TARIKH MASUK BANTUAN STR FASA 3 2025 : SEMAK STATUS KELAYAKAN PENERIMA SEKARANG

TARIKH MASUK BANTUAN STR FASA 3 2025 : SEMAK STATUS KELAYAKAN PENERIMA SEKARANG

Pelaksanaan bayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah secara ansur berperingkat selama empat (4) fasa dan dua (2) daripada telah selesai dilaksanakan. Kini adalah bayaran fasa ketiga (3) yang akan dilaksanakan kepada hampir 60% (peratus) rakyat Malaysia yang layak.

Bilakah tarikh masuk Bantuan STR Fasa 3 dan bagaimanakah semak status kelayakan penerima? Ikuti penjelasan lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : EKASIH SEMAKAN STATUS : SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

TARIKH MASUK BANTUAN STR FASA 3 2025

Anggaran masuk bayaran Bantuan STR Fasa 3 adalah pada tarikh seperti berikut :

KELAYAKAN PENERIMATARIKH MASUK BAYARAN
BANTUAN STR FASA 3
Penerima Sedia AdaMinggu Kedua Bulan Ogos 2025
Penerima BaharuMinggu Kedua Bulan Ogos 2025
*Tarikh di atas akan dikemaskini dari semasa ke semasa apabila ianya diumumkan secara rasmi oleh Kementerian Kewangan (MOF).

KAEDAH MASUK BANTUAN STR FASA 3 2025

Sama seperti kaedah bayaran yang lalu, bayaran Bantuan STR Fasa 3 akan dimasukkan seperti berikut :

JENIS PENERIMAKAEDAH MASUK BAYARAN
BANTUAN STR FASA 3
Penerima Ada Akaun BankDikreditkan terus ke dalam akaun bank
penerima mengikut nombor akaun yang
didaftarkan semasa permohonan STR
Penerima Tiada Akaun BankDiberikan secara tunai di kaunter
Bank Simpanan Nasional (BSN) termasuk
penerima di Sabah dan Sarawak

JUMLAH MASUK BANTUAN STR FASA 3 2025

Setiap kategori penerima sedia ada akan menerima jumlah bayaran Bantuan STR Fasa 3 seperti berikut :

KATEGORI PENERIMAJUMLAH MASUK BAYARAN
BANTUAN STR FASA 3
Isi Rumah B40
(Pendapatan Bawah RM2,500)
Tiada anak : RM150
1 – 2 anak : RM350
3 – 4 anak : RM500
5 anak ke atas : RM650
Isi Rumah M40
(Pendapatan RM2,501 – RM5,000)
Tiada anak : RM100
1 – 2 anak : RM200
3 – 4 anak : RM250
5 anak ke atas : RM300
Warga Emas (Tiada pasangan)RM150
BujangRM150

SEMAK STATUS KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN STR FASA 3 2025

Sila layari Pautan Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di bawah untuk semakan status :

PORTAL RASMIPAUTAN
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025https://bantuantunai.hasil.gov.my
  1. Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
  2. Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
  3. Sila klik pada butang [Log Masuk].
  4. Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
  5. Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
  6. Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
  7. Bahagian profil anda akan dipaparkan.
  8. Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  9. Status kelayakan penerima akan dipaparkan.
  10. Layarkan skrin ke bahagian bawah.
  11. Kemudian, klik pada butang [Maklumat Bayaran].
  12. Maklumat Bayaran Fasa 3 akan dipaparkan.
  13. Selesai.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan STR, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Talian STR HASiL : 1-800-88-2747
  • Talian STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • E-mel : [email protected]

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/FAQ%20PEMBAYARAN%20STR%202025.pdf.

Leave a Comment