PERMOHONAN KE SEKOLAH KHUSUS (SESI 2025/2026)
Makluman kepada pemohon bahawa permohonan kemasukan ke Sekolah Khusus Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 sesi 2025/2026 telah dibuka bermula pada 1 Ogos 2024. Permohonan boleh dibuat secara online.
Sekolah Khusus yang dimaksudkan adalah terdiri daripada sekolah berikut:
- Sekolah Berasrama Penuh (SBP)
- Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA)
- Sekolah Menengah Teknik (SMT)
- Kolej Vokasional (KV)
- Maktab Tentera Diraja (MTD)
Bagaimanakah permohonan ke sekolah khusus sesi 2025/2026? Ikuti info di sini.
Baca juga : LOGIN STR : SEMAKAN STATUS
SYARAT KELAYAKAN
Syarat permohonan kemasukan ke sekolah khusus adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia
- Mendaftar dalam sistem APDM KPM
- Murid Tahun 6 Tahun Sesi 2024
- Berumur 12 tahun atau
- Lahir pada 2 Januari 2012 – 1 Januari 2013
- Murid Tingkatan 3 Sesi 2024
- Berumur 15 tahun atau
- Lahir pada 2 Januari 2009 – 1 Januari 2010
Borang permohonan hendaklah diisi oleh pemohon dengan BIMBINGAN IBU BAPA/PENJAGA/GURU. Pemohon TIDAK DIGALAKKAN mengisi borang secara bersendirian.
Pemohon dikehendaki mengisi dan menyemak semua MAKLUMAT yang diperlukan BETUL dan TEPAT.
Kesilapan mengisi borang permohonan adalah tanggungjawab pemohon DAN BOLEH MENYEBABKAN PERMOHONAN TIDAK DIPERTIMBANGKAN.
PENGEMASKINIAN BOLEH DILAKUKAN SEHINGGA TARIKH TUTUP PERMOHONAN. Pemohon dikehendaki menyemak semua maklumat dengan teliti sebelum mencetak.
Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) akan dilaksanakan kepada semua murid yang memohon sebagai syarat UTAMA kemasukan ke Sekolah Khusus (SBP/SMKA).
TARIKH PENTING PERMOHONAN SEKOLAH KHUSUS
Tarikh permohonan PKSK 2023 bagi sesi kemasukan 2024 / 2025 telah diumumkan oleh KPM seperti berikut:
Sehubungan dengan itu, PKSK akan dilaksanakan mengikut tarikh yang telah ditetapkan seperti berikut:
Pentaksiran adalah bagi kemasukan ke Tingkatan 1 Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) dan Tingkatan 4 ke SBP, SMKA, Sekolah Menengah Teknik (SMT), Maktab Tentera Diraja (MTD) serta ke Tahun 1 Kolej Vokasional (KV).
- Permohonan Kemasukan Sekolah Khusus : 01 Ogos – 8 September 2024
- Semakan Pusat Pentaksiran Tingkatan 1 : 13 September – 17 Oktober 2024
- Semakan Pusat Pentaksiran Tingkatan 4 : 13 September – 3 Oktober 2024
CARA PERMOHONAN KE SEKOLAH KHUSUS 2025
Permohonan untuk kemasukan boleh di akses secara online melalui:
- Tingkatan Satu boleh diakses melalui pautan SEKOLAH KHUSUS TINGKATAN 1
- Tingkatan Empat melalui pautan SEKOLAH KHUSUS TINGKATAN 4
Pemohon boleh membuat pilihan jenis Sekolah Khusus (SBP/SMKA/SMT/KV/MTD), jenis aliran atau pengkhususan sekolah atau kursus yang dipohon, nama sekolah pilihan, pusat pentaksiran pilihan serta beberapa butiran lain yang diperlukan.
Panduan asas permohonan adalah seperti berikut:
- Mohon maklumat PBD yang terkini daripada Guru Kelas Murid
- Kemaskini maklumat di SPATKPM, iaitu Modul Pengurusan Murid* (jika perlu)
- Mengisi permohonan dan memastikan medan wajib telah diisi
- Cetak borang permohonan yang telah lengkap sebagai rujukan
Modul Pengurusan Murid merupakan satu sistem yang menyimpan maklumat murid yang bersekolah di bawah Kementerian Pendidikan malaysia (KPM) dan Sekolah Swasta yang menggunakannya.
Pemohon boleh rujuk sumber di PANDUAN PERMOHONAN.
TARIKH PENDAFTARAN SEKOLAH KHUSUS 2025
Untuk makluman, pendaftaran Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 Sekolah Khusus Sesi 2025/2026 adalah pada sekitar bulan Mac 2025 bagi ambilan pertama.
MAKLUMAT LANJUT
Sebarang soalan atau rujukan yang berkaitan dengan Pentaksiran Kemasukan Sekolah_Khusus (PKSK), sila rujuk laman web rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Anda juga boleh rujuk di SOALAN LAZIM SEKOLAH KHUSUS