SEMAKAN SARA EKASIH ONE OFF : (RM300 & RM150) CHECK STATUS SEKARANG
Untuk makluman anda, bantuan tunai tambahan iaitu one-off Sumbangan Asas Rahmah (SARA) telah mula diagihkan bermula 9 Disember 2024 (Isnin). Namun begitu, masih terdapat segelintir individu yang masih belum mengetahui status kelayakan sebagai penerima bantuan ini, dan tidak bagaimana semakan pengkreditan bayaran.
Semakan boleh dilakukan di Portal Rasmi MySTR kerana ianya merupakan bantuan tambahan kepada penerima bantuan STR 2024.
Bagaimanakah semakan sara ekasih one off 2024 (RM300 & RM150)? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.
Baca juga: SEMAKAN PENERIMA BANTUAN MYKAD 2025 (RM100 & RM50 SETIAP BULAN)
APA ITU BANTUAN SARA ONE OFF
SARA ONE OFF adalah inisiatif Kerajaan Madani kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024, yang BUKAN daripada kategori Miskin/Miskin Tegar, dengan bayaran sekaligus sebanyak RM300/RM150 mengikut mengikut kategori kelayakan individu (Isi Rumah, Warga Emas Tiada Pasangan, Bujang).
Penyaluran wang bantuan ini adalah sama seperti bantuan STR iaitu diagihkan melalui pengkreditan ke akaun bank atau tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) yang terdekat bagi penerima tanpa akaun. Penerima STR kategori Miskin/Miskin Tegar eKasih pula akan terus menerima bantuan SARA bulanan seperti biasa sepanjang tahun.
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN SARA EKASIH ONE OFF
Anda layak menerima bantuan sara one off 2024 jika kelayakan anda seperti berikut:
- LULUS dan PENERIMA bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024.
- Kategori Isi rumah, Warga Emas dan Bujang.
- Berstatus BUKAN daripada Kumpulan Miskin dan Miskin Tegar eKasih.
PERMOHONAN BANTUAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH ONE OFF
Bantuan tunai tambahan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) One-Off 2024 tidak memerlukan sebarang permohonan. Hal ini kerana bantuan ini merupakan Bantuan Kerajaan Madani khusus kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024, yang bukan dalam Kategori Miskin/Miskin Tegar eKasih. Ini bermakna, semua penerima STR 2024 layak menerima bantuan SARA One-Off secara automatik tanpa perlu membuat permohonan.
TARIKH SEMAKAN BAYARAN SARA ONE OFF
Untuk makluman anda, bantuan one off ini telah diagihkan pada 9 Disember 2024 (Isnin). Pengagihan ini akan dilakukan secara berperingkat. Semakan kelayakan, dan status pembayaran boleh dilakukan mulai tarikh tersebut melalui Portal Rasmi MySTR.
CARA LOGIN DAN SEMAKAN SARA ONE OFF
Panduan lengkap semakan status bayaran SARA ONE OFF 2024 seperti berikut:
- Layari Portal Rasmi STR di pautan ini untuk semak SARA one off 2024: https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Isikan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] tanpa sengkang (-).
- Klik butang [Log Masuk].
- Seterusnya, klik [Semak].
- Frasa keselamatan pemohon akan dipaparkan.
- Sekiranya frasa tersebut adalah betul, klik [Ya].
- Masukkan kata laluan yang betul.
- Klik butang [Log Masuk].
- Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Anda akan dibawa ke halaman baru STR 2025.
- Untuk semakan status SARA ONE OFF 2024, sila tekan butang [Semakan STR 2024].
- Di sini anda akan dipaparkan Maklumat Bayaran STR 2024.
- Untuk SEMAKAN SARA ONE OFF sila tekan [Maklumat Bayaran].
- Kemudian, lihat di bahagian Fasa [SARA Bukan e-Kasih].
- Status Kredit [DALAM PROSES PENGKREDITAN/BERJAYA KREDIT] dan [JUMLAH KREDIT] RM300 atau RM150 akan dipaparkan.
- Sekiranya Status Kredit [BERJAYA KREDIT] boleh semak bayaran tunai SARA ONE OFF ke akaun terima STR 2024 sebelum ini.
- Selesai.
JUMLAH BANTUAN SARA ONE OFF
Kadar bayaran adalah mengikut kategori yang telah ditetapkan sepertimana bantuan STR 2024, dan akan dilakukan secara sekali bayaran:
- Isi Rumah – Jumlah Bantuan RM 300
- Warga Emas Tiada Pasangan (60 Tahun Keatas) – Jumlah Bantuan RM 150
- Bujang (21 hingga 59 tahun) – Jumlah Bantuan RM 150
KAEDAH PENGKREDITAN BANTUAN
Penyaluran bantuan SARA ONE OFF ini adalah sama seperti STR iaitu :
- Penerima yang mempunyai akaun bank yang aktif :
Pengkreditan secara langsung ke akaun bank penerima yang berdaftar STR. - Bagi penerima tanpa akaun bank / ‘Gagal Kredit’:
Wang boleh dituntut secara tunai di kaunter mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) terdekat.
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini. Pihak kami sekadar berkongsi informasi tentang bantuan kerajaan Malaysia yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Anda juga boleh kunjungi cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang berdekatan.
- Hotlink BKK HASiL : 1-800-88-2747
- e-Mel : [email protected]