SEMAK STATUS BAYARAN SARA SETIAP BULAN DALAM IC

SEMAK STATUS BAYARAN SARA SETIAP BULAN DALAM IC

Bermula Januari hingga Disember (setiap bulan) seramai 8.1 juta rakyat dewasa di Malaysia yang layak akan terima bayaran Bantuan SARA (Sumbangan Asas Rahmah) melalui IC masing-masing. Namun, masih ada penerima yang tidak menggunakannya untuk beli barang keperluan asas.

Bagaimanakah semak status bayaran SARA setiap bulan dalam IC? Ikuti panduan dan info lanjut di bawah.

BACA JUGA : KADAR BAYARAN BANTUAN STR FASA 3 2026 – SETIAP KATEGORI

SEMAK STATUS BAYARAN SARA

Semakan status kelayakan dan status bayaran Bantuan SARA (Sumbangan Asas Rahmah) hanya boleh dilakukan melalui laman web rasmi SARA https://sara.gov.my/ sahaja.

Ikuti panduan cara semak status seperti berikut :

  1. Pergi ke laman web rasmi SARA.
  2. Pada halaman utama SARA, klik [Semak Kelayakan].
  3. Bahagian ‘Semakan Status’ akan dipaparkan.
  4. Masukkan nombor IC anda.
    • *Tanpa sengkang “-” dan tanpa <jarak>.
  5. Klik pada kotak [ ] Verify you are human.
  6. Klik pula pada butang [Semakan Status].
  7. Status bayaran ‘Bantuan SARA Bulanan’ akan dipaparkan.
  8. Selesai.

LANGKAH GUNA SARA DALAM IC

Jika anda disahkan layak, Bantuan SARA (Sumbangan Asas Rahmah) yang dikreditkan dalam IC anda boleh digunakan untuk beli barang keperluan asas. Ikuti langkah betul cara guna seperti berikut :

  1. Kunjungi premis berdaftar SARA (kedai runcit / pasar mini / pasar raya).
  2. Pilih barang keperluan asas yang ada label SARA pada rak tanda harga.
  3. Berikan IC anda kepada juruwang untuk pengesahan penerima SARA.
  4. Juruwang akan imbas setiap barang yang dipilih.
  5. Transaksi bayaran akan disahkan guna IC anda.
  6. IC anda akan dikembalikan dan resit pembelian akan diberikan.

JUMLAH BAYARAN SARA SETIAP BULAN

Namun, tidak semua penerima akan menerima jumlah bayaran Bantuan SARA (Sumbangan Asas Rahmah) yang sama setiap bulan kerana kerajaan menetapkan jumlah yang berbeza mengikut kategori seperti berikut :

  • Kategori Bujang :
BUJANG STATUS
MISKIN & MISKIN TEGAR
BUJANG STATUS
ASAS BUKAN MISKIN
Terima RM100 setiap bulanTerima RM50 setiap bulan
  • Kategori Isi Rumah :
ISI RUMAH STATUS
MISKIN & MISKIN TEGAR
ISI RUMAH STATUS
ASAS BUKAN MISKIN
Terima RM200 setiap bulanTerima RM100 setiap bulan
  • Kategori Warga Emas :
WARGA EMAS STATUS
MISKIN & MISKIN TEGAR
WARGA EMAS STATUS
ASAS BUKAN MISKIN
Terima RM150 setiap bulanTerima RM50 setiap bulan

TARIKH BAYARAN SARA SETIAP BULAN

Setiap kategori atau status penerima akan terima bayaran Bantuan SARA (Sumbangan Asas Rahmah) setiap bulan pada tarikh yang sama dari bulan Januari hingga Disember seperti jadual berikut :

BIL.TARIKH BAYARAN
1.9 – 16 Januari 2026
2.1 Februari 2026
3.1 Mac 2026
4.1 April 2026
5.1 Mei 2026
6.1 Jun 2026
7.1 Julai 2026
8.1 Ogos 2026
9.1 September 2026
10.1 Oktober 2026
11.1 November 2026
12.1 Disember 2026

INFO LANJUT

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan SARA, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna.

Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.mykasih.com.my/ms/sumbangan-asas-rahmah/.

Leave a Comment