SEMAKAN BANTUAN EKASIH 2025 : CHECK STATUS SEKARANG (SARA RM1200 & RM600)
Mana-mana individu atau orang awam yang berpendapatan di bawah garis PGK semasa serta berdaftar di bawah Pengkalan Data Kemiskinan Nasional e-Kasih akan digunakan datanya untuk program-program pembasmian kemiskinan termasuk penerimaan agihan Bantuan Sara bagi sepanjang tahun 2025.
Bagaimanakah semakan bantuan ekasih? Ikuti panduan dan ketahui info lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : CARA TEBUS E-BAUCAR ECOSHOP RM100 BANTUAN BANJIR : CLAIM SEKARANG
KADAR KELAYAKAN BANTUAN EKASIH 2025
Kadar Bantuan Sara di bawah e-Kasih yang akan disalurkan adalah bergantung kepada kelayakan penerima iaitu bagi ketua isi rumah yang berpendapatan di bawah garis PGK semasa akan menerima sebanyak RM1,200 setahun. Manakala ahli isi rumah yang belum berkahwin pula akan menerima sebanyak RM600 setahun.
- Kelayakan Ketua Isi Rumah :
- RM1,200 setahun.
- Kelayakan Ahli Isi Rumah :
- RM600 setahun.
KAEDAH PELAKSANAAN BANTUAN EKASIH 2025
Dijangka kaedah pelaksanaan Bantuan Sara di bawah e-Kasih adalah sama seperti tahun-tahun sebelum ini, yang mana ia dilaksanakan secara ansur berperingkat setiap bulan bagi penerima di negeri-negeri di Semenanjung Malaysia. Manakala penerima di Sabah dan Sarawak pula secara ansur dua kali setahun.
- Penerima di Semenanjung Malaysia :
- Dilaksanakan secara ansur setiap bulan melalui akaun kad pengenalan penerima.
- Penerima di Sabah dan Sarawak :
- Dilaksanakan secara ansur dua kali setahun melalui akaun bank penerima.
KRITERIA KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN EKASIH
- Warganegara Malaysia;
- Pendapatan isi rumah di bawah garis PGK semasa;
- Berdaftar dengan e-Kasih sebagai penerima Miskin dan Miskin Tegar;
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah 2025.
SEMAKAN BANTUAN EKASIH 2025
Untuk mengetahui status kelayakan sebagai penerima Bantuan Sara di bawah e-Kasih, ikuti panduan semakan status di pautan rasmi MyKasih seperti berikut :
- Sila layari portal rasmi MyKasih; atau klik pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK STATUS].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
- Seterusnya, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
- Kemudian, klik pada butang [Semak Status].
- Status penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
*Sekiranya semakan di atas memaparkan status anda ‘Tiada Rekod Maklumat’, anda perlu mengetahui status pendaftaran anda di bawah e-Kasih seperti berikut :
- Sila layari portal rasmi e-Kasih; atau klik pada pautan di sini : https://ekasih.icu.gov.my/ekasih/Semakan/Pages/CarianAwam.aspx.
- Kemudian, klik pada e-Kasih [Semakan Pendaftaran].
- Masukkan nombor kad pengenalan pada ruangan ‘No.KP’ tanpa (-) contoh : 84XXXXXXXXXX.
- Seterusnya, klik pada butang [Klik Untuk Carian].
- Status penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi tentang bantuan kerajaan yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan SARA e-Kasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan SARA MOF : 03 8882 4565 / 4566.
- Laman Pertanyaan e-Kasih : https://www.malaysia.gov.my/portal/contact.
Assalamualaikum
Sya sudah hantar borang E.kasih
Hampir 5 bln
Bila sya check status tiada maklumat pon diri sya kenapa?