SEMAKAN STR FASA 3 : SEMAK STATUS ONLINE & TARIKH BAYARAN 2026
Bagi mengurangkan beban kos sara hidup rakyat, kerajaan telah meningkatkan peruntukan keseluruhan STR 2026 kepada RM15 bilion.
Proses semakan STR Fasa 3 boleh dibuat secara atas talian bagi mengenal pasti status kelayakan serta jumlah bayaran yang bakal diterima oleh penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026.
Bagaimanakah cara untuk membuat semakan kelayakan anda? Ikuti panduan lengkap di bawah.
Baca juga: STR FASA 3 SEMAKAN : SEMAK STATUS ONLINE 2026
SYARAT KELAYAKAN STR FASA 3
Sebelum membuat semakan STR Fasa 3, pastikan pemohon memenuhi syarat-syarat kategori penerima bantuan Sumbangan Tunai Rahmah 2026 seperti berikut :
- Isi Rumah :
| KRITERIA | KELAYAKAN PENERIMA |
|---|---|
| Status | Berkahwin (Ada atau Tiada Anak); atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak |
| Pendapatan | RM5,000 dan ke bawah |
- Warga Emas Tiada Pasangan
| KRITERIA | KELAYAKAN PENERIMA |
|---|---|
| Status | Bujang; atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda (Tiada Anak) |
| Had Umur | Berumur 60 tahun dan ke atas |
| Pendapatan | RM5,000 dan ke bawah |
- Bujang
| KRITERIA | KELAYAKAN PENERIMA |
|---|---|
| Status | Bujang; atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang Tiada Anak |
| Had Umur | Berumur 21-59 tahun; Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas |
| Syarat Tambahan | Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa |
| Pendapatan | RM2,500 dan ke bawah |
SEMAKAN STR FASA 3
Cara semakan status kelayakan STR FASA 3 secara online, seperti berikut :
- Layari pautan rasmi mySTR 2026 di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
- Pengguna akan dibawa ke Halaman Utama Log Masuk mySTR.
- Masukkan No Kad Pengenalan anda.
- Tekan (Semak).
- Klik (Ya) jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
- Seterusnya, tekan butang (Semak).
- Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
- Klik butang (Log Masuk).
- Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
- Untuk Semakan Status anda boleh tekan Semakan Permohonan STR.
- Butiran seperti di bawah akan dipaparkan:
- Status Permohonan STR;
- Jumlah Telah Dibayar;
- Jumlah Bayaran Keseluruhan STR; DAN
- Status Kelayakan SARA;
- Selesai.
JUMLAH BAYARAN STR FASA 3 MENGIKUT KATEGORI
Kadar bayaran bagi penerima yang lulus Semakan STR Fasa 3 adalah berbeza berdasarkan kategori penerima :
| KATEGORI PENERIMA | KADAR STR FASA 3 |
|---|---|
| Isi Rumah berpendapatan RM 2,500 kebawah | Tiada (0) Anak : RM200 Anak 1 hingga 2 : RM300 Anak 3 hingga 4 : RM450 Anak 5 dan Ke atas : RM600 |
| Isi Rumah berpendapatan RM 2,501 hingga RM 5,000 | Tiada (0) Anak : RM0 Anak 1 hingga 2 : RM150 Anak 3 hingga 4 : RM200 Anak 5 dan Ke atas : RM250 |
| Warga Emas Tiada Pasangan | RM150 |
| Bujang (Berumur 21-59 tahun) | Bayaran digantikan Bantuan SARA : RM50 Setiap Bulan (Total RM600 setahun) |
TARIKH & KAEDAH PEMBAYARAN STR FASA 3
Tarikh rasmi pengagihan STR FASA 3 akan diumumkan secara rasmi oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) dan akan dikemaskini dari semasa ke semasa.
Saluran bayaran STR FASA 3 dikendalikan melalui dua kaedah utama :
- Pengkreditan terus ke dalam akaun bank penerima/pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan; ATAU
- Tuntutan secara tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) bagi penerima tiada akaun bank atau status ‘Gagal Kredit’.
RSOALAN LAZIM (FAQ)
- Bagaimanakah cara semakan STR Fasa 3 jika terlupa kata laluan?
- Anda boleh menekan butang ‘Lupa Kata Laluan’ pada halaman log masuk mySTR untuk menetapkan semula kata laluan.
- Adakah penerima kategori bujang menerima pembayaran pada Fasa 3?
- Bagi penerima kategori bujang, bayaran disalurkan melalui elaun Bantuan SARA bernilai RM50 setiap bulan ke dalam MyKad / akaun yang berkaitan.
MAKLUMAT LANJUT & TALIAN BANTUAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini. Anda juga boleh kunjungi cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang berdekatan.
- Hotlink BKK HASiL : 1-800-88-2747
- Talian MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Artikel ini ditulis bertujuan untuk berkongsi maklumat dan memudahkan carian pengguna berdasarkan sumber rasmi Kementerian Kewangan Malaysia (MOF). Laman web ini tidak pernah meminta sebarang maklumat peribadi atau perbankan daripada anda.