SEMAKAN BAYARAN BANTUAN SABAH PRIHATIN 2025 : CHECK STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA RM300
Sebagai tanda keprihatinan terhadap kebajikan rakyat, Kerajaan Negeri Sabah memperkenalkan inisiatif baharu iaitu bantuan RM300 yang akan disalurkan setiap bulan kepada golongan miskin dan miskin tegar bagi membantu meringankan beban kewangan yang mereka hadapi.
Bagaimanakah semakan bayaran bantuan sabah prihatin 2025? Ikuti info lanjut disini.
Baca juga: MY KASIH 2025 SEMAKAN : CHECK STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA (RM2100 & RM900 & RM600)
APAKAH ITU BANTUAN SABAH PRIHATIN
Bantuan RM300 Sabah atau nama rasminya Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah merupakan inisiatif bantuan yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Sabah bagi meringankan beban kewangan Rakyat Sabah yang memerlukan bantuan terutamanya mereka daripada golongan B40 (Miskin dan Miskin Tegar) dalam mendepani cabaran kos sara hidup.
Inisiatif bantuan ini diberikan secara bulanan kepada Isi Rumah yang memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan iaitu Ketua Keluarga Isi Rumah dan Ahli Keluarga yang berusia 18 tahun keatas.
SYARAT KELAYAKAN BAYARAN BANTUAN SABAH
Syarat dan Kategori Kelayakan Bantuan Sabah mestilah terdiri daripada :
- Warganegara Malaysia
- Anak Kelahiran Negeri Sabah dan Menetap di Negeri Sabah;
- Ketua Isi Rumah dan Ahli Keluarga yang berumur 18 tahun ke atas daripada Kategori Miskin dan Miskin Tegar.
SEMAKAN STATUS BAYARAN BANTUAN SABAH
Maklumat mengenai semakan status dan kaedah penyaluran bantuan masih belum diumumkan. Sebarang maklumat terkini akan dikemasikini dari masa ke semasa.
TARIKH PELAKSANAAN BANTUAN SABAH
Penyaluran Bantuan Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah adalah seperti berikut:
BANTUAN | TARIKH PEMBAYARAN |
---|---|
Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah (Bantuan Sabah RM300) | Bantuan dijangka akan dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Sabah bermula pada Februari 2025. Tarikh rasmi bayaran akan dimaklumkan, dan pihak kami akan kemaskini dari semasa ke semasa sebaik sahaja ia diumumkan secara rasmi oleh Kerajaan Sabah. |
JUMLAH BAYARAN BANTUAN SABAH 2025
Kadar bantuan yang diberikan adalah mengikut kategori seperti di bawah:
KATEGORI PENERIMA | KADAR BANTUAN (RM) |
---|---|
Ketua Keluarga Isi Rumah (KIR) DAN Ahli Keluarga yang berumur 18 tahun ke atas yang BERSTATUS Miskin dan Miskin Tegar | RM300 (Sebulan) |
RUJUKAN
Untuk mendapatkan info lebih lanjut mengenai bantuan Program Sentuhan Kasih Rakyat, anda boleh rujuk saluran berikut:
- Portal Rasmi Kerajaan Negeri Sabah: https://sabah.gov.my/
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://www.tvsarawak.my/2024/11/15/belanjawan-sabah-2025-bantuan-rm300-sebulan-untuk-golongan-miskin-dan-miskin-tegar/
Semakan bantuan sabah