JUMLAH STR BUJANG 2027 : SEMAK KELAYAKAN & CARA MOHON

JUMLAH STR BUJANG 2027 : SEMAK KELAYAKAN & CARA MOHON

Kadar peruntukan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) untuk tahun 2027 telah dinaikkan sehingga RM16 billion. Seiring dengan itu, jumlah bayaran untuk semua penerima termasuk kategori Bujang juga dinaikan untuk membantu meringankan bebanan kos sara hidup sepanjang tahun 2027.

Bagaimanakah jumlah STR Bujang 2027? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : STR FASA 4 BILA MASUK : SEMAK STATUS BAYARAN

JUMLAH STR BUJANG 2027

Penerima bujang yang layak akan menerima bayaran bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bersama Sumbangan Asas Rahmah (SARA) berjumlah sebanyak berikut :

KELAYAKAN
BUJANG
JUMLAH STRJUMLAH SARAKESELURUHAN
Bujang Umur
19 – 59 tahun
–RM600 / RM1,200RM600
hingga
RM1,200
Bujang Umur
60 tahun & ke atas
RM600RM600 / RM1,800RM1,200
hingga
RM2,400

SYARAT KELAYAKAN STR BUJANG 2027

Bukan semua rakyat bujang layak menerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR). Kerana penerima bujang dipilih berdasarkan syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan seperti berikut :

SYARATKELAYAKAN BUJANG
ASAS
KELAYAKAN BUJANG
WARGA EMAS
Warga
negara
MalaysiaMalaysia
Had Umur21 hingga 59 tahun
(OKU 19 tahun ke atas)
60 tahun dan
ke atas
StatusBujang / Balu / BerceraiBujang / Balu / Bercerai
TanggunganTiada tanggunganTiada tanggungan
PendapatanTidak melebihi
RM2,500 sebulan
Tidak melebihi
RM5,000 sebulan
*Nota : Individu bujang yang berumur 21 tahun tetapi masih belajar sepenuh masa di IPTA / IPTS tidak layak memohon dan akan dimasukkan di bawah tanggungan ibu/bapa (isi rumah).

TARIKH MOHON STR BUJANG 2027

Untuk penerimaan bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 tahun 2027, pemohon baharu boleh kemukakan permohonan bermula pada tarikh seperti berikut :

CARA PERMOHONANTARIKH MULA MOHON
Permohonan secara manual
di pejabat HASiL
Bermula 1 Oktober 2026
Permohonan secara online
di Portal MySTR
Bermula 15 Oktober 2026

CARA MOHON STR BUJANG 2027

Bagi individu bujang yang memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan boleh mula kemukakan permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) untuk penerimaan bagi tahun 2027. Ikuti panduan lengkap cara mohon di bawah :

  1. Layari Portal Rasmi MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. ⁠Pada laman utama MySTR – Klik butang [Permohonan Baharu].
  3. ⁠Sila klik butang [Ya, Teruskan] untuk teruskan permohonan tanpa menggunakan MyDigital ID.
  4. Lengkapkan Maklumat Pemohon. Ruangan bertanda (*) adalah mandatori diisi.
  5. Isikan Nombor MyKad anda dan tekan butang [Semak].
    • Maklumat seperti Nama, Umur dan Jantina akan dipaparkan secara automatik berdasarkan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan tidak boleh dipinda. [Sekiranya data tidak wujud, sila hadir ke LHDNM terdekat].
  6. Lengkapkan maklumat permohonan seperti :
    • Nombor Telefon Bimbit Pemohon.
    • Pilihan Pekerjaan.
    • Pendapatan Kasar Bulanan Isi Rumah (Pemohon & Pasangan) sekiranya telah memilih status perkahwinan.
    • Status Perkahwinan Anda : Kahwin / Cerai / Kematian Pasangan / Bujang.
      • (Sekiranya status perkahwinan adalah Cerai atau Kematian Pasangan, anda perlu isi tarikh)⁠
    • Alamat Surat Menyurat pemohon.
    • Maklumat Akaun Bank yang masih aktif.
    • Masukkan Nombor Akaun Bank.
    • Alamat e-Mel yang aktif digunakan.
  7. ⁠Klik butang [Teruskan] untuk ke halaman seterusnya.
  8. ⁠Isikan Maklumat Waris mengikut jenis hubungan.
  9. Seterusnya, anda perlu membuat pengesahan dengan mengisi Kod Captcha yang betul mengikut nilai yang dipaparkan.
  10. Klik pada butang [Hantar] bagi meneruskan permohonan.
  11. ⁠Setelah permohonan berjaya dihantar, paparan akan dipaparkan seperti berikut :
    • “Permohonan Telah Berjaya Dihantar. Terima Kasih.”
  12. ⁠Selesai.

*Nota : Bagi pemohon yang tidak mempunyai akses internet atau berlaku masalah teknikal permohonan dalam Portal MySTR, pemohon boleh terus buat permohonan di Pejabat HASiL yang terdekat.

TALIAN BANTUAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), kunjungi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau anda boleh hubungi pihak berwajib seperti di bawah :

  • Talian STR HASiL : 1800 88 2747
  • Talian STR MOF : 03 8882 4565 / 03 8882 4566
  • E-mel STR : [email protected]

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.

Leave a Comment