BILAKAH PERMOHONAN LESEN PERCUMA 2025 : SEMAKAN STATUS ONLINE LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA BANTUAN
Antara satu inisiatif kerajaan untuk memperkasa golongan B40 dan tanggungan mendapatkan Bantuan Lesen Percuma (MyLesen B2) secara percuma tanpa sebarang kos. Dilaksanakan oleh Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) bersama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Bilakah dan bagaimanakah permohonan lesen percuma? Ketahui info lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : BANTUAN SKAS SARAWAK : SEMAKAN STATUS ONLINE LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA (RM250 & RM400 & RM800)
BILAKAH PERMOHONAN LESEN PERCUMA 2025
Kebiasaannya permohonan program Bantuan Lesen Percuma (MyLesen B2) akan berlangsung dari bulan Februari sehingga Oktober (seperti tahun lalu) atau sehingga kuota penuh. Namun, pihak Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) belum mengumumkan tarikh permohonan untuk tahun 2025 ini.
Jumlah kuota adalah berbeza bagi setiap negeri dan tarikh pelaksanaan Program Lesen Percuma (MyLesen B2) belum diumumkan secara rasmi oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan akan dikemaskini kembali sebaik sahaja diumumkan secara rasmi.
CARA PERMOHONAN LESEN PERCUMA 2025
Berikut merupakan panduan permohonan Lesen Percuma (MyLesen B2) :
- Layari Portal Rasmi JPJ, dan CETAK borang permohonan lesen percuma : https://www.jpj.gov.my/web/main-site/utama.
- Isi borang permohonan yang disediakan dengan lengkap.
- Sertakan sekali dokumen lengkap yang diperlukan seperti kad pengenalan, keputusan ujian saringan kesihatan, dan gambar pasport.
- Selepas mengisi borang, anda perlu memilih pusat latihan memandu yang berdekatan untuk menjalani latihan praktikal.
- Apabila permohonan diluluskan. Pihak JPJ akan mengatur jadual latihan memandu dan memaklumkan tarikh ujian praktikal. (Pastikan anda hadir pada tarikh yang ditetapkan untuk memastikan permohonan anda tidak terbatal).
- Selesai.
TUJUAN PEMBERIAN LESEN PERCUMA 2025
Pemberian Bantuan Lesen Percuma (MyLesen B2) adalah bertujuan untuk :
- Membantu golongan kurang berkemampuan untuk mendapatkan Lesen Memandu Kelas B2 (Motosikal).
- Meningkatkan keselamatan jalan raya melalui pemilikan Lesen Memandu.
- Menggalakkan dan memupuk masyarakat untuk memandu kenderaan secara sah di sisi undang-undang serta melahirkan penunggang motoksikal yang kompeten.
SYARAT PERMOHONAN LESEN PERCUMA 2025
Permohonan Lesen Percuma (MyLesen B2) adalah terhad kepada pemohon yang memenuhi syarat kelayakan berikut :
- Warganegara Malaysia.
- Berumur 16 tahun sehingga 35 tahun semasa mengemukakan permohonan.
- Merupakan pelajar sekolah / institut pengajian tinggi / golongan belia.
- Terbuka kepada Golongan B40 dan Tanggungan (anak).
- Sihat dari segi Fizikal dan Mental.
- Tidak memiliki sebarang Lesen Memandu Malaysia (LMM) semasa mengemukakan permohonan.
- Tidak disenarai hitamkan oleh mana-mana agensi kerajaan, badan swasta atau Institusi Kewangan semasa mengemukakan permohonan.
INFO TAMBAHAN LESEN PERCUMA 2025
Berikut merupakan info tambahan berkaitan Lesen Percuma (MyLesen B2) :
- Kos yuran peserta yang melibatkan fi latihan, amali dan ujian akan ditaja sepenuhnya.
- Kos pengangkutan ke Institut Memandu (IM) dan kos-kos tambahan lain adalah tidak termasuk di dalam pakej ini dan perlu ditanggung oleh peserta sendiri.
- Peserta perlu mengikuti latihan, amali dan ujian memandu berdasarkan tempoh masa dan Standard Operating Procedure (SOP) yang ditetapkan.
- Peserta hendaklah bersedia mengikuti program ini berdasarkan tempoh masa dan jadual latihan serta ujian yang ditetapkan.
- Adalah tertakluk kepada apa-apa syarat tambahan yang ditetapkan oleh Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dari semasa ke semasa.
- Adalah diwajibkan untuk peserta menandatangani Surat Aku Janji dan pengesahan kendiri kesihatan penyertaan program MyLesen B2 bagi memastikan komitmen dan kebajikan semua pihak berjalan lancar sehingga program tamat.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan Lesen Percuma, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Rasmi : 03-8892 8714 / 8693
- Alamat e-mel :[email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.jpj.gov.my/web/main-site/pelesenan-pemandu/-/knowledge_base/perlesenan-pemandu/borang-permohonan-lesen-memandu-jpj-l1.
Saya memohon bantuan
Lasen
Macam mana cara untuk mohon lesen ini