SEMAKAN BANTUAN EKASIH RM1200 2025 : CHECK KELAYAKAN SEKARANG

SEMAKAN BANTUAN EKASIH RM1200 2025 : CHECK KELAYAKAN SEKARANG

Antara inisiatif Bantuan di bawah program e-Kasih adalah yang bernilai sehingga RM1,200 dapat digunakan untuk menampung peningkatan kos sara hidup pada tahun 2025, khususnya bagi memenuhi keperluan asas setiap keluarga yang kurang berkemampuan.

Bagaimanakah semakan kelayakan bantuan e-kasih rm1200? Ikuti panduan dan ketahui info lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : BANTUAN EKASIH : SEMAK STATUS PENERIMA SEKARANG (SARA RM100 & RM50 SETIAP BULAN)

KRITERIA KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN EKASIH RM1200 2025

Hanya individu yang menepati kriteria-kriteria seperti berikut sahaja layak menerima Bantuan RM1,200 pada tahun 2025 :

  • Warganegara Malaysia;
  • Pendapatan bawah RM2,500 sebulan atau bawah garis PGK semasa;
  • Lulus permohonan Sumbangan Tunai Rahmah 2025;
  • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM).

SEMAKAN BANTUAN EKASIH RM1200 2025

Status kelayakan anda boleh diketahui melalui semakan di pautan rasmi di bawah sahaja. Ikuti panduan semakan status seperti berikut :

  1. Sila layari portal rasmi e-Kasih; atau klik pada pautan di sini : https://ekasih.icu.gov.my/ekasih/Semakan/Pages/CarianAwam.aspx.
  2. Kemudian, klik pada e-Kasih [Semakan Pendaftaran].
  3. Masukkan nombor kad pengenalan pada ruangan ‘No.KP’ tanpa (-) contoh : 84XXXXXXXXXX.
  4. Seterusnya, klik pada butang [Klik Untuk Carian].
  5. Status penerima akan dipaparkan.
  6. Selesai.

Sekiranya semakan di atas telah dilakukan, anda perlu membuat semakan seterusnya di pautan berikut :

  1. Sila layari portal rasmi MyKasih; atau klik pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
  2. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK STATUS].
  3. Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
  4. Seterusnya, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
  5. Kemudian, klik pada butang [Semak Status].
  6. Status penerima akan dipaparkan.
  7. Selesai.

BILANGAN PENERIMA LAYAK BANTUAN EKASIH RM1200

Berdasarkan rekod, bilangan penerima yang terkini layak menerima Bantuan e-Kasih bernilai RM1,200 adalah seramai :

KELAYAKAN PENERIMABILANGAN
PENERIMA
Penerima Berstatus Miskin Tegar210,000 penerima
Penerima Berstatus Miskin e-Kasih500,000 penerima
*Bilangan penerima dijangka akan meningkat dari masa ke semasa.

KAEDAH PENERIMAAN BANTUAN EKASIH 2025

Terdapat dua (2) kaedah penerimaan Bantuan e-Kasih pada tahun 2025, iaitu :

NEGERI PENERIMAKAEDAH PENERIMAAN
SEMENANJUNG MALAYSIADikreditkan secara tanpa tunai ke
dalam Kad Pengenalan penerima
Setiap bulan khas untuk pembelian
barangan keperluan asas
SABAH & SARAWAKDikreditkan ke dalam akaun bank
penerima atau diberikan secara
tunai di kaunter Bank Simpanan
Nasional (BSN) dua kali setahun

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi tentang bantuan kerajaan yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan SARA e-Kasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

2 thoughts on “SEMAKAN BANTUAN EKASIH RM1200 2025 : CHECK KELAYAKAN SEKARANG”

Leave a Comment