SEMAKAN KELAYAKAN MQA : CHECK IJAZAH

SEMAKAN KELAYAKAN MQA : CHECK IJAZAH

Pengisian maklumat dalam permohonan UPU kini memerlukan kelulusan Malaysian Qualifications Agency (MQA) bagi program pengajian yang dipilih. Semakan kelayakan MQA bagi peringkat pengajian ijazah di IPTA dan IPTS boleh dilakukan secara online. Hal ini dapat membantu para siswa untuk mengetahui bahawa bidang pengajian yang dipilih diiktiraf atau tidak untuk kegunaan semasa dan selepas tamat pengajian.

Bagaimanakah cara semakan kelayakan MQA untuk program ijazah? Ikuti penjelasan di sini.

BACA JUGA : PERMOHONAN BINGKAS SELANGOR TERKINI : REGISTER ONLINE 2024

INSTITUSI KELAYAKAN MQA

Kebanyakan program pengajian di institusi pengajian tinggi telah mendapat kelulusan atau pengiktirafan daripada MQA. Kelulusan MQA ini telah dibuat bagi memberi jaminan terhadap pengendalian sesuatu program pengajian di IPT. Berikut merupakan senarai IPTA dan IPTS:

INSTITUSI AWAM/KERAJAAN

  • UNIVERSITI
  • POLITEKNIK
  • KOLEJ/INSTITUSI

INSTITUSI SWASTA

  • UNIVERSITI
  • KOLEJ UNIVERSITI
  • KOLEJ/INSTITUSI

TUJUAN KELULUSAN MQA

Pengiktirafan dan kelulusan MQA ini mempunyai tujuan tertentu seperti:

  • Pengiktirafan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam bagi tujuan pelantikan pertama sektor awam
  • Pengiktirafan oleh badan profesional bagi tujuan amalan profesional
  • Pembiayaan pengajian oleh badan-badan penaja seperti PTPTN/MARA
  • Melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi
  • Memudahkan pemindahan kredit
  • Pengeluaran KWSP/PERKESO

SEMAKAN KELAYAKAN MQA IJAZAH

Berikut merupakan panduan untuk membuat semakan kelayakan MQA bagi program pengajian Ijazah:

  1. Layari Portal Rasmi MQA di https://www2.mqa.gov.my/mqr/CAkreditasi.cfm
  2. Lihat di bahagian kiri paparan dan cari menu [Carian Kata Kunci]. Klik pada butang tersebut.
  3. Masukkan kata kunci yang bersesuaian seperti ‘Nama Kelayakan’, ‘Nama IPT’ dan ‘Peringkat Kelayakan’ (sebahagian atau nama penuh).
  4. Kemudian, klik pada [Mula Carian].
  5. Skrin akan memaparkan beberapa program yang mempunyai kata kunci yang diisi.
  6. Seterusnya, tekan [Papar] untuk program yang dikehendaki.
  7. Maklumat MQA bagi program akan dipaparkan pada skrin.
  8. Cetak maklumat paparan tersebut bagi mendapatkan Salinan Cetakan Akreditasi MQA untuk permohonan UPU termasuk aplikasi online.
  9. Selesai.

RUJUKAN

Sekiranya ingin mendapatkan jawapan lebih lanjut mengenai MQA, boleh utarakan persoalan di:

  • Portal MQA : https://www.mqa.gov.my/
  • Sistem Pengurusan Pertanyaa & Aduan : https://www2.mqa.gov.my/sppa/
  • No. Telefon : 03-8688 1900

Leave a Comment