BILA BAYARAN STR 2026 FASA 4 – SEMAK JADUAL PEMBAYARAN TERKINI

BILA BAYARAN STR 2026 FASA 4 – SEMAK JADUAL PEMBAYARAN TERKINI

Program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) akan dilaksanakan secara empat (4) kali pembayaran setahun kepada penerima yang layak, mengikut jadual dan tarikh yang ditetapkan serta amaun mengikut kelayakan penerima.

Bagaimanakah semak jadual bila bayaran str 2026 fasa 4 masuk? Ikuti Info lanjut di sini.

Baca juga: CARA SEMAK KELAYAKAN STR FASA 4 2026 : LAYAK ATAU TIDAK TERIMA PEMBAYARAN AKHIR

BILA BAYARAN STR 2026 FASA 4

Tarikh rasmi pembayaran STR FASA 4 2026, masih belum diumumkan oleh Pihak Kementerian Kewangan (MOF), namun JUMLAH PEMBAYARAN RASMI telah dikeluarkan.

Pembayaran akan dilaksanakan bermula tarikh rasmi pembayaran yang ditetapkan, dan secara berperingkat mengikut akaun bank yang digunakan oleh penerima :

FASA PEMBAYARANTARIKH PEMBAYARAN
Sumbangan Tunai Rahmah (STR)
FASA 4

Akan datang

Tarikh rasmi pembayaran belum diumumkan dan akan dikemaskini sebaik sahaja siaran media rasmi dikeluarkan oleh Pihak Kementerian Kewangan Malaysia (MoF)

JUMLAH RASMI BAYARAN STR 2026 FASA 4

Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 adalah berbeza mengikut setiap kategori penerima, dan amaun rasmi pembayaran FASA 4 adalah seperti berikut :

  • Kategori Isi Rumah;
  • Kategori Warga Emas Tanpa Pasangan;
  • Kategori Bujang

Isi Rumah berpendapatan RM2,500 kebawah

  • Tiada (0) Anak : RM150
  • Anak 1 hingga 2 : RM300
  • Anak 3 hingga 4 : RM400
  • Anak 5 dan Ke atas : RM500

Isi Rumah berpendapatan RM2,501 hingga RM5,000

  • Tiada (0) Anak : RM0
  • Anak 1 hingga 2 : RM100
  • Anak 3 hingga 4 : RM150
  • Anak 5 dan Ke atas : RM250

Warga Emas Tiada Pasangan berpendapatan RM5,000 ke bawah

  • Tiada (0) Anak : RM150

Bujang berpendapatan RM2,500 ke bawah

  • Bayaran digantikan Bantuan SARA : RM50 Setiap Bulan

SEMAK STATUS BAYARAN STR 2026

Status kelayakan bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 FASA 4, boleh disemak dengan mudah secara online di Portal Rasmi MySTR seperti langkah-langkah berikut :

  1. Layari pautan rasmi Log Masuk mySTR 2026 di sini: https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
  2. ⁠Pengguna akan dibawa ke Halaman Utama Log Masuk mySTR.
  3. Masukkan No Kad Pengenalan anda.
  4. Tekan (Semak).
  5. Klik (Ya) jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
  6. Seterusnya, tekan butang (Semak).
  7. Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
  8. ⁠Klik butang (Log Masuk).
  9. Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
  10. ⁠Butiran seperti di bawah akan dipaparkan :
    • Status Permohonan STR;
    • Jumlah Telah Dibayar;
    • Jumlah Bayaran Keseluruhan STR; DAN
    • Status Kelayakan SARA;
  11. Fungsi lain yang terdapat di mySTR adalah :
    • Perubahan Maklumat Permohonan;
    • Cetak Permohonan;
    • Semakan Permohonan;
    • Kemas Kini Maklumat Asas;
    • Tukar Kata Laluan;
    • Maklumbalas; dan
    • Peti Mel.
  12. ⁠Untuk Semakan Status anda boleh tekan Semakan Permohonan.
  13. Selesai.

CARA PENYALURAN BAYARAN STR 2026

Setiap penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) akan menerima bayaran melalui kaedah penyaluran seperti berikut :

  • Pengkreditan ke dalam akaun bank penerima/pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan; ATAU
  • Secara tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) kepada penerima sekiranya :
    • Tiada Maklumat akaun bank; atau
    • Status pengkreditan ‘Gagal Kredit’.

MAKLUMAT LANJUT

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Sumbangan Tunai Rahmah (STR), anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

Anda juga boleh kunjungi cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang berdekatan.

  • Hotlink BKK HASiL : 1-800-88-2747
  • Talian MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • e-Mel : [email protected]

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://bantuantunai.hasil.gov.my/FAQ/FAQ%20SUMBANGAN%20TUNAI%20RAHMAH%20(STR)%202026.pdf

Leave a Comment