STR FASA 3 SEMAKAN : SEMAK STATUS ONLINE & TARIKH BAYARAN 2026
Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) kini boleh membuat STR Fasa 3 semakan bagi mengetahui status kelayakan serta jumlah bayaran yang akan diterima.
Pembayaran fasa ketiga ini bakal menyalurkan bantuan sehingga RM600 mengikut kategori penerima masing-masing.
Adakah permohonan anda lulus bagi pembayaran kali ini? Ikuti panduan langkah demi langkah cara semakan status STR Fasa 3 secara dalam talian melalui portal rasmi mySTR di bawah.
Baca juga: STR FASA 3 2026 : SEMAK KELAYAKAN & PERMOHONAN
SYARAT KELAYAKAN PENERIMA STR FASA 3
Untuk makluman, kelayakan bagi STR Fasa 3 terbahagi mengikut kategori pendapatan serta status pemohon seperti berikut :
- Isi Rumah
- Status : Berkahwin (Ada atau Tiada Anak); atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak.
- Pendapatan : RM5,000 dan ke bawah.
- Warga Emas Tiada Pasangan
- Status : Bujang; atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tiada anak;
- Had Umur : Berumur 60 tahun dan ke atas; dan
- Pendapatan : RM5,000 dan ke bawah.
- Bujang
- Status : Bujang; atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Had Umur :
- Berumur 21-59 tahun; dan
- Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
- Syarat Tambahan : Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
- Pendapatan : RM2,500 dan ke bawah.
STR FASA 3 SEMAKAN STATUS ONLINE
Proses semakan STR Fasa 3 boleh dilakukan dengan mudah melalui telefon bimbit atau komputer mengikut langkah-langkah di bawah :
- Layari Portal Rasmi : Buka laman web rasmi mySTR di pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my.
- Masukkan No MyKad : Isikan No. Kad Pengenalan pemohon tanpa tanda sempang.
- Pengesahan : Klik butang [Semak] dan pastikan Frasa Keselamatan yang dipaparkan adalah betul.
- Log Masuk : Masukkan kata laluan akaun mySTR anda, kemudian tekan [Log Masuk].
- Semak Status : Selepas berjaya masuk ke Dashboard MySTR, klik pada menu Semakan Permohonan STR.
- Paparan Maklumat : Sistem akan memaparkan Status Lulus/Gagal, Jumlah Bayaran Keseluruhan, serta Status Kelayakan Bantuan SARA.
JADUAL & JUMLAH BAYARAN STR FASA 3 2026
Kadar pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 3 adalah berbeza mengikut kategori penerima dan bilangan tanggungan anak :
JUMLAH PEMBAYARAN STR FASA 3
Amaun kelayakan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 Fasa 3 adalah mengikut kategori kelayakan penerima seperti berikut :
| KATEGORI PENERIMA | KADAR BAYARAN STR FASA 3 (RM) |
|---|---|
| Isi rumah Berpendapatan RM 2500 kebawah | Tiada (0) Anak : RM200 Anak 1 hingga 2 : RM300 Anak 3 hingga 4 : RM450 Anak 5 dan Ke atas : RM600 |
| Isi rumah Berpendapatan RM 2501 hingga RM 5000 | Tiada (0) Anak : RM0 Anak 1 hingga 2 : RM150 Anak 3 hingga 4 : RM200 Anak 5 dan Ke atas : RM250 |
| Warga emas tiada pasangan | RM150 |
| Bujang | Bayaran disalurkan menerusi Bantuan SARA (Sumbangan Asas Rahmah) sebanyak RM50 setiap bulan |
TARIKH PEMBAYARAN STR FASA 3
Tarikh rasmi pembayaran STR Fasa 3, 2026 adalah seperti berikut :
| FASA PEMBAYARAN | TARIKH RASMI PEMBAYARAN |
|---|---|
| STR FASA 3 | 15 Ogos 2026, Sabtu |
KAEDAH PEMBAYARAN STR FASA 3
Kaedah pembayaran STR FASA 3 adalah seperti berikut :
- Pengkreditan terus ke dalam akaun bank penerima/pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan; ATAU
- Tuntutan secara tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) bagi penerima tiada akaun bank atau status ‘Gagal Kredit’.
SOALAN LAZIM (FAQ)
- Bilakah tarikh pembayaran STR Fasa 3?
- Tarikh rasmi penyaluran bayaran akan diumumkan secara rasmi oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) tidak lama lagi.
- Bagaimanakah cara semakan STR Fasa 3 jika terlupa kata laluan?
- Anda boleh menekan pautan ‘Lupa Kata Laluan’ di portal rasmi mySTR untuk menetapkan semula kata laluan akaun anda.
MAKLUMAT LANJUT & TALIAN BANTUAN
ihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), kunjungi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Hotlink BKK HASiL : 1-800-88-2747
- Talian MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- e-Mel : [email protected]
*Penafian : Maklumat-maklumat dalam artikel ini adalah kami rujuk sepenuhnya daripada Portal Rasmi MySTR dan kongsikan untuk memudahkan rakyat Malaysia mengetahui info terkini berkaitan STR Fasa 3 Semakan. Pihak kami tidak sama sekali meminta maklumat peribadi pembaca.hak kami tidak pernah meminta sebarang maklumat peribadi atau perbankan daripada pengunjung.