SEMAKAN MYKASIH 2025 (BANTUAN SARA CHECK ONLINE)
Melihat kepada keberkesanan penyaluran pada tahun 2024, Kerajaan telah bersetuju untuk meneruskan lagi pemberian Bantuan SARA di bawah Program MyKasih pada tahun 2025 dengan menambah peruntukan bantuan untuk lebih ramai penerima yang layak.
Bagaimanakah semakan mykasih secara online? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : PORTAL PEKEBUN KECIL RISDA (SEMAKAN STATUS BANTUAN ONLINE)
BILANGAN PENERIMA BANTUAN SARA MYKASIH 2025
Pada tahun 2024, bilangan penerima Bantuan SARA di bawah MyKasih hanyalah seramai 0.7 juta sahaja. Namun, bilangan penerima pada tahun 2025 dinaikkan sehingga 5.4 juta penerima merangkumi golongan isi rumah, warga emas dan juga bujang.
JUMLAH BANTUAN SARA MYKASIH 2025
Pemberian Bantuan SARA di bawah MyKasih pada tahun 2025 adalah mengikut jumlah yang ditetapkan bagi setiap kategori seperti berikut :
- 0.7 Juta Penerima Sedia Ada :
KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BANTUAN SARA MYKASIH 2025 |
---|---|
Isi Rumah (Miskin & Miskin Tegar) | RM1,200 setahun |
Warga Emas Tiada Pasangan (Miskin & Miskin Tegar) | RM1,200 setahun |
Bujang (Miskin & Miskin Tegar) | RM600 setahun |
- 4.7 Juta Penerima Baharu :
KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BANTUAN SARA MYKASIH 2025 |
---|---|
Isi Rumah (Bukan Miskin) | RM900 setahun |
Warga Emas Tiada Pasangan (Bukan Miskin) | RM450 setahun |
Bujang (Bukan Miskin) | RM0 |
TARIKH BAYARAN BANTUAN SARA MYKASIH
Lazimnya bayaran Bantuan SARA di bawah MyKasih adalah secara ansur berperingkat mengikut negeri setiap penerima seperti berikut :
KELAYAKAN PENERIMA | TARIKH BAYARAN BANTUAN SARA MYKASIH |
---|---|
Penerima Miskin & Miskin Tegar | Semenanjung Malaysia : Januari hingga Disember 2025 Sabah & Sarawak : Februari dan Ogos 2025 |
Penerima Bukan Miskin | Semenanjung Malaysia : April hingga Disember 2025 Sabah & Sarawak : April dan Disember 2025 |
SYARAT KELAYAKAN MYKASIH 2025
Berikut merupakan syarat-syarat kelayakan penerima Bantuan SARA di bawah MyKasih :
- Warganegara Malaysia;
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 kategori isi rumah, warga emas dan bujang;
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM).
SEMAKAN MYKASIH 2025
Ikuti panduan cara semakan MyKasih secara online melalui portal rasmi di bawah :
PERKARA | PAUTAN |
---|---|
Portal Rasmi MyKasih | https://mykasih.com.my/ |
- Sila klik pada pautan Portal Rasmi MyKasih di atas.
- Pada halaman utama, sila klik pada [SEMAK STATUS].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
- Seterusnya, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
- Kemudian, klik pada butang [Semak Status].
- Status penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKASIH. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- Alamat E-mel : [email protected]
pemohon baru mykasih saya nak mohon tolong la
Boleh ke nk mohon