SEMAKAN BAYARAN PENERIMA LULUS SARA ONE OFF RM300/RM150 2024
Untuk pengetahuan umum, kerajaan akan mula melaksanakan pembayaran Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) bermula pada 9 Disember 2024, Isnin ini.
Walaupun penerima bayaran Bantuan SARA yang berstatus LULUS adalah dianggarkan seramai 8.7 juta, namun hanya 8.0 juta sahaja yang terpilih LULUS untuk menerima bayaran Bantuan SARA secara one off.
Bagaimanakah semakan bayaran penerima lulus SARA one off? Ikuti panduan dan info lanjut di bawah.
BACA JUGA : BAYARAN SARA ONE OFF TU APA (BAYARAN RM300/RM150)
SEMAKAN BAYARAN PENERIMA LULUS SARA ONE OFF
Untuk mengetahui status kelulusan sebagai penerima Bantuan SARA secara one off, ikuti panduan cara semakan di pautan rasmi seperti berikut :
- Sila klik pada pautan rasmi Bantuan SARA One Off di sini [Portal Semakan SARA ONE OFF 2024].
- Halaman utama portal akan dipaparkan.
- Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] tanpa sengkang (-).
- Klik butang [Log Masuk].
- Seterusnya, klik [Semak].
- ‘Frasa keselamatan’ pemohon akan dipaparkan.
- Sekiranya frasa tersebut adalah betul, klik [Ya].
- Masukkan kata laluan yang betul.
- Seterusnya, klik butang [Log Masuk].
- Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status bayaran [Sumbangan Asas Rahmah] akan dipaparkan ‘Lulus RM300‘ atau ‘Lulus RM150’.
- Selesai.
KRITERIA KELAYAKAN PENERIMA LULUS SARA ONE OFF
Berikut merupakan kriteri kelayakan untuk penerima LULUS Bantuan SARA secara one off :
- Warganegara Malasyia;
- LULUS permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 (Kategori Isi Rumah / Warga Emas / Bujang);
- BUKAN penerima SARA secara ansur setiap bulan / ansur dua kali setahun;
- TIADA dalam rekod data e-Kasih sebagai penerima Miskin / Miskin Tegar.
JUMLAH BAYARAN PENERIMA LULUS SARA ONE OFF
Pelaksanaan bayaran Bantuan SARA secara one off akan melibatkan implikasi kewangan mengikut jumlah penerima bayaran yang LULUS :
KATEGORI KELAYAKAN | JUMLAH PENERIMA LULUS | KADAR BANTUAN | IMPLIKASI KEWANGAN |
---|---|---|---|
ISI RUMAH | 3.4 juta penerima | RM300 | RM1.0 billion |
BUJANG | 4.5 juta penerima | RM150 | RM0.7 billion |
JADUAL BAYARAN SARA ONE OFF
Bantuan SARA one off akan dibayar bermula 9 Disember 2024, Isnin kepada penerima di kaunter Bank Simpanan Nasional bagi yang tiada akaun bank dan akan dibayar secara berperingkat melalui akaun bank penerima seperti jadual berikut :
BIL. | NAMA BANK | MASA BAYARAN |
---|---|---|
1. | Bank Simpanan Nasional (BSN) | Selepas 6 petang |
2. | Bank Islam | Selepas 8 malam |
3. | Affin Bank | Selepas 8 malam |
4. | Ambank | Selepas 8 malam |
5. | Maybank | Selepas 9 malam |
6. | Cimb Bank | Selepas 9 malam |
7. | RHB Bank | Selepas 9 malam |
8. | Bank Muamalat | Selepas 10 malam |
9. | Lain-lain | Selepas 10 malam |
RUJUKAN
Pihak kami sekadar berkongsi informasi tentang bantuan kerajaan Malaysia yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak untuk rujukan lanjut di bawah dan anda juga boleh kunjungi cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang terdekat.
- Talian Bantuan SARA MOF : 03 8882 4565 / 4566.