SARA 2024 SEMAKAN PENERIMA : ONE OFF (RM300 & RM150)

SARA 2024 SEMAKAN PENERIMA : ONE OFF (RM300 & RM150)

Seramai lebih 8.7 juta rakyat dewasa di Malaysia telah disahkan status sebagai penerima Bantuan SARA, namun seramai 8.0 juta sahaja yang akan menerima Bantuan SARA secara one off (sekaligus) melalui pengagihan tunai dan tanpa tunai dengan nilai antara RM150 sehingga RM300.

Bagaimanakah semakan penerima sara one off? Ikuti panduan semakan dan ketahui info lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : SARA BUKAN EKASIH CHECK STATUS : ONE OFF (RM300/RM150)

SARA 2024 SEMAKAN PENERIMA

Ikuti panduan semakan penerima yang layak menerima SARA secara one off seperti berikut :

  1. Layari pautan ini untuk semak SARA one off 2024: https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  2. Isikan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] tanpa sengkang (-).
  3. Klik butang [Log Masuk].
  4. Seterusnya, klik [Semak].
  5. Frasa keselamatan pemohon akan dipaparkan.
  6. Sekiranya frasa tersebut adalah betul, klik [Ya].
  7. Masukkan kata laluan yang betul.
  8. Klik butang [Log Masuk].
  9. Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  10. Anda akan dibawa ke halaman baru STR 2025.
  11. Untuk semakan status SARA ONE OFF 2024, sila tekan butang [Semakan STR 2024].
  12. Di sini anda akan dipaparkan Maklumat Bayaran STR 2024.
  13. Untuk SEMAKAN SARA ONE OFF sila tekan [Maklumat Bayaran].
  14. Kemudian, lihat di bahagian Fasa [SARA Bukan e-Kasih].
  15. Status Kredit [DALAM PROSES PENGKREDITAN/BERJAYA KREDIT] dan [JUMLAH KREDIT] RM300 atau RM150 akan dipaparkan.
  16. Sekiranya Status Kredit [BERJAYA KREDIT] boleh semak bayaran tunai SARA ONE OFF ke akaun terima STR 2024 sebelum ini.
  17. Selesai.

TARIKH AGIHAN SARA 2024

Pihak Kementerian Kewangan (MOF) telahpun mula mengagihkan Bantuan SARA secara one off (sekaligus) berperingkat bermula pada tarikh 9 Disember 2024, Isnin dan masih lagi diagihkan sehingga kini (kemungkinan berlansung selama tiga hingga ke lima hari bekerja).

AMAUN SARA 2024 DIAGIHKAN KEPADA PENERIMA

Kesemua 8 juta penerima yang disahkan akan diagihkan dengan amaun yang berlainan mengikut kelayakan seperti berikut :

  • Kelayakan Isi Rumah :
JUMLAH PENERIMAAMAUN SARA
YANG DIAGIHKAN
3.5 juta isi rumahRM300 one off (sekaligus)
  • Kelayakan Bujang :
JUMLAH PENERIMAAMAUN SARA
YANG DIAGIHKAN
4.5 juta bujangRM150 one off (sekaligus)

CARA AGIHAN SARA 2024 KEPADA PENERIMA

Pengagihan Bantuan SARA secara one off kepada penerima adalah melalui dua (2) cara, iaitu :

  • Tunai :
    • Diberikan secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) kepada penerima yang tiada akaun bank atau status ‘Gagal Kredit’.
  • Pengkreditan Tunai :
    • Dikreditkan ke dalam akaun bank penerima mengikut nombor akaun yang didaftarkan semasa permohonan.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi tentang bantuan kerajaan yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan bantuan SARA, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

1 thought on “SARA 2024 SEMAKAN PENERIMA : ONE OFF (RM300 & RM150)”

Leave a Comment