BANTUAN TUNAI OKU : SEMAK KELAYAKAN & BAYARAN 2026
Segelintir golongan Orang Kurang Upaya (OKU) yang mempunyai tahap kesihatan yang terbatas untuk melakukan sebarang pekerjaan. Oleh itu, bagi membantu meringankan bebanan mereka yang kurang berkemampuan ini, Kerajaan menyalurkan Bantuan Tunai setiap bulan.
Bagaimanakah semak kelayakan Bantuan Tunai OKU? Ikuti panduan dan info lanjut di bawah.
BACA JUGA : SEMAK BANTUAN WARGA EMAS : STATUS KELAYAKAN & KADAR BAYARAN
APA ITU BANTUAN TUNAI OKU?
Antara Bantuan Tunai yang disediakan untuk Orang Kurang Upaya (OKU) adalah ‘Elaun Pekerja OKU’, ‘Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja’ dan ‘Bantuan OKU Terlantar’ di bawah program bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) khas untuk membantu golongan OKU untuk meneruskan kelangsungan hidup.
JUMLAH BAYARAN BANTUAN TUNAI OKU
Setiap Bantuan Tunai yang disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk Orang Kurang Upaya (OKU) dibayar dengan jumlah yang berbeza setiap bulan seperti berikut :
| JENIS BANTUAN | JUMLAH BAYARAN |
|---|---|
| Bantuan EPOKU (Elaun Pekerja OKU) | RM450 setiap bulan (seorang) |
| Bantuan BTB (Bantuan OKU Tidak Bekerja) | RM300 setiap bulan (seorang) |
| Bantuan BPT (Bantuan OKU Terlantar) | RM500 setiap bulan (seorang) |
SYARAT KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN TUNAI OKU
Berikut merupakan syarat-syarat kelayakan penerima Bantuan Tunai yang disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk Orang Kurang Upaya (OKU) :
- Kelayakan Penerima Bantuan EPOKU :
| SYARAT | KELAYAKAN PENERIMA EPOKU |
|---|---|
| Warganegara | Malaysia |
| Had Umur | 16 tahun dan ke atas (bukan penuntut di mana-mana institusi pendidikan) |
| Kad OKU | Pemegang Kad OKU yang berdaftar dengan JKM |
| Kadar Pendapatan Penerima | Minimum RM100 hingga RM1,700 (gaji pokok, elaun, kerja lebih masa, pendapatan dari sewa rumah, pencen, zakat, sumbangan dan lain-lain sumber). |
- Kelayakan Penerima Bantuan BTB :
| SYARAT | KELAYAKAN PENERIMA BTB |
|---|---|
| Warganegara | Malaysia |
| Had Umur | 16 hingga 59 tahun |
| Kad OKU | Pemegang Kad OKU yang berdaftar dengan JKM |
| Tahap Kesihatan | Terhad dari segi fizikal, mental, intelektual / deria dalam melakukan sesuatu pekerjaan atau Persekitaran yang menghalang pemohon untuk akses kepada pekerjaan |
- Kelayakan Penerima Bantuan BPT :
| SYARAT | KELAYAKAN PENERIMA BPT |
|---|---|
| Warganegara | Malaysia |
| Had Umur | Tiada had umur |
| Kad OKU | Pemegang Kad OKU yang berdaftar dengan JKM |
| Tahap Kesihatan | Dalam penjagaan rapi atau Memerlukan rawatan berterusan (tempoh minimum sekurangnya 3 bulan) |
| Kadar Pendapatan Penjaga | Tidak melebihi RM5,000 sebulan |
SEMAK KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN TUNAI OKU
Individu yang merupakan Orang Kurang Upaya (OKU) atau penjaga yang telah kemukakan salah satu (1) dari Bantuan EPOKU / BTB / BPT, status kelayakan boleh disemak secara online seperti berikut :
- Sila layari laman web portal rasmi JKM di sini :
- Anda akan dibawa ke halaman utama portal rasmi JKM.
- Kemudian, klik pada [eBantuanJKM].
- Pada laman tersebut, sila klik pada [Semakan Status Permohonan Atas Talian].
- Masukkan nombor kad pengenalan pemohon pada ruangan No.MyKad.
- Klik pada butang [Semak].
- Status penerima Bantuan OKU (EPOKU / BTB / BPT) akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN LANJUT
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi JKM. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :
- Talian JKM : 03 – 8000 8000
- Faks : 03 – 8323 2045
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna.
Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.jkm.gov.my/main/article/bantuan-bulanan.