TARIKH BAYARAN BANTUAN SABAH RM900 FASA 2 2025 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK
Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor, telah memaklumkan bahawa pihak kerajaan sentiasa memikirkan usaha dan inisiatif untuk membantu rakyat Sabah, terutamanya golongan miskin dan miskin tegar dalam menghadapi peningkatan kos sara hidup masa kini.
Bilakah tarikh bayaran Bantuan Sabah RM900 Fasa 2? Ikuti maklumat lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : PENGELUARAN KWSP TERBARU : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENGELUARAN AKAUN 1 & 2 & 3
PENGENALAN BANTUAN SABAH
Bantuan Sabah diperkenalkan sebagai Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah (SUKUR) yang merupakan sebuah inisiatif untuk membantu meringankan bebanan kewangan golongan miskin dan miskin tegar khususnya di Negeri Sabah.
Melalui Program SUKUR ini, Kerajaan Negeri Sabah telah menyediakan peruntukan sebanyak RM358.5 juta untuk diberikan kepada seramai 100,000 rakyat Sabah bagi sepanjang tahun 2025 ini daripada bulan Januari sehingga Disember.
OBJEKTIF BAYARAN BANTUAN SABAH 2025
Antara objektif pemberian bayaran Bantuan Sabah (SUKUR) adalah untuk :
- Meringankan beban kewangan penerima, khususnya untuk mendapatkan keperluan asas;
- Membantu golongan yang memerlukan supaya dapat menjalani kehidupan yang lebih wajar;
- Mengurangkan kadar kemiskinan tegar di negeri Sabah selaras dengan agenda nasional; dan
- Sebagai tanda prihatin dan kasih kerajaan kepada golongan rakyat dan agihan mengikut keutamaan.
KELAYAKAN PENERIMA BAYARAN BANTUAN SABAH RM900 2025
Penerima bayaran Bantuan Sabah (SUKUR) adalah terdiri daripada Ketua Isi Rumah (KIR) Miskin dan Miskin Tegar yang berdaftar dalam sistem e-Kasih setakat 31 Oktober 2024. Sekiranya individu tidak berdaftar dengan e-Kasih, permohonan boleh dibuat melalui Pangkalan Data Negeri Sabah (PADANS).
Syarat-syarat kelayakan penerima bayaran Bantuan Sabah (SUKUR) adalah termasuk :
- Warganegara Malaysia berusia sekurang-kurangnya 18 tahun sebelum 31 Disember 2024.
- Memegang Kad Pengenalan berstatus ‘H’ dan bermastautin di Sabah sekurang-kurangnya satu tahun.
- KIR yang didaftarkan sebagai miskin atau miskin tegar dalam eKasih atau PADANS setakat 31 Disember 2024.
- KIR yang belum tersenarai dalam eKasih tetapi mempunyai pendapatan di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK).
KAEDAH BAYARAN BANTUAN SABAH RM900 2025
Pembayaran Bantuan Sabah (SUKUR) adalah secara berperingkat melalui empat (4) fasa yang mana setiap fasa mengambil tempoh selama tiga (3) bulan sebanyak RM900 dikreditkan kepada penerima melalui tiga (3) kaedah, iaitu :
- Dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima; atau
- Tunai di kaunter bank bagi yang tiada akaun bank; atau
- Melalui e-Wallet aplikasi YONO Superapp.
TARIKH BAYARAN BANTUAN SABAH RM900 FASA 2 2025
Berikut merupakan jadual pelaksanaan bayaran Bantuan Sabah (SUKUR) bagi sepanjang tahun 2025 :
FASA BAYARAN | TARIKH & TEMPOH PELAKSANAAN | JUMLAH BANTUAN |
---|---|---|
Pertama (1) | Januari hingga Mac 2025 (Bayaran pada Februari) | RM900 |
Kedua (2) | April hingga Jun 2025 (Bayaran pada April) | RM900 |
Ketiga (3) | Julai hingga September 2025 (Bayaran pada September) | RM900 |
Keempat (4) | Oktober hingga Disember 2025 (Bayaran pada Oktober) | RM900 |
SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA BAYARAN BANTUAN SABAH RM900 FASA 2 2025
Untuk mengetahui status kelayakan sebagai penerima bayaran Bantuan Sabah (SUKUR) RM900 Fasa dua (2), ikuti panduan semakan status seperti berikut :
- Pergi ke Portal Rasmi Online Bantuan Sentuhan Kasih Rakyat Sabah 2025 di sini : https://padans.sabah.gov.my.
- Anda akan dibawa masuk ke Halaman Utama Pangkalan Data Negeri Sabah (PADANS).
- Untuk Semakan Status, lihat pada bahagian ‘Semakan Permohonan’ di sebelah kiri skrin.
- Klik pada butang [Semak].
- Laman Semakan Status Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah akan dipaparkan.
- Masukkan Nombor MyKad* di ruangan yang disediakan.
- Kemudian, klik pada butang [Semak].
- Status Kelayakan Permohonan akan di paparkan.
- Sekiranya disahkan LAYAK Bayaran akan dimasukkan ke dalam akaun yang telah dikreditkan sebelum ini.
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan Sabah, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://padans.sabah.gov.my.