SKAS SARAWAK APPLICATION (2025 REGISTER ONLINE)
Untuk makluman anda, Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg telah membentangkan satu inisiatif bantuan baharu untuk Rakyat Sarawak yang bakal dilaksanakan pada tahun 2025. Hal ini telah dibentangkan di Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Ke-19.
Bantuan ini dikenali sebagai Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS), dimana untuk membantu rakyat Sarawak yang berpendapatan rendah dalam menghadapi masalah kewangan, bagi membeli keperluan asas.
Berikut disertakan maklumat lanjut mengenai Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS), untuk rujukan anda semua.
Bagaimanakah application skas sarawak? Ikuti info lanjut disini.
Baca juga: TARIKH SEMAKAN BAYARAN SARA ONE OFF 2024 (RM300/RM150)
APA ITU SUMBANGAN SKAS SARAWAK
Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) merupakan inisiatif bantuan baharu oleh Kerajaan Sarawak untuk membantu meringankan beban kewangan Rakyat Sarawak dalam mengharungi cabaran ekonomi.
Bantuan ini disediakan khusus untuk rakyat Sarawak yang menetap di Sarawak untuk membeli bahan makanan asas seperti beras, tepung, minyak dan barangan keperluan lain untuk kelangsungan hidup.
Sebanyak RM450 juta akan peruntukan dan kira-kira seramai 850,000 akan mendapat manfaat ini peruntukkan ini. Penerima bantuan ini, layak menerima bantuan antara RM250 hingga RM800, bergantung kepada kategori kelayakan masing-masing.
SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN SKAS SARAWAK
Berikut adalah kelayakan untuk permohonan bantuan SKAS:
- Warga Sarawak yang menetap di Sarawak.
- Isi rumah berpendapatan RM5,000 dan kebawah.
- Warga emas tanpa pasangan dan anak berpendapatan RM5,000 kebawah.
- Bujang berpendapatan RM2,500 kebawah.
Catatan : Bantuan ini adalah untuk pembelian bahan makanan asas seperti beras, tepung, minyak masak, dan keperluan asas yang lain.
JUMLAH BANTUAN SKAS SARAWAK 2025
Kadar bantuan yang diberikan adalah mengikut kategori seperti di bawah:
KATEGORI PENERIMA | KADAR BANTUAN (RM) |
---|---|
Isi rumah berpendapatan RM5,000 dan kebawah | RM 800 |
Warga emas tanpa pasangan dan anak berpendapatan RM5,000 dan kebawah | RM 400 |
Bujang Berpendapatan RM2,500 dan kebawah | RM 250 |
JADUAL TARIKH MASUK BAYARAN
Tarikh rasmi bayaran belum dikeluarkan. Sebarang maklumat terkini berkenaan tarikh rasmi bayaran bantuan SKAS 2025, kami akan kemaskini apabila diumumkan oleh pihak kerajaan Sarawak.
CARA PERMOHONAN DAN SEMAKAN STATUS
Laman web rasmi bantuan SKAS SARAWAK untuk permohonan dan semakan masih belum dibuka, dan diumumkan oleh Pihak Kerajaan Sarawak. Sebarang maklumat terkini berkenaan pembukaan permohonan dan semakan bantuan SKAS 2025, pihak kami akan kemaskini secepat mungkin apabila secara rasminya diumumkan oleh pihak kerajaan Sarawak.
MAKLUMAT LANJUT
Pihak kami sekadar berkongsi informasi tentang bantuan kerajaan yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Untuk mendapatkan info lebih lanjut mengenai bantuan ini, anda boleh rujuk saluran berikut:
- Portal Rasmi Kerajaan Sarawak: https://sarawak.gov.my/
- Saluran rasmi TV Sarawak: https://www.tvsarawak.my/
πΈππππ ππππ πππ πππ ππππππ πππππππ πππππππ ππ