SEMAKAN BANTUAN EKASIH RM500 2024 : CHECK STATUS PENERIMA
Program-program pembasmian kemiskinan adalah diambil daripada pengkalan data e-Kasih termasuk juga Bantuan Sumbangan Asas Rahmah yang disalurkan kepada hampir 60 peratus (%) rakyat yang berpendapatan rendah dan sederhana bagi membantu meringankan bebanan sara hidup rakyat.
Bagaimanakah semakan status bantuan e-kasih rm500? Ikuti panduan semakan dan ketahui info lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : SARA 2024 SEMAKAN PENERIMA : ONE OFF (RM300 & RM150)
HAD PENYALURAN BANTUAN EKASIH RM500 2024
Penyaluran Bantuan Sumbangan Asas Rahmah kepada penerima yang berdaftar di bawah e-Kasih adalah bernilai antara RM600 sehingga RM1,200. Manakala, penyaluran Bantuan Sumbangan Asas Rahmah kepada penerima yang tidak berdaftar dengan e-Kasih pula adalah antara RM150 sehingga RM300.
- KELAYAKAN PENERIMA :
- Penerima berdaftar dengan e-Kasih :
- Isi Rumah : RM1,200.
- Warga Emas : RM1,200.
- Bujang : RM600.
- Penerima tidak berdaftar dengan e-Kasih :
- Isi Rumah : RM300.
- Warga Emas : RM150.
- Bujang : RM150.
- Penerima berdaftar dengan e-Kasih :
TARIKH BANTUAN EKASIH 2024 DISALURKAN
Bantuan yang disalurkan kepada penerima yang berdaftar dengan e-Kasih dan juga tidak berdaftar dengan e-Kasih adalah pada tarikh-tarikh berikut :
- Penerima yang berdaftar dengan e-Kasih :
- Semenanjung Malaysia : 22 Januari 2024 hingga 1 Disember 2024.
- Sabah dan Sarawak : 19 Februari 2024 dan 12 Ogos 2024.
- Penerima yang tidak berdaftar dengan e-Kasih :
- Seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak : 9 Disember 2024.
SEMAKAN BANTUAN EKASIH RM500 2024
Untuk mengetahui status sebagai penerima SARA bukan e-Kasih, ikuti panduan semakan di dua (2) pautan yang berbeza seperti bawah :
- Sila layari portal rasmi MyKasih; atau klik pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK STATUS].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX.
- Seterusnya, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
- Kemudian, klik pada butang [Semak Status].
- Status penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
*Jika dipaparkan ‘Tiada maklumat pemohon’, individu boleh membuat semakan di pautan MySTR seperti berikut :
- Sila layari portal rasmi MySTR di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Pada halaman utama, sila masukkan nombor Kad Pengenalan pada ruangan tanpa (-) contoh : 83XXXXXXXXXX.
- Klik butang [Log Masuk].
- Seterusnya, klik [Semak].
- Tekan [Ya] sekiranya frasa keselamatan pemohon yang dipaparkan adalah betul.
- Masukkan kata laluan yang betul.
- Klik butang [Log Masuk].
- Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Anda akan dibawa ke halaman baru STR 2025.
- Untuk semakan status SARA ONE OFF 2024, sila tekan butang [Semakan STR 2024].
- Di sini anda akan dipaparkan Maklumat Bayaran STR 2024.
- Untuk SEMAKAN SARA ONE OFF sila tekan [Maklumat Bayaran].
- Kemudian, lihat di bahagian Fasa [SARA Bukan e-Kasih].
- Status Kredit [DALAM PROSES PENGKREDITAN/BERJAYA KREDIT] dan [JUMLAH KREDIT] RM300 atau RM150 akan dipaparkan.
- Sekiranya Status Kredit [BERJAYA KREDIT] boleh semak bayaran tunai SARA ONE OFF ke akaun terima STR 2024 sebelum ini.
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi tentang bantuan kerajaan yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan bantuan SARA eKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan SARA MOF : 03 8882 4565 / 4566.
- https://manfaat.mof.gov.my/b2024/individu/sara.