STR ONLINE 2026 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA BANTUAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH FASA 3
Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 diperbaharui dan ditambahbaik untuk penerima membuat semakan status kelayakan sesi 2026 secara online dengan mudah dan mesra pengguna.
Bagaimanakah semakan status str online 2026? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: SEMAKAN KELAYAKAN MYKASIH 2026 : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK TERIMA BANTUAN SARA
PORTAL STR ONLINE 2026
Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) untuk semakan status kelayakan, bayaran, permohonan, kemas kini maklumat, adalah seperti berikut :
| PORTAL RASMI | PAUTAN |
|---|---|
| Portal MySTR | https://bantuantunai.hasil.gov.my/ |
SYARAT KELAYAKAN STR 2026
Syarat dan Kategori Kelayakan Bantuan 2025 mestilah terdiri daripada :
- Isi Rumah
- Kahwin (Ada atau Tiada Anak); atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang
menepati syarat; - Pendapatan Isi rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Warga Emas Tiada Pasangan
- Bujang; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tiada anak;
- Berumur 60 tahun dan ke atas; dan
- Pendapatan Warga Emas adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Bujang
- Bujang; atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Berumur 21-59 tahun; dan
- Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
- Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
- Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
JUMLAH KELAYAKAN STR 2026
Kadar pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026, seperti berikut:
| KATEGORI PENERIMA | KADAR STR FASA 3 |
|---|---|
| Isi Rumah berpendapatan RM 2,500 kebawah | Tiada (0) Anak : RM200 Anak 1 hingga 2 : RM300 Anak 3 hingga 4 : RM450 Anak 5 dan Ke atas : RM600 |
| Isi Rumah berpendapatan RM 2,501 hingga RM 5,000 | Tiada (0) Anak : RM0 Anak 1 hingga 2 : RM150 Anak 3 hingga 4 : RM200 Anak 5 dan Ke atas : RM250 |
| Warga Emas Tiada Pasangan | RM150 |
| Bujang | Bayaran digantikan Bantuan SARA : RM50 Setiap Bulan (Total RM600 setahun) |
KADAR TAMBAHAN STR 2026
Jumlah Tambahan kepada STR 2026, iaitu Sumbangan Asas Rahmah (SARA) seperti berikut:
| KATEGORI PENERIMA | KADAR BANTUAN SARA (SETAHUN) |
|---|---|
| Isi Rumah berpendapatan RM 2,500 kebawah (Berstatus Miskin dan Miskin Tegar eKasih) | Tiada Anak : RM2,400 1 hingga 2 Anak : RM2,400 3 hingga 5 Anak : RM2,400 5 Anak dan Ke atas : RM2,400 |
| Isi Rumah berpendapatan RM 2,501 hingga RM 5,000 (Bukan eKasih) | Tiada Anak : RM1,200 1 hingga 2 Anak : RM1,200 3 hingga 5 Anak : RM1,200 5 Anak dan Ke atas : RM1,200 |
| Warga Emas Tiada Pasangan | RM 600 |
| Bujang | RM 600 |
KAEDAH PENGKREDITAN STR
Bantuan STR 2026 akan disalurkan seperti berikut:
- Pengkreditan terus ke dalam akaun bank penerima/pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan; ATAU
- Tuntutan secara tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) – Bagi penerima Tiada Akaun Bank atau status ‘Gagal Kredit’.
SEMAKAN STR ONLINE 2026
Semakan status permohonan dan kelayakan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 secara online adalah seperti berikut :
- Layari pautan rasmi mySTR 2026 di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
- Pengguna akan dibawa ke Halaman Utama Log Masuk mySTR.
- Masukkan No Kad Pengenalan anda.
- Tekan (Semak).
- Klik (Ya) jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
- Seterusnya, tekan butang (Semak).
- Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
- Klik butang (Log Masuk).
- Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
- Butiran seperti di bawah akan dipaparkan :
- Status Permohonan STR;
- Jumlah Telah Dibayar;
- Jumlah Bayaran Keseluruhan STR; DAN
- Status Kelayakan SARA;
- Untuk Semakan Status anda boleh tekan Semakan Permohonan STR.
- Status kelayakan atau permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) akan dipaparkan.
- Selesai.
INFO LANJUT
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Hotlink BKK HASiL : 1-800-88-2747
- Talian MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://manfaat.mof.gov.my/b2026/individu/str2026
Malaysia Madani