TARIKH TERIMA BANTUAN STR 2025 FASA 3 : SEMAK STATUS KELAYAKAN PENERIMA SEKARANG

TARIKH TERIMA BANTUAN STR 2025 FASA 3 : SEMAK STATUS KELAYAKAN PENERIMA SEKARANG

Dijangka hampir sembilan (9) juta rakyat dewasa yang akan menerima bayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa ketiga (3) pada tahun ini. Namun, setiap penerima akan menerima bayaran secara berperingkat.

Bagaimanakah semak tarikh terima Bantuan STR Fasa 3? Ikuti penjelasan lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : SEMAKAN UPU : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK SEKARANG

SEMAK STATUS KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN STR 2025 FASA 3

Layari pautan Portal Sumbangan Tunai Rahmah di bawah untuk semakan status kelayakan penerima bayaran Fasa 3 :

  1. Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
  2. Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
  3. Sila klik pada butang [Log Masuk].
  4. Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
  5. Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
  6. Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
  7. Bahagian profil anda akan dipaparkan.
  8. Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  9. Status kelayakan penerima akan dipaparkan.
  10. Selesai

CARA TERIMA BANTUAN STR 2025 FASA 3

Penerima akan menerima bayaran Bantuan STR Fasa 3 melalui dua (2) cara, iaitu :

  1. Penunaian di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) kepada penerima :
    • Tiada Akaun Bank; atau
    • Status ‘Gagal Kredit’.
  2. Pengkreditan terus ke dalam akaun bank penerima / pasangan.

AMAUN TERIMA BANTUAN STR 2025 FASA 3

Berikut merupakan amaun Bantuan STR Fasa 3 yang akan diterima oleh penerima sedia ada :

KATEGORI PENERIMAAMAUN BANTUAN STR FASA 3
ISI RUMAH B40
(Pendapatan RM2,500 ke bawah)
Tiada anak : RM150
1 – 2 anak : RM350
3 – 4 anak : RM500
5 ke atas : RM650
ISI RUMAH M40
(Pendapatan RM2,501 – RM5,000)
Tiada anak : RM100
1 – 2 anak : RM200
3 – 4 anak : RM250
5 ke atas : RM300
WARGA EMAS
(Tiada Pasangan)
RM150
BUJANGRM150
*Nota : Penerima baharu perlu menyemak amaun yang akan diterima.

TARIKH TERIMA BANTUAN STR 2025 FASA 3

Bayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3 dijangka akan dibayar akhir bulan Julai hingga Ogos 2025. Namun, bagaimanapun tarikh bayaran masih belum diumumkan secara rasmi oleh Kementerian Kewangan (MOF).

*Nota : Sekiranya tarikh bayaran telah diumumkan secara rasmi, pihak kami akan kemaskini kembali.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan STR, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Talian STR HASiL : 1-800-88-2747
  • Talian STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • E-mel : [email protected]

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/FAQ%20PEMBAYARAN%20STR%202025.pdf.

Leave a Comment