SUMBANGAN KEPERLUAN ASAS SARAWAK 2025 SEMAKAN STATUS : CEK LAYAK ATAU TIDAK (RM800 & RM400 & RM250)

SUMBANGAN KEPERLUAN ASAS SARAWAK 2025 SEMAKAN STATUS : CEK LAYAK ATAU TIDAK (RM800 & RM400 & RM250)

Peruntukan sebanyak RM450 juta akan digunakan untuk membantu lebih 850,000 ribu rakyat Sarawak yang berpendapatan rendah (B40) dan sederhana (M40) melalui penyaluran Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) bagi suku pertama tahun 2025.

Bagaimanakah semakan status sumbangan keperluan asas Sarawak? Ikuti panduan lengkap di bawah.

BACA JUGA : BANTUAN EWALLET MADANI SEMAKAN STATUS : CEK LAYAK ATAU TIDAK (RM1200 & RM900 & RM600)

APA ITU SUMBANGAN KEPERLUAN ASAS SARAWAK

Sumbangan Keperluan Asas Sarawak atau ringkasnya SKAS adalah merupakan sebuah bantuan yang disalurkan untuk membantu menampung kos pembelian barangan keperluan asas setiap bulan seperti beras, tepung, gula, minyak masak dan sebagainya.

KAEDAH PENYALURAN SUMBANGAN KEPERLUAN ASAS SARAWAK 2025

Kerajaan Negeri Sarawak telah menegaskan bahawa Sumbangan Keperluan Asas Sarawak tidak akan disalurkan secara tunai di bank atau dalam akaun bank penerima. Namun ianya akan disalurkan secara tanpa tunai melalui pengkreditan ke dalam aplikasi e-Wallet S Pay Global.

KADAR SUMBANGAN KEPERLUAN ASAS SARAWAK 2025 DISALURKAN

Setiap kategori akan menerima kadar Sumbangan Keperluan Asas Sarawak yang berbeza mengikut kelayakan seperti berikut :

  • Isi Rumah Berpasangan/ Tunggal : RM800.
  • Warga Emas Tiada Pasangan : RM400.
  • Bujang/ Balu/ Janda/ Duda Tiada Anak : RM250.

KELAYAKAN PENERIMA SUMBANGAN KEPERLUAN ASAS SARAWAK 2025

  1. Kriteria Umum :
    • Warganegara Malaysia dengan Kad Pengenalan berstatus ‘K’.
    • Beralamat dan menetap di Sarawak.
    • Maklumat penerima berdasarkan data Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang dikemaskini sehingga Fasa 4, 2024.
  2. Kategori Penerima :
    • Isi Rumah :
      • Berkahwin; atau
      • Ibu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda yang mempunyai tanggungan (anak/ibu bapa).
      • Pendapatan kasar bulanan RM5,000 dan ke bawah.
      • Tiada had umur.
    • Bujang :
      • Bujang; atau
      • Ibu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda yang tiada tanggungan.
      • Pendapatan kasar bulanan RM2,500 dan ke bawah.
      • Had umur 21-59 tahun.
      • Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas.
      • Bukan pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) / Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) sepenuh masa.
    • Warga Emas :
      • Bujang; atau
      • Ibu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda yang tiada anak.
      • Pendapatan kasar bulanan RM5,000 dan ke bawah.
      • Had umur 60 tahun dan ke atas.

SUMBANGAN KEPERLUAN ASAS SARAWAK 2025 SEMAKAN STATUS

Untuk menyemas status anda, pastikan anda mempunyai akaun Sarawak ID yang sah dan ikuti panduan semakan status seperti berikut :

  1. Sila layari Portal Rasmi Semakan Bantuan SKAS Sarawak di sini : https://service.sarawak.gov.my/web/web/home/sla_view/0/757/.
  2. Anda akan dibawa ke halaman Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS).
  3. Kemudian, sila layarkan skrin ke bawah sekali dan anda akan dapat lihat butang untuk semakan.
  4. Tekan butang [Check Eligibility].
  5. Seterusnya, anda dikehendaki Log Masuk Sarawak ID.
  6. Log masuk menggunakan akaun Sarawak ID anda.
  7. Klik butang [NEXT].
  8. Kemudian, klik [My Individual Account].
  9. Di laman ini, anda sudah boleh buat SEMAKAN STATUS SKAS SARAWAK.
  10. Masukkan Nombor Kad Pengenalan anda di ruangan yang disediakan.
  11. Klik butang [Search].
  12. Paparan Notifikasi Nama anda ‘Lulus’ atau ‘Tidak’ sebagai penerima Bantuan Sumbangan Keperluan Asas 2025 akan dipaparkan.
  13. Selesai.

RUJUKAN

Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan SKAS, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://service.sarawak.gov.my/web/web/home/sla_view/0/757/.

Leave a Comment