BANTUAN EKASIH 2025 : SEMAK STATUS PENERIMA SEKARANG (SARA RM100 & RM50 SETIAP BULAN)

BANTUAN EKASIH 2025 : SEMAK STATUS PENERIMA SEKARANG (SARA RM100 & RM50 SETIAP BULAN)

Kerajaan komited untuk membantu rakyat khususnya rakyat yang berpendapatan rendah mengurangkan bebanan sara hidup yang saban hari semakin meningkat, Bantuan SARA di bawah eKasih akan disalurkan RM100 dan RM50 setiap bulan sebagai bekalan untuk sepanjang tahun 2025.

Bagaimanakah cara semak status penerima bantuan ekasih? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : SEMAKAN BANTUAN EKASIH : CHECK STATUS SEKARANG (SARA RM1200 & RM600)

APA ITU BANTUAN EKASIH

eKasih bukanlah bantuan, tetapi ia merupakan pangkalan data yang dikendalikan oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) yang mengandungi data tentang isi rumah miskin dan miskin tegar.

Terdapat beberapa bantuan disalurkan di bawah data eKasih termasuk Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang khusus untuk isi rumah miskin dan juga miskin tegar di Malaysia.

SENARAI NEGERI PENERIMA BANTUAN EKASIH

Hanya negeri-negeri yang tersenarai di bawah sahaja terlibat dengan penyaluran Bantuan Sara di bawah eKasih RM100 dan RM50 setiap bulan, antara negeri-negeri penerima yang terlibat adalah :

  • W.P Kuala Lumpur;
  • Selangor;
  • Negeri Sembilan;
  • Melaka;
  • Johor;
  • Terengganu;
  • Pahang;
  • Kelantan;
  • Perak;
  • Kedah;
  • Pulau Pinang;
  • Perlis.

CARA PENERIMAAN EKASIH SARA RM100 & RM50 SETIAP BULAN

Penerimaan Bantuan eKasih yang bernilai RM100 dan RM50 setiap bulan bukanlah dalam bentuk wang tunai, namun Kerajaan akan menyalurkannya melalui akaun yang dibuka berdasarkan kad pengenalan untuk digunakan sebagai kad pembelian barangan keperluan asas secara tanpa tunai (cashless).

SEMAK STATUS PENERIMA BANTUAN EKASIH 2025

Untuk mengetahui status kelayakan, sila ikuti panduan semakan berikut :

  1. Sila layari portal rasmi e-Kasih; atau klik pada pautan di sini : https://ekasih.icu.gov.my/ekasih/Semakan/Pages/CarianAwam.aspx.
  2. Kemudian, klik pada e-Kasih [Semakan Pendaftaran].
  3. Masukkan nombor kad pengenalan pada ruangan ‘No.KP’ tanpa (-) contoh : 84XXXXXXXXXX.
  4. Seterusnya, klik pada butang [Klik Untuk Carian].
  5. Status penerima akan dipaparkan.
  6. Selesai.

Selepas semakan di atas dilakukan, sila semak pada pautan di bawah :

  1. Sila layari portal rasmi MyKasih; atau klik pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
  2. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK STATUS].
  3. Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
  4. Seterusnya, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
  5. Kemudian, klik pada butang [Semak Status].
  6. Status penerima akan dipaparkan.
  7. Selesai.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi tentang bantuan kerajaan yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan SARA e-Kasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

2 thoughts on “BANTUAN EKASIH 2025 : SEMAK STATUS PENERIMA SEKARANG (SARA RM100 & RM50 SETIAP BULAN)”

  1. Saya tidak pernah dapat apa apa bantuan kewangan kerajaan
    Bagaimana mahu memohon untuk diri saya dan isteri,dua dua warga emas saya 66 tahun, isteri 61tahun

    Reply

Leave a Comment