STR 2025 TARIKH SEMAKAN (FASA 1) : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah skim bantuan tunai khusus untuk rakyat Malaysia berpendapatan rendah yang memerlukan. Penyusunan semula subsidi membolehkan kerajaan meningkatkan dan menambah baik pemberian tunai kepada rakyat dengan peruntukan RM13 bilion, yang akan memberi manfaat kepada lebih ramai rakyat Malaysia pada tahun 2025.
Bilakah tarikh semakan str 2025? Ikuti info lanjut disini.
Baca juga: STR 2025 BILA BAYAR FASA 1 : CEK STATUS LAYAK ATAU TIDAK
TARIKH SEMAKAN BAYARAN STR 2025
Tarikh rasmi pengagihan bayaran STR Fasa 1 masih belum diumumkan. Sebarang maklumat terkini mengenai tarikh penyaluran bantuan, pihak kami akan segera kemaskini sebaik sahaja ia diumumkan secara rasmi oleh Kerajaan.
SEMAKAN JUMLAH BANTUAN STR 2025
- Kategori Isi rumah berpendapatan RM 2500 kebawah:
- Tiada Anak : RM 1,000
- Anak 1-2 : RM 1,500
- Anak 3-4 : RM 2,000
- 5 dan keatas: RM 2,500
- Kategori Isi rumah berpendapatan RM 2501 hingga RM 5000:
- Tiada Anak : RM 500
- Anak 1-2 : RM 750
- Anak 3-4 : RM 1,000
- 5 dan keatas: RM 1,250
- Kategori Warga emas tiada pasangan berpendapatan RM 5000 dan kebawah:
- RM 600
- Bujang berpendapatan RM 2500 dan kebawah:
- RM 600
PEMBAYARAN BANTUAN STR 2025
Bantuan STR 2025 akan disalurkan seperti berikut:
JENIS PENERIMA | KAEDAH PENYALURAN BANTUAN |
---|---|
Penerima yang mempunyai Akaun Bank | Pengkreditan ke dalam akaun bank penerima/pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan |
Penerima Tiada Akaun Bank atau Status ‘Gagal Kredit’ | Tuntutan secara tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) berhampiran |
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN STR 2025
Pemohon dan Penerima bantuan STR 2025 mestilah terdiri daripada :
- Isi Rumah
- Kahwin (Ada atau Tiada Anak); atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang
menepati syarat; - Pendapatan Isi rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Warga Emas Tiada Pasangan
- Bujang; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tiada anak;
- Berumur 60 tahun dan ke atas; dan
- Pendapatan Warga Emas adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Bujang
- Bujang; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Berumur 21-59 tahun; dan
- Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
- Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
- Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
Nota: Kepada pemohon yang belum kemas kini permohonan 3 tahun berturut-turut, perlu kemas kini permohonan STR 2025 untuk menerima bantuan STR 2025.
SEMAKAN STATUS BANTUAN STR 2025 LAYAK ATAU TIDAK
Status kelayakan penerima STR bagi fasa satu (1) 2025 boleh disemak secara online seperti berikut:
- Layari Portal Rasmi STR di pautan :
https://bantuantunai.hasil.gov.my/ - Halaman utama Portal STR akan dipaparkan.
- Pergi ke bahagian kanan di ruangan [MySTR]
- Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] tanpa sengkang (-).
- Tekan pada butang [Log Masuk].
- Seterusnya, klik [Semak].
- ‘Frasa keselamatan’ pemohon akan dipaparkan.
- Sekiranya frasa tersebut adalah betul, klik [Ya].
- Masukkan kata laluan yang betul.
- Seterusnya, klik butang [Log Masuk].
- [Profile Pemohon] akan dipaparkan.
- Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Status].
- Maklumat [Status Permohonan/Kelayakan] dan [Maklumat Pembayaran] akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini. Anda juga boleh kunjungi cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang berdekatan.
- Hotlink BKK HASiL : 1-800-88-2747
- e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/SOALAN_LAZIM_(FAQ)_SUMBANGAN_TUNAI_RAHMAH_STR_2025.pdf