PERMOHONAN BINGKAS SELANGOR TERKINI : REGISTER ONLINE 2024
Hebahan Terkini! Permohonan Baru Bantuan Bingkas Selangor telahpun dibuka. Kerajaan Negeri Selangor memperkenalkan Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS) untuk memberikan sokongan kepada keluarga-keluarga pasca-pandemik, meluaskan manfaat kepada 30,000 keluarga dengan etunai bulanan untuk keperluan asas dan alat pendidikan.
Program Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor dirangkakan khas untuk meningkatkan kedayatahanan kewangan keluarga penduduk Selangor.
Baca juga : CARA LOG MASUK STR.
Bagaimanakah permohonan Bingkas Selangor terkini? Info lanjut cara register atau daftar boleh rujuk di sini.
TARIKH TUTUP
Anda boleh buat PERMOHONAN BARU BINGKAS SELANGOR 2024 bermula pada Julai sehingga kouta yang diberikan telah penuh. Tarikh rasmi tutup akan diumumkan oleh pihak kerajaan Selangor.
SYARAT KELAYAKAN
Apakah Syarat Kelayakan Bantuan Bingkas Selangor 2024? Semak di bawah.
- Warganegara Malaysia.
- Pendapatan bulanan isi rumah RM5,000.00 dan ke bawah.
- Pemilih berdaftar di Selangor.
- Keluarga yang mempunyai tanggungan minimum dua (2) orang berusia 18 tahun ke bawah.
- Lahir di Selangor atau menetap di Selangor melebihi 10 tahun.
APA ITU PROGRAM BINGKAS SELANGOR TERKINI
Apa itu Program Bingkas Selangor? Info lanjut di bawah.
- e-Wallet BINGKAS boleh diguna di kedai serta pasaraya berdaftar.
- Urusniaga pembelian secara tanpa tunai (melalui e-Wallet).
- Had bulanan pembelian barangan keperluan asas sebanyak RM300.
- Baki nilai bagi bulan terdahulu perlu dihabiskan dan tidak dibawa ke bulan hadapan.
- e-Wallet BINGKAS akan ditambah nilai ke tahap RM300 setiap bulan secara automatik.
SENARAI DOKUMEN SOKONGAN
Sila pastikan anda telah sediakan dokumen-dokumen berikut untuk dilampirkan dengan permohonan anda.
- Salinan Kad Pengenalan (Permohon dan/atau Pasangan).
- Salinan Slip Gaji / Pencen Terkini (untuk penjawat awam / pesara).
- Salinan Kad Pengenalan, MyKid atau Surat Kelahiran / Sijil Anak Angkat / Kad OKU / Surat Hak Jagaan (Anak-anak / Tanggungan).
- Salinan Penyata EA atau KWSP (untuk pekerja swasta).
- Salinan Sijil Kematian / Perceraian / Laporan Polis (untuk bapa/ibu tunggal).
- Pengesahan Penyata Pendapatan daripada Ketua Komuniti seperti ADUN / Penghulu / Ahli Majlis / Ketua Kampung (bagi yang bekerja sendiri / tidak bekerja).
CARA PERMOHONAN BINGKAS SELANGOR TERKINI
Anda boleh memohon bantuan BINGKAS SELANGOR 2024 seperti di bawah :
- Melalui Aplikasi : Muat Turun Aplikasi SELANGKAH.
- Laman Web: Menggunakan laman sesawang https://bingkasselangor.com/.
PERMOHONAN BINGKAS SELANGOR TERKINI
PANDUAN LENGKAP PERMOHONAN BARU BINGKAS SELANGOR TERKINI 2024 ONLINE.
- Sila klik Link Rasmi Permohonan Bingkas Selangor Terkini di sini : https://www.bingkasselangor.com/.
- Pemohon akan di bawa masuk ke Laman Portal Rasmi.
- Tekan butang [Log Masuk] di sebelah kanan skrin anda.
- Kemudian, klik butang [Daftar Akaun Selangkah Baru] sekiranya anda tidak pernah mendaftar sebelum ini.
- Pengguna akan dibawa ke Laman [DAFTAR AKAUN SELANGKAH].
- Masukkan nombor telefon anda untuk pendaftaran akaun Selangkah.
- Tekan butang [Teruskan].
- Anda akan dibawa masuk ke Laman [PENDAFTARAN AKAUN].
- Isi semua butiran maklumat yang diminta dengan lengkap dan sahih.
- Muat Naik Dokumen Sokongan yang diminta.
Pastikan dokumen sokongan adalah lengkap dan sahih.
- Setelah selesai, tekan butang [Hantar].
- Permohonan anda telah berjaya dihantar.
- Sila aktifkan akaun Selangkah Wallet anda di aplikasi telefon bimbit.
- Selesai.
SENARAI BARANGAN KEPERLUAN ASAS YANG DILULUSKAN
Apakah barangan keperluan yang boleh dibeli menggunakan Bingkas Selangor? Rujuk senarai di bawah.
- Beras
- Mi dan bihun
- Roti
- Biskut
- Telur
- Gula dan Garam
- Dan lain-lain.
Senarai penuh anda boleh rujuk di sini : https://www.bingkasselangor.com/cara-pembelian#senarai-barangan.
CARA BELI GUNA BINGKAS SELANGOR
Bagaimanakah cara beli barangan keperluan asas menggunakan ewallet Bingkas Selangor? Anda boleh ikuti panduan lanjut di sini.
- Tekan pautan cara beli Bingkas Selangor di sini : https://www.bingkasselangor.com/cara-pembelian.
- Penerima bantuan mengunjungi mana-mana panel kedai program Bingkas.
- Penerima memilih barangan yang ingin dibeli.
- Juruwang mengimbas ID di aplikasi Selangkah untuk pengesahan.
- Juruwang melakukan saringan untuk barangan yang tersenarai di bawah program ini.
- Penerima memastikan baki akaun Bingkas mencukupi.
- Penerima mengetikan pada butang Bayar.
- Penerima memasukkan 6-Digit No Pin untuk pengesahan.
- Kod QR terpapar pada skrin dan juruwang akan mengimbas kod QR tersebut untuk menerima bayaran.
- Selesai.
SENARAI PANEL KEDAI BINGKAS SELANGOR
Berikut adalah senarai lengkap Panel Kedai yang anda boleh kunjungi untuk pembelian menggunakan ewallet Bingkas Selangor Terkini.
Senarai Penuh Panel Kedai Bingkas Selangor Terkini 2024 : https://www.bingkasselangor.com/senarai-kedai.
SOALAN LAZIM
Jika anda mempunyai sebarang soalan atau pertanyaan, sila kemukakan kepada pihak yang berwajib di bawah ini.
Talian Bantuan Bingkas Selangor : 1800-22-6600.
Anda juga boleh menghantar sebarang kemusykilan di borang ini : https://www.bingkasselangor.com/hubungi-kami.
Sebelum itu, pastikan anda rujuk terlebih dahulu soalan lazim yang telah disediakan oleh pihak kerajaan Selangor di sini : https://www.bingkasselangor.com/soalan-lazim.
How to renew bingkas