SUMBANGAN ASAS RAHMAH ONE OFF 2024 SEMAK DUIT MASUK (RM300/RM150)
Bagi memastikan kesejahteraan rakyat terjaga, Kerajaan Madani telah menyediakan bantuan tambahan tunai iaitu SARA ONE OFF, kepada penerima STR 2024 (Bukan Miskin/Miskin Tegar eKasih).
Untuk makluman anda, penyaluran duit bantuan SARA ONE OFF ini telah dilaksanakan pada 9 Disember 2024 (Isnin), namun begitu masih ramai tidak tahu cara semak kemasukan duit bantuan ini, dan tidak tahu sama ada mereka layak atau tidak untuk menerima bantuan ini.
Bagaimanakah cara semak duit masuk sumbangan asas rahmah one off 2024? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.
Baca juga: CEK PENERIMA BAYARAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH ONE OFF 2024 (RM300/RM150)
APA ITU SUMBANGAN ASAS RAHMAH (SARA) ONE OFF
Kerajaan Madani memperkenalkan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) One-Off sebagai satu inisiatif khas untuk membantu meringankan beban kewangan rakyat dan memastikan kesejahteraan rakyat terjaga. Bantuan ini diberikan secara automatik kepada penerima STR 2024 yang terdiri daripada (BUKAN Miskin/Miskin Tegar eKasih), tanpa perlu sebarang permohonan.
Jumlah bantuan ini bergantung kepada kategori kelayakan, iaitu sebanyak RM300 atau RM150, dan akan disalurkan terus ke akaun bank yang telah didaftarkan seperti maklumat di STR.
Sementara itu, penerima yang tergolong dalam kategori Miskin dan Miskin Tegar eKasih akan terus menerima bantuan SARA secara bulanan seperti sebelum ini.
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN
Anda layak menerima bantuan sara one off 2024 jika kelayakan anda seperti berikut:
- LULUS dan merupakan PENERIMA bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024.
- Kategori Isi rumah, Warga Emas dan Bujang.
- Berstatus BUKAN daripada Kumpulan Miskin dan Miskin Tegar eKasih.
PERMOHON SUMBANGAN ASAS RAHMAH (SARA) ONE OFF
Bantuan tunai tambahan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) One-Off 2024 tidak memerlukan sebarang permohonan. Hal ini kerana bantuan ini merupakan Bantuan Kerjaan Madani khusus kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024, yang bukan dalam Kategori Miskin/Miskin Tegar eKasih.
Ini bermakna, semua penerima STR 2024 (Fasa 1, Fasa 2, Fasa 3, dan Fasa 4) layak menerima bantuan SARA One-Off secara automatik tanpa perlu membuat permohonan.
TARIKH MASUK BAYARAN
Untuk makluman anda, bantuan one off ini telah diagihkan bermula pada 9 Disember 2024 (Isnin). Pengagihan ini akan dilakukan secara berperingkat, semakan kelayakan status dan pembayaran boleh mula disemak mulai tarikh tersebut melalui Portal Rasmi MySTR.
CARA SEMAK KEMASUKAN DUIT SUMBANGAN ASAS RAHMAH
Panduan lengkap semakan status bayaran SARA ONE OFF 2024 seperti berikut:
- Layari Portal Rasmi STR di pautan ini untuk semak SARA one off 2024: https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Isikan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] tanpa sengkang (-).
- Klik butang [Log Masuk].
- Seterusnya, klik [Semak].
- Frasa keselamatan pemohon akan dipaparkan.
- Sekiranya frasa tersebut adalah betul, klik [Ya].
- Masukkan kata laluan yang betul.
- Klik butang [Log Masuk].
- Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Anda akan dibawa ke halaman baru STR 2025.
- Untuk semakan status SARA ONE OFF 2024, sila tekan butang [Semakan STR 2024].
- Di sini anda akan dipaparkan Maklumat Bayaran STR 2024.
- Untuk SEMAKAN SARA ONE OFF sila tekan [Maklumat Bayaran].
- Kemudian, lihat di bahagian Fasa [SARA Bukan e-Kasih].
- Status Kredit [DALAM PROSES PENGKREDITAN/BERJAYA KREDIT] dan [JUMLAH KREDIT] RM300 atau RM150 akan dipaparkan.
- Sekiranya Status Kredit [BERJAYA KREDIT] boleh semak bayaran tunai SARA ONE OFF ke akaun terima STR 2024 sebelum ini.
- Selesai.
KADAR BANTUAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH ONE OFF
Jumlah bayaran adalah mengikut kategori yang telah ditetapkan sepertimana bantuan STR 2024:
KATEGORI PENERIMA BANTUAN STR (BUKAN MISKIN/MISKIN TEGAR EKASIH) | KADAR BANTUAN (RM) |
---|---|
Isi rumah (Ketua keluarga) | RM 300 |
Warga Emas Tiada Pasangan (60 Tahun Keatas) | RM 150 |
Bujang (21 hingga 59 tahun) | RM 150 |
KAEDAH PENGAGIHAN BANTUAN
Penyaluran bantuan SARA ONE OFF ini adalah sama seperti STR iaitu :
- Penerima yang mempunyai akaun bank yang aktif :
Pengkreditan secara langsung ke akaun bank penerima yang berdaftar STR. - Bagi penerima tanpa akaun bank :
Wang boleh dituntut secara tunai di kaunter mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) terdekat.
MAKLUMAT LANJUT
Sekiranya anda mempunyai persoalan atau pertanyaan mengenai perkara di atas, sila berhubung terus pihak yang berwajib di bawah ini. Pihak kami sekadar berkongsi informasi ini untuk memudahkan carian pengguna. Semoga perkongsian ini dapat memberi sedikit manfaat kepada pengguna yang memerlukan maklumat ini.
Hubungi pihak Kementerian Kewangan, sila hubungi talian bantuan STR/SARA MOF di 03-8882 4565/4566.
Macam mana nak update pasword baru dengan gmail.