TARIKH BAYARAN STR FASA 2 2025 : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

TARIKH BAYARAN STR FASA 2 2025 : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

Setiap fasa, bilangan penerima akan bertambah dari semasa ke semasa kerana Kerajaan membuka pendekatan permohonan dan rayuan untuk sepanjang tahun supaya rakyat yang berpendapatan rendah (B40) dan sederhana (M40) yang memenuhi kelayakan berpeluang untuk memohon Sumbangan Tunai Rahmah (STR).

Bilakah tarikh bayaran str fasa 2 dan bagaimanakah semak status kelayakan penerima? Ikuti penjelasan lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : BILAKAH PERMOHONAN LESEN PERCUMA : SEMAKAN STATUS ONLINE LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA BANTUAN

CARA BAYARAN STR FASA 2 2025

Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa kedua (2) adalah sama seperti sebelum ini yang bergantung kepada penerima seperti berikut :

  • Penerima Ada Akaun Bank :
    • Dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima / pasangan (berdasarkan nombor akaun yang didaftarkan semasa permohonan STR).
  • Penerima Tiada Akaun Bank / Status ‘Gagal Kredit’ :
    • Diberikan secara tunai di mana-mana kaunter cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) terdekat.

TARIKH BAYARAN STR FASA 2 2025

PERKARATARIKH
Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR)
Fasa Kedua (2)
Belum diumumkan secara rasmi oleh
Kerajaan (Kementerian Kewangan)
*Nota : Tarikh bayaran akan dikemaskini dari semasa ke semasa sebaik sahaja ianya diumumkan secara rasmi oleh Kerajaan.

JUMLAH BAYARAN STR FASA 2 2025

KATEGORI
PENERIMA
JUMLAH BAYARAN
STR 2025
JUMLAH BAYARAN
FASA 1
JUMLAH BAYARAN
FASA 2
ISI RUMAH B400 anak : RM1,000
1-2 anak : RM1,500
3-4 anak : RM2,000
5 ke atas : RM2,500
Semua : RM500RM200-RM650
ISI RUMAH M400 anak : RM500
1-2 anak : RM750
3-4 anak : RM1,000
5 ke atas : RM1,250
RM150-RM300RM100-RM300
WARGA EMASRM600RM150RM150
BUJANGRM600RM150RM150
*Nota : Jumlah bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa kedua (2) adalah bergantung kepada kategori dan kelayakan setiap penerima (perlu disemak melalui portal rasmi STR).

SEMAK STATUS KELAYAKAN PENERIMA BAYARAN STR FASA 2 2025

Ketahui status kelayakan anda menerima bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 melalui semakan berikut :

  1. Sila layari laman rasmi STR di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
  3. Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
  4. Sila klik pada butang [Log Masuk].
  5. Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
  6. Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
  7. Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
  8. Bahagian profil anda akan dipaparkan.
  9. Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  10. Seterusnya, klik pada butang [Semakan 2025] di bawah.
  11. Layarkan skrin ke bahagian bawah.
  12. Kemudian, klik pada butang [Maklumat Bayaran].
  13. Status Bayaran Fasa 2 akan dipaparkan.
  14. Selesai.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan STR, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
  • Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • E-mel : [email protected]

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.

Leave a Comment