasa ke semasa apabila Pihak Kementerian Kewangan (MOF) mengumumkan tarikh rasmi yang dikeluarkan melalui Saluran Media.

FASA PEMBAYARAN STRTARIKH PEMBAYARAN STR
Fasa 120 Januari 2026 (Selasa)
Fasa 210 Mac 2026 (Selasa)
Fasa 315 Ogos 2026 (Sabtu)
Fasa 4Akan datang

CARA PENYALURAN BAYARAN STR

Setiap penerima yang disahkan layak bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) akan menerima bayaran melalui 2 kaedah utama pengkreditan seperti berikut :

JENIS PENERIMAKAEDAH PEMBAYARAN
Penerima yang mempunyai Akaun BankPengkreditan ke dalam akaun bank penerima/pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan
Penerima Tiada Akaun Bank
atau
Status ‘Gagal Kredit’
Tuntutan secara tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) berhampiran di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak

SEMAK STATUS BAYARAN STR

Status kelayakan penerima bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026, FASA 4 boleh di semak secara online seperti berikut :

PORTAL RASMIPAUTAN
Portal MySTRhttps://bantuantunai.hasil.gov.my/
  1. Layari pautan rasmi Log Masuk mySTR 2026 di sini: https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
  2. ⁠Pengguna akan dibawa ke Halaman Utama Log Masuk mySTR.
  3. Masukkan No Kad Pengenalan anda.
  4. Tekan (Semak).
  5. Klik (Ya) jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
  6. Seterusnya, tekan butang (Semak).
  7. Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
  8. ⁠Klik butang (Log Masuk).
  9. Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
  10. ⁠Butiran seperti di bawah akan dipaparkan :
    • Status Permohonan STR;
    • Jumlah Telah Dibayar;
    • Jumlah Bayaran Keseluruhan STR; DAN
    • Status Kelayakan SARA;
  11. ⁠Untuk Semakan Status anda boleh tekan Semakan Permohonan.
  12. Selesai.

RUJUKAN LANJUT

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Sumbangan Tunai Rahmah (STR), anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

Anda juga boleh kunjungi cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang berdekatan.

  • Hotlink BKK HASiL : 1-800-88-2747
  • Talian MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • e-Mel : [email protected]

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://bantuantunai.hasil.gov.my/FAQ/FAQ%20SUMBANGAN%20TUNAI%20RAHMAH%20(STR)%202026.pdf

Leave a Comment