SEMAKAN BANTUAN TUNAI STR (FASA 3 2024)

SEMAKAN BANTUAN TUNAI STR (FASA 3 2024)

Pihak kerajaan Malaysia telah memberi peruntukan kewangan kepada golongan rakyat yang memerlukan. Ini bertujuan untuk menampung kos yang saban hari meningkat dan pascapandemik.

Bantuan ini dikenali sebagai Sumbangan Tunai Rahmah (STR). Bantuan ini terbuka untuk beberapa kategori dan terhad kepada penerima yang melepasi syarat kelayakan yang telah ditetapkan. Pemberian STR ini dilakukan secara berfasa iaitu sebanyak empat (4) fasa.

Penerima yang layak memohon, wang bantuan akan disalurkan melalui pengkreditan ke akaun penerima atau penunaian di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) yang berdekatan.

Bagaimanakah semakan bantuan tunai STR Fasa 3 dibuat? Ikuti penjelasan di sini.

BACA JUGA : CARA MOHON GURU MARA : JAWATAN & IKLAN TERKINI 2024

SEMAKAN BANTUAN TUNAI STR

Semakan STR Fasa 3 boleh dibuat secara dalam talian. Bagi STR Fasa 3, wang akan diberikan pada bulan Ogos 2024. Berikut merupakan cara semakan bantuan tunai STR:

  • Sila tekan pautan rasmi untuk check status STR Fasa 3 di https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  • Laman Utama Rasmi STR akan dipaparkan pada skrin.
  • Pemohon perlu Log Masuk dengan memasukkan nombor kad pengenalan.
  • Kemudian, tekan butang [Log Masuk].
  • Paparan [SEMAK STATUS] akan ditunjukkan.
  • Seterusnya, pemohon perlu dipaparkan dengan kata kunci keselamatan. Tekan [Ya] sekiranya kata kunci keselamatan adalah milik pemohon.
  • Pemohon perlu mengisi kata laluan dan seterusnya menekan [Log Masuk].
  • Sila klik [Semakan Permohonan].
  • Kemudian, pemohon perlu memerhatikan pada [Maklumat Pembayaran].
  • Pemohon akan dipaparkan dengan maklumat di bawah:
    • Tarikh Kredit.
    • No. Pengenalan Akaun Dikredit.
    • Nama Penerima.
    • Fasa Pembayaran.
    • Jumlah Dikredit.
    • Status Kredit.
    • Nama Bank dan No akaun.
  • Selesai.

Sekiranya permohonan berstatus LULUS, maka penerima boleh menuntut wang tersebut secara tunai di cawangan-cawangan BSN yang berdekatan dengan rumah.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan adalah dirujuk daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Sebarang kekeliruan atau pertanyaan lanjut, sila rujuk :

Laman Web Rasmi STR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
Hotline STR : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
E-mel Rasmi : [email protected]

Leave a Comment